Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai...terima kasih sebab korang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah yang tak seberapa ini....InsyAllah ada masa terluang dan line tak buat hal pasti MD akan berkunjung ke blog korang juga....
Petang tadi MD dan adik keluar ke pekan bukit garam untuk belanja sikit maklum lah tadi terima gaji jadi mestilah nak di belanja sikit apa barang yang di perlukan...Singgah kat stesen minyak ada tengok biskut raya ada di jual...Ada lagi biskut raya kegemaran MD iaitu tart nenas...Walaupun setiap tahun biskut tart nenas ni MD ada buat tapi nak juga merasa yang di beli kan...hihi..
Tart Nenas Cheese Ball
Jenis biskut raya yang ada di jual
MD selalu buat tart nenas gulung,tart nenas cheese ball ni tak pernah lagi MD buat...InsyAllah ada masa dan kerajinan datang nak juga cuba buat tart nenas cheese ball ni...Kalau korang nak temaph biskut tart nenas cheese ball dan berjenis-jenis biskut boleh lah ke FB Fyra Maisarah(Fyra Licious CK Kinabatangan)