Anugerah Terindah

Halaman

29 Februari 2016

Jemput - Jemput Pucuk Paku Pakis






Salam dan selamat pagi isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang sentiasa sudi singgah kat blog MD....terima kasih kepada semunya....Maaf lah sebab MD jarang dah nak update blog buat masa ini....Banyak hal yang terpaksa di dahulukan...InsyAllah ada masa tu MD pasti akan ke blog sahabat semua....





Petang kemarin jiran MD merangkap sahabat lama MD ada beri pucuk paku pakis...Terus MD ke dapur nak buat jemput² paku paki.....selain pucuk paku pakis boleh di buat sebagai sayur ia boleh juga di buat kunyahan untuk menu minum petang macam MD buat ni,makan  masa masih panas sambil cecah dengan sos cili.....wahhh....tambah lagi kesedapannya....








Pucuk paku pakis banyak kat tempat Md cuma Md jarang pergi memetiknya sebab pucuk paku pakis ni hidup subur di tebing2 sungai MD takut tergelincir masuk ke dalam sungai tu...Md tak tau pun berenang....hihi....kecuali MD mengajak en.hubby bersama ..










17 Februari 2016

Wordless Wednesday#30 Sanggar Pukul












5 Februari 2016

Sibuk Nak Pindah Rumah





Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai.....
Beberapa lama tak keudara di dunia maya...rindu sangat rasa kepada sahabat semua...Terima kasih yang
 tak terhingga MD ucapakan kepada semuanya kerana sentiasa sudi bertandang ke blog MD yang kejap 
ada kejap tak ada ni.....hihi....




Di awal tahun 2016 ini hinggalah ke hari ini MD sangat² sibuk dengan urusan kerja dan urusan pindah rumah...bukan pindah rumah sendiri tau pindah rumah yang syarikat sediakan...hihi.....Semenjak ketua kerani kat tempat MD meletakan jawatan MD tersangat² sibuk sampai nak jengah blog MD pun susah...ada waktu dapat online tu MD akan berblogwalking juga ke blog sahabat semua...




Pintu ruang tamu




Ruang bilik ke-2



Ni dulu yang dapat MD snap sebab bahagian bilik utama dan dapur masih berselerak oleh barang².....
langsir pun belum sempat nak pasang....hihi....









25 Januari 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH






Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016



NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

(9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)




PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)



Selamat hari lahir buat adik IZYAN ATHIRAH yang ke-21tahun...

Semoga sentiasa di panjangkan umur...
Semoga sentiasadi murahkan rezeki...
Semoga selamat di dunia dan akhirat...





Akim & The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30







Salam dan selamat hari isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai.....Hari isnin rasa mengantuk sangat sebab semalam layan tv3 Anugerah Juara Lagu (AJL) ....Tahniah kepada Akim & The Majistret kerana berjaya di nobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) dan turut di umumkan sebagai persembahan terbaik dan tahniah juga kepada yang memang pada malam itu.













Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Potret turut turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, turut diperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.


Sumber dari : astro gempak








24 Januari 2016

Selamat Malam....














SELAMAT MALAM


Selimutkan diri kamu dengan Keikhlasan...
Lenakan tidur kamu denga Ketaqwaan...
Semoga bangkit tidur mu esok pagi di dalam Keimanan...










22 Januari 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih







Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.






[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]








Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.






Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!

Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*



Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)






Salam Jumaat - Sunnah Jumaat






Salam dan salam jumaat penghulu segala hari untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa MD sayangi dan hargai....Terima kasih kerana sentiasa sudi singgah dekat blog Anugerah Terindah ini.










Terasa lama sangat menyepi hingga blog MD terabai seketika...Bukan niat nak menyepikan diri tetapi masa amat menyemburi MD untuk menaip sepatah dua kata pun untuk mngisi blog MD ini...Semenjak ketua kerani tempat MD kerja meletakan jawatan...MD sibuk sangat ada masa pun MD isi dengan berblogwalking ke beberapa blog jer dalam sehari.....







9 Januari 2016

Shawls Giveaway by Lollipop Manis






Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai...Terima kasih kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog MD yang tak seberapa ini....Yang sudi follow tu MD pun nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga tau...InsyAllah MD akan  follow dan ke blog semua...




Berapa hari tak ada apa² entri yang nak kongsikan sebab tak tau nak cerita pasal apa pun...hihi....Sebab tak ada apa cerita apa yang nak di kongsikan MD nak join Giveaway jer lah yer dulu....hihi... Giveaway kali ini MD join sebab syarat dia sangat lah simple dan hadiah pun memang terbaik.... Terbaik MD katakan sebab hadiah dia adalah 4 helai shawl untuk 4 orang pemenang yang di cari..... makkumlah MD ni pun peminat tegar shawl....Giveaway ini di anjurkan oleh blogger Munirah pemilik blogsport Lollipop Manis...





Nak join jangan lupa << Klik Sini >>



Syarat-syarat penyertaan :

1. Buat satu entry 'Shawls Giveaway by Lollipop Manis'
2. Upload gambar banner di atas dan link kan pada post ini
3. Follow Blog ini
4. Follow instagram mhfs_pastellover 
5. Tinggalkan link post di bahagian komen entry Sini












6 Januari 2016

'Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYandMenaip & SalbiahM' :






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjug yang MD sayangi dan hargai....Petang ni MD nak join Giveaway anjuran dua orang sahabat blogger yang suka travel iaitu blogger Siti Yang Menaip dan juga blogger Salbiah M....Baru² ni mereka berdua travel ke luar negara iaitu Melbourne......Nak souvenir dari Australia,kalau nak  jangan lupa join Giveaway ini..










Nak join jangan lupa Klik Sini



MD nak tag blogger aana nursakinah






Wordless Wednesday #29 - Orang Yang Hebat

















ORANG YANG HEBAT
Tidak Akan Melenting
Apabila Di Caci
Bahkan Ia Akan Terus Tersenyum
Bersabar Dan Mendoakan
Yang Baik - Baik Saja.........












5 Januari 2016

Shawl Dari Blogger Asha Lya Dah Siap






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai..... Terima kasih kerana sentiasa sudi singgah berkunjung dekat blog Anugerah Terindah yang tak seberapa nak indah ini....hihi




Hari sabtu yang lalu MD pergi ke rumah blogger Asha Lya untuk mengambil tempahan shawl yang MD telah tempah...Nak cari rumah Lya ni sesat lah juga sebab Lya dah pindah ke rumah sewa baru sebab perumahan yang hari tu sedang di baik pulih...Nama jak MD ni orang Bukit Garam,Kinabatangan tapi boleh juga sesat..hihi...








Ni dia shawl yang MD tempah dengan blogger Asha Lya....warna hitam ada 2 helai sebab seorang kawan nak 1 dan sehelai warna mint green..Beli 3 helai ni Lya bagi 3 brooch yang comel sebagai hadiah...ni namanya untung membeli....hihi...Kepada sesiapa sahabat blogger dan pengunjung yang hendak menempah shawl boleh lah tempah dengan blogger Asha Lya.









GiveAway 2 by sovitamin.com dan Travelkaja





Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sangat sayangi dan sangat di hargai......pepagi ni MD nak join Giveaway anjuran dari blogger Tengku Sofia Sabrina...Giveaway ini ada yang kedua di anjurkan oleh beliau...Giveaway pertama MD ada salah seorang pemenangnya dan hadiahnya adalah Fridge Magnet dan entrinya Dalam Bungkusan Itu.







Nak join Klik Sini 






Dan hadiah yang di sediakan adalah barang korea macam juga Fridge Magnet yang MD menangi hari tu pun barangan dari korea....Tapi kali ini adalah Set sudu dan chopsticks khas dari Korea seperti dalam gambar di atas...









4 Januari 2016

Entri Pertama MD Di Tahun Baru 2016








Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai....Terima kasih MD ucapkan kepada semua kerana sentiasa sudi bertandang ke blog MD yang tak seberapa ini...Entri pertama di bulan January di tahun 2016...tak terlambat lagi kan untuk MD nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog MD...















Untuk entri pertama MD di tahun baru 2016 ni...... MD memperkenalkan atau menggunakan nama singkatan Diana ke MD untuk singkatan Mardiah Diana......Ini adalah untuk memudahkan sahabat blogger dan pengunjung blog Anugerah Terindah menaip nama MD yang hanya dengan 2 huruf....... senang kan....tapi kalau ada sahabat blogger dan pengunjung yang lebih selesa nak guna nama Diana tu pun MD on jer.....hihi.....









31 Disember 2015

Dalam Bungkusan Itu





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sangat hargai dan sangat² di rindui semua....Maaf lah sebab lama tak update apa² entri untuk tatapan sahabat dan pengunjung blog yang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Diana yang tak seberapa ini....




Kemarin Diana ada juga update entri ringkas dalam Wordless Wednesday #28 Di Sini...Sebenarnya bungkusan itu dah lama sampai kat alamat kawan Diana cuba baru jer 2 hari lepas Diana pergi ke pejabat pos untuk mengambilnya ...Diana terima Fridge Magnet tu sebab join Giveaway Di Sini yang di anjurkan oleh blogger Tengku Sofia Sabrina dan 2 pemenang yang di pilih secara random dan Diana adalah salah seorang pemenangnya.... terima kasih .... cantik sangat  Fridge Magnet tu sis dan dah selamat Diana lekat kat peti ais Diana...










Selain Diana dapat Fridge Magnet tu ada juga di sertakan risalah tentang produk Shaklee dan kad nama blogger Tengku Sofia Sabrina ....terima kasih sekali lagi sis...Kepada yang belum mengenali blogger Tengku Sofia Sabrina jom ke blog beliau tau dan janganlah segan²...kalau segan tu rugi tau....hihi...Ok lah sebelum berundur tu Diana nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sangat hargai.....





30 Disember 2015

Wordless Wednesday #28 (Bungkusan)









Bersambung esok tau........tunggu..........











16 Disember 2015

Wordless Wednesday#27














Jangan Tunggu BAHAGIA
Baru BERSYUKUR
BERSYUKURLAH.....
Anda Akan BAHAGIA.......








14 Disember 2015

Misi Pencarian Sabahan Blogger by Ennor P Zurah



Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan sangat hargai ....Terima kasih kepada semua kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Diana yang tak seberapa ini...




Petang tadi Diana berblogwalking dalam Misi Kembara Si Citam di blog seorang blogger sabahan yang baru Diana kenali ...Diana join segmen beliau dalam Misi Pencarian Sabahan Blogger.Beliau mencari blogger sabahan dan nak berkenalan sesama blogger.





Klik sini untuk join..

Selain blogger sabahan....blogger dari negeri lain pun sangat² di alukan untuk menyertai segmen ini bagi mengenali di antara sesama blogger walaupun cuma di alam maya ini..









Makanan Bugis Lagi




Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan sangat hargai....Terima kasih kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Diana yang tak seberapa ini.....




Petang kemarin ada kenduri kesyukuran untuk anak pertama jiran tempat Diana tinggal ...petang kemarin Diana ke rumahnya untuk membantu apa yang patut,biasalah kalau kita hidup berjiran ni kena selalu bantu membantu kan...Acara kenduri kesyukuran itu di buat tenghari tadi tapi Diana tak dapat pergi sebab Diana dan en.hubby ke bandar sebab ada urusan..







Ini dia makanan bugis yang di panggil sawwa di buat daripada beras pulut...Ada 2 warna iaitu beras pulut hitam dan beras pulut putih...Sawwa ni selalu ada kalau kenduri kesyukuran untuk kanak² yang baru lahir macam majlis akikah.SawwaSawwa ni sedap di makan bersama ayam masak apa pun dan paling sedap di makan bersama ayam masak lengkuas tapi makan macam tu jer pun sedap tau....











Ole - Ole Lagi Dari Indonesia






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan sangat hargai....Terima kasih kepada semua kerana sentiasa berkunjung ke blog Diana yang tak seberapa ini....Ini adalah entri 4 hari lalu tapi baru perasaan rupanya Diana lupa nak publishkan...hihi




Semalam seorang lagi pekerja ladang yang baru balik bercuti ke negara asal iaitu Indonesia datang ke rumah bawakan Diana ole-ole ....Terima kasih dengan ole-ole ini....Sedap tapi mak haiiiii....manisnya....Memang makanan dari Indonesia ni manis² sebab kebanyakkan ia di campur dengan gula merah kalau kat sini di panggil gula melaka..







Diana pun tak tahu apa nama kuih ni kalau nama bugisnya Diana tahu lah...yang dalam plastik biji² kacang di panggil baje kacang,yang hitam² tu di buat dari mee hoon nama dia jippang,yang dalam bungkusan palstik dan warna putih tu di buat dari beras di panggil juga jippang dan yang satu paling belakang tu di panggil juga jippang...Pelik kan nama² kuih ni...










Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign