Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....raya Aidiladha hari tu Diana nak buat cheese tart tapi tak jadi pula jadi Diana gantikan ke satu resepi yang cukup senang....iaitu Biskut Cream Cracker Lapis Cheese...sahabat boleh gantikan biskut2 apa jer tapi ramai yang kata guna biskut salt cheese,Biskut Hup Seng Deluxe Crackers atau Biskut Marie sedap tapi biskut ni kadang susah nak jumpa kat kedai runcit tempat Diana,jadi guna yang Biskut Hup Seng Cream Cracker jer lah...Nak cuba resepi ni boleh klik kat SINI....kalau google resepi ni memang banyak resepi untuk buat Biskut Lapis Cheese ni,kalau kreatif bolehlah kita buat yang lain daripada lain...tapi Diana nak yang simple2,cepat,senang dan sedap di makan...hehe...
Tengok dah boleh tau kan macam mana nak buat...hehe...
Dah siap tinggal nak letak dalam peti ais semalaman
Ni dia hasilnya...walaupun nampak kurang kemas tapi tetap sedap