Anugerah Terindah

Halaman

21 Februari 2014

Usah Gelisah Bila Di Benci Manusia

 
 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...salam petang Jumaat,sehari ni tak ada Diana buat entri sebab sibuk dengan kerja-kerja kat office tadi..sebelum masuk waktu mahgrib bagi kawasan sandakan...ingin Diana kongsikan sesuatu untuk kita semua...
 
 
 
Sumber dari FB Semanis Kurma
 
 
 
 
"Usah gelisah apabila di benci manusia
Kerana masih banyak yang menyayangimu di Dunia
Tetapi gelisahlah apabila di benci Allah
Kerana tiada lagi yang mengasihmu di Akhirat"
 
 
 
 
 
 
 

20 Februari 2014

1st Giveaway By Dscarnia





\(^o^) Assalamualaikum. Hai (^o^)/





- klik banner untuk join-












Lirik Lagu Ketulusan Hati By Marshanda

 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi....petang2 macam ni duduk2 sambil dengar lagu kesukaan Diana...Ketulusan Hati nyanyian Marshanda salah satu lagu kesukaan Diana jugak...jom kita layan lagu dia ni..
 
 
 
 
 
 
 
 
Lirik Lagu- Ketulusan Hati by: Marshanda 


 Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku di coba
Demi rahmatMu ku memohon


Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu Yaa Allah..


Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu Yaa Allah...


 
 
 
Lagu ini jugak merupakan lagu tema untuk drama Indonesia Aqso & Madina
 
 
 
 
 
 

Sentiasa Redha Dengan Ujian Yang Datang

 
 
 
 
 
Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..
Munasabah diri dengan sentiasa Redha dengan ujian yang mendatang...
 
 
 
 

 
 
 
 Apabila kita Redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita,maka Percayalah ALLAH akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak kita jangka...Yakinlah bahawa ALLAH akan  sentiasa bersama dengan orang-orang yang sentiasa beriman dengan kepadaNya...



"Jadikanlah hamba ini dari kalangan hambah-hambahMu yang sentiasa Redha dengan ketetapan dariMu,Jadikanlah hambah ini dari hambah-hambahMu yang sentiasa Bersyukur di atas Nikmat pemberianMu dan Jadikanlah hambah ini dari hambah-hambahMu yang sentiasa Bersabar di atas setiap Ujianmu sehingga Hambahmu ini tidak meminta Engkau segerakan perkara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula Hambah ini meminta Engkau kemudiankan perkara yang Engkau segerakan..."
 
 

 
 
 
 
kredit untuk : Ustaz Abd Shukor






 

19 Februari 2014

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni nak join lagi segmen anjuran blogger TB klik SINI...Segmen berlansung dari sekarang 18.2.2014 hingga 20.2.2014 jam 10.00 malam
 
 
 
 
 
Klik Banner Untuk Join
 
 
 
Siapa peminat coklat Daim...jom kita join...hehe
 
 
 
 
 

First Segmen Simple by Hana : Mencari Bloglist & Rakan

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni Diana join satu segmen dari blogger adik Hana yang mencari Bloglist dan Rakan..jom sahabat semua kita join untuk memeriahkan lagi first segmen dari adik Hana..
 
 
 
 
 
Klik Banner Kalau Nak Join atau Klik SINI 
 
 
 
 
 
 
 

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March




Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist bagi setiap bulan .

Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.

1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .

Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .











Senyum Adalah Satu Sedekah

 
 
 
 
 
 
 Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...Syukur Alhamdulillah cuaca pagi ini cukup cerah dengan sinar mentari yang mula menampakkan cahayanya.. setelah beberapa hari hujan dan mendung.....marilah kita memulakan setiap apa yang kita lakukan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim dan jangan lupa senyum...kan senyuman  itu satu sedekah....





 
 
 Pagi-pagi dah senyum,senyum itu kan berkaitan dengan jiwa kita...jika kita sedang berdepan dengan masalah..dengan senyuman jiwa kita akan rasa lebih tenang dan rasa lebih lega..dan jika kita melihat orang yang memberi senyuman kepada kita,kita pun akan rasa tenang dan rasa lega...Senyuman secara umumnya adalah sedekah yang penting kita senyum itu ikhlas..



Paling penting senyuman adalah perhiasan diri yang paling berharga,kerana dari sifat itu akan hadir keceriaan,kegembiraan dan wujud sifat keyakinan dalam diri kita....tapi perlu kita ingat jugak..Bukan semua senyuman yang kita atau orang lemparkan kepada kita itu satu sedekah..Setiap senyuman kadang mempunyai maksud dan tafsiran...ada yang senyum sini,senyum kelat dan senyum paksa...Yang dikatakan senyuman satu sedekah itu adalah senyuman yang penuh keikhlasan,senyum secara sukarela dari jiwa yang suci dan ikhlas....



Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "Engkau Tersenyum Di Depan Saudaramu Adalah Sedekah".(Hadith Riwayat Bukhari)


Rasulullah S.A.W Bersabda, : "Janganlah Kamu Meremehkan Kebaikkan Sekecil Apapun,Sekalipun Itu Hanya Bermuka Manis Saat Berjumpa Saudaramu".(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
 
 
 
 
 
p/s :Senyumlah dan hiaskanlah diri kita dengan senyuman yang penuh rasa keikhlasan dari jiwa dan hati yang tenang..
 
 
 
 
 
 

18 Februari 2014

Khasiat Telur Dan Kuning Telur

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..malam ni nak cerita pasal telur macam tajuk entri Diana kat atas tu...
 
 
 
 
pinjam pict dari FB: Aneka Resepi Telur
 
 
 
 
 Malam ni Diana masak telur untuk lauk malam ni..Telur Mata Masak Kicap...sedap kan...hehe....tu yang tertiba nak buat entri pasal telur,ramai yang dah tau pasal telur ni kan...selain di jadikan lauk yang sedap dan senang untuk di pelbagaikan cara masakan,telur jugak digunakan untuk membuat kuih dan kek...Teringat Diana masa zaman sekolah dan tinggal kat asrama,setiap hari sarapan pagi kami akan di sertakan sebiji telur rebus...
 
 
 
 Telur jugak mempunyai banyak khasiat terutama kuning telur..bahagian kuning telur merupakan bahagian yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain mengandungi kolesterol,ia jugak mengandungi banyak zat makanan yang penting di antaranya kuning telur mengandungi 67mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian.Jumlah ini bukan mudah untuk kita memperolehi dalam makanan lain..
 
 
 
 
 
 
Begitulah telur...mempunyai banyak khasiat selain kuning telur,putih telur jugak mengandungi khasiat untuk kecantikkan kulit kita...
 
 
 
 
p/s : Nak resepi telur yang beraneka jenis masakkan klik SINI
 
 
 
 
 
 

Mari Sama - Sama Kita Berdoa

 
 
 
 
 
 Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..Syukur Alhamdulillah pagi ini cuaca begitu baik dengan sinaran matahari yang mula menampakan cahayanya..begitulah kuasaNya..jika Dia hendak turunkan hujan maka hujanlah,jika Dia hendak turunkan kemarau,maka kemaraulah...tiada siapa yang bisa menghalangNya..begitulah Maha Besar kuasa Allah.....





 
Sentiasalah kita berdoa dan memohon kepadaNya,semoga kita sentiasa dalam lindunganNya dan sentiasa beriman kepadaNya...sedangkan Nabi kita Nabi Muhammad SAW adalah Kekasih Allah sentiasa berdoa memohon kepada Allah...takkan kita yang hanya hambah menumpang di dunia pinjaman ini ,kita tidak mahu berdoa...Jadi mari sama-sama kita berdoa memohon kepadaNya...semoga kita sentiasa menjadi seorang yang beriman kepadaNya di dunia dan akhirat...
 
 
 
 
 
 

17 Februari 2014

Banjir Oh Banjir

 
 
 

 
Salam dan selamat pagi isnin untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..hari ini kat tempat Diana masih lagi hujan dan keadaan tempat kawasan pekerja berkerja di landa banjir..
 
 
 
 






keadaan yang dah surut pagi tadi
 
 
 
 
 
Keadaan ni tidak jugak membimbangkan sebab pekerja masih lagi boleh turun berkerja,macam Diana start turun kerja awal iaitu jam 6.30am..dalam keadaan yang hujan dan banjir kena turun berkerja jugalah hendaknya...tapi nasiblah kawasan perumahan pekerja dan staff tak juga kena banjir..
 
 
 
 
 
 
 

16 Februari 2014

Hujan Yang Turun..

 
 
 
 
 
 
sumber google
 
 
 
Salam dan selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..Alhamdulillah pagi ni semua kerja rumah dah di selesaikan...rutin harian Diana setiap minggu biasalah mengemas rumah dan membasuh kain..seperti minggu lalu..bila nak start sidai kain hujan turun dengan lebatnya..jika hujan ini berterusan hingga ke petang alamat bisa banjir kat kawasan jalan raya..laluan yang di gunakan oleh kenderaan dari tempat Diana menuju ke jalan utama...
 
 
 
 
 Hari ni Diana ada jemputan kahwin dari keluarga di pusat bandar kawasan batu 7, taman Nuri di DISINI kalau banjir tak dapatlah Diana menghadiri ke majlis perkahwinannya hari ini..apa-apa pun Diana doakan semoga dia berbahagia dengan pasangan dan berkekalan hingga ke Jannah...
 
 
 
 
 
 p/s: selamat berhujung minggu untukmu sahabatku...
 
 
 
 
 

15 Februari 2014

Kawan, Rakan, Sahabat Dan Teman

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam suntuk semua sahabat dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...tak tau kenapa pagi tadi Diana baca memo yang pernah Diana pos kat facebook Diana pada tahun 2010...tertiba Diana terbaca pos Diana tentang Kawan,Rakan,Sahabat Dan Teman...macam best pulak Diana baca...jadi tak salah Diana kongsikan untuk Sahabat dan pembaca blogger Diana kan..tau mungkin ada sedia maklum dah tahu perbezaan antara Kawan,Rakan,Sahabat dan Teman...
 
 
KAWAN - Kawan orang yang sentiasa dengan kita bila kita senang tapi dalam bila kita susah kawanlah yang akan lari dulu...kawan kita tentu ramai tapi nak cari yang sebenar-benar kawan amatlah susah..

RAKAN - Rakan orang yang  rapat dengan kita tapi rakan tak dapat memperjuangkan nasib kita.

SAHABAT - Sahabat orang yang sentiasa bersama kita bila kita susah dan senang,seorang sahabat jugak boleh memperjuangkan nasib kita..perhubungan di antara sahabat adalah lebih kuat berbanding dengan kawan,rakan dan teman..

TEMAN - Teman orang  yang sentiasa  kita cari untuk meluahkan perasaan kita, kerana temanlah yang bakal  jadi kekasihmu ataupun bakal menjadi teman hidupmu..
.sebab tulah kadang kita biasa dengar perkataan " Teman Hidup"
 
 
 
 
Diana dan Sahabat
 
 
 
Sahabatku Norhaya,Samsidar..
 
 
 
 
Diana,Samsidar dan Norhaya
 

 
 Diana dan sahabat-sahabat Diana dah lebih 10 tahun kenal dan sama-sama berkerja dalam satu pejabat...sahabat Diana yang bernama Samsidar merupakan kak ipar kepada adik ipar Diana...kedua sahabat Diana ni bakal bergelar ibu dalam masa terdekat ini..Diana ucapkan tahniah kepada mereka berdua dan semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah....
 
 
 
 
 

Anak Saudara Yang Kembar Tak Seiras

 
 
 
 
Salam dan selamat petang sabtu untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..petang ni tak tau nak tulis entri pasal apa...dah tak ada kisah yang menarik untuk di sampaikan..sebab nak tulis entri Diana nak kongsi pasal anak saudara Diana yang kembar tapi muka dorang tak sama..kembar tak seiras..
 
 
 
Ni si Abang Mohd. Zulhaili
 
 
 
 
Ni si Adik Mohd. Zulhairi
 
 
 
 
Bersama Kakak
 
 
 
 
masa Diana bawah dorg p makan Mcd...
 
 
 
 Sekarang ni anak buah Diana dah pun dalam darjah 4...perangai mereka berdua ni memang tak sama..si abang pendiam dan mengikut kata yang si adik ni pulak peramah dan agak degil orangnya..dah lama Diana tak jenguk mereka...rasa rindu pulak dengan mereka ni...slalu berhubung melalui telefon dan FB jer...
 
 
 
 
 
 
 

14 Februari 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)







Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)






Jawapan Diana untuk soalan adik Sally Samsaiman,"Kemana Sally nak pergi kali ni?"...jawapan Diana..datang Sabah ker..











Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign