Anugerah Terindah: Amalan Sunat Malam Jumaat

Halaman

14 Ogos 2014

Amalan Sunat Malam Jumaat

Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai.....satu perkongsian untuk kita semua....
Gambar : FB Anugerah




Dari Sa’id al-Khudriy ia berkata, Rasulullah Saw bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ.

“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, maka ia akan mendapat cahaya antara dirinya dengan rumah yang mulia (Mekah)” (HR. Ad Darimi).

Selain membaca Surah Al-Kahfi, amalan sunat malam Jumaat yang lain adalah memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W:

“Perbanyakkanlah selawat untukku pada hari Jumaat dan malam Jumaat kerana barangsiapa yang berselawat untukku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali” (HR. Baihaqi).

Walaupun ada dalil yang menyatakan bahawa membaca Surah Yassin adalah amalan sunat Jumaat, namun dalilnya lemah. 

Ulama-ulama silam menganjurkan membaca kita membaca Yassin pada malam Jumaat untuk menggalakkan orang ramai datang dan mengimarahkan masjid. Oleh kerana ia telah menjadi amalan orang Melayu sejak dulu, maka ramai yang mengganggapnya adalah amalan sunat malam Jumaat.

Namun, kita perlu berlapang dada dalam hal ini kerana samada anda membaca Surah Yassin atau membaca Surah al-Kahfi, ia masih amalan sunat, bukannya wajib. Tidak perlu kita bertelagah dan memanjangkan isu ini kerana ada lagi isu yang lebih besar perlu kita selesaikan.

Jika anda kurang pasti dan perlukan penjelasan tentang amalan malam Jumaat ini, dapatkan jawapan dari ulama yang muktabar.

Wallahu’alam.




Sumber FB:Sini








7 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign