Anugerah Terindah

Halaman

10 Disember 2016

365 days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria





Selamat berhujung minggu kepada semua sahabat blogger dan pengunjung setia blog MD ni....Tak sedar kita makin nak mengakhiri tahun 2016 dan untuk tahun 2017 kita pasti nak buat planner kan...jadi kita memerlukan daily planner yang baru...Jadi blogger Luqman Zakaria menganjurkan giveaway 365 Days Daily Planner....






Jadi kalau korang nak dapatkan daily planner untuk tahun 2017 jom ramai² kita join giveaway ni mana tau rezeki kan...Nak join jangan lupa KLIK SINI ) atau klik kat Invitation Card di atas tu...Ok....




 

Ole - Ole Dari Indonesia





Selamat pagi sabtu dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung setia blog MD...Terima kasih MD ucapkan kerana tidak jemu nak berkunjung ke blog Anugerah Terindah ini...



Hari selasa lalu adik ipar MD baru balik dari Indonesia dan adalah dia bawakan MD buah tangan yang super comel sangat dan adik MD yang balik Indonesia bulan lalu ada juga kirimkan kat kakak dia ni baju 2 pasang....seronok sangat sebab dapat kiriman dari adik di sana....



 
Baju colour pink kiriman dari adik



Ni pula warna biru juga kiriman dari adik




Ring holder untuk hp ole-ole dari adik ipar...Hello Kitty lagi...comel kan....nanti ada hp baru baru nak pasang benda ni...hihi





Ni pula sarung bali ole-ole dari adik ipar......Hello Kitty lagi...comel ka, adik ipar ni macam tau² jer kita minat kat Hello Kitty...hhi...Apa² pun terima kasih akak ucapkan kepada adik dan adik ipar sebab kasih kat akak ole² yang super cantik dan comel lagi..














9 Disember 2016

Menu Minum Petang - Jemput-Jemput Pisang




Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung setia blog MD yang sentiasa sudi berkunjung ke blog Anugerah Terindah....






Petang ni MD buat jemput-jemput pisang untuk menu minum petang...ada stok pisang dah masak sangat sebab dah seminggu jiran bagi kat MD tapi baru ada kesempatan nak buat jemput-jemput pisang.Jemput-jemput pisang memang sedap kan makan panas-panas sambil minum dengan teh boh nai...Kalau kat semananjung korang panggil ni cekodok kan...







8 Disember 2016

Blog Anugerah Terindah Berwajah Baru





Bulan december adalah bulan terakhir untuk tahun 2016...dan di akhir tahun ni sekali lagi blog MD berwajah baru lagi.MD masih kekal dengan tema blog yang berwarna pink....so...sweet MD tengok blog kalau warna pink ni sejuk dan tenang jak bila melihatnya....Sentuah blog MD kali ini dari blogger Maisarahsidi 







MD google juga lah nak cari blogger yang boleh edit blog ni sbb tempat yang biasa MD tempah untuk edit blog dah tak ambil untuk mengedit blog...Alhamdulillah MD jumpa blogger Maisarahsidi yang sudi nak edit blog MD ni....Kalau korang nak tempah edit blog boleh lah berkunjung ke blog beliau ya sebab ada pakej yang di sediakan tinggal korang pilih jak pakej mana yang korang nak...




http://www.maisarahsidi.com/p/editdesigncustomize-blog.html




Doa Harian




Salam dan selamat pagi khamis untuk semua sahabat blogger dan pengunjung setia yang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog MD ini....Awali setiap pagi kita dengan doa-doa semoga kehidupan yang kita jalani akan lebih baik dan mendapat keberkatan dari Allah.





Ya..... ALLAH 
Aku mohon perlindunganMu dari dukacita
Kesedihan,perlindungan dari kelemahan
Sifat malas dan keluhan serta
Beban dari hutang......Amin




7 Disember 2016

Karipap Menu Minum Petang Tadi





Salam dan selamat malam...petang tadi kawan sekerja ada jual karipap...dah lama tak makan karipap jadi MD order lah Rm2.00 dan minuman sejuk perisa keladi...Sebenarnya MD nak post entri ni petang tadi tapi tak sedar pula Quota Internet dah habis tanpa MD sedari...hihi




Ada sambal lada untuk karipap ni sebab karipap ni bukan macam karipap biasa tau karipap pusing yang inti dia ayam tau...inti karipap ni lain sikit...



Tengok tak inti dia tu...ada mee kuning dan ubi kayu MD panggil karipap bugis ni...hihi...nak makan jangan lupa letak lada yang di sediakan baru lah meletop-letop di makan...hihi




Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda





Salam dan selamat pagi rabu untuk semua sahabat bloggger dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog MD ini...terima kasih yang tak terhingga MD ucapka... InsyAllah ada masa dan waktu yang terluang MD akan berkunjung ke blog sahabat semua...



Pepagi ni MD nak join giveaway dari blog Suria Amanda 




Nak join jangan lupa tau ( KLIK SINI )


Syarat- syarat untuk menyertai Giveaway ini simple aje...

  1. Buat satu entry blog yang bertajuk Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda masukkan gambar banner sekali.
  2. Hanya Like & Follow media Sosial Suriaamanda
          Blog : http://www.suriaamanda.com/
          Facebook : www.facebook.com/Parizan.mohdzain
          Instagram : www.instagram.com/Rizzdania78
          Twitter : www.twitter.com/Suriaamanda1
          Facebook page : https://www.facebook.com/Suriaamanda78/
          Google Plus : https://plus.google.com/112901880379308072455

     3.  Dah siap? Sila tinggalkan link entry GA korang di ruangan komen entry ni..

Tarikh GA  05.12.2016- 15.12.2016 @ 11:59 mlm

Semoga berjaya









6 Disember 2016

Dress Dari Dhuhasalis Memang Selesa






Salam dan selamat pagi selasa kepada semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai....Hari tu MD ada beli barang online dekat IG....terjerabak dengan dress yang di pakai oleh seorang blogger terkenal di malaysia siapa lagi kalau bukan blogger Nisa Kay... MD tengok beliau pakai kat IG dia terus MD tertarik dengan dress tu..








Dress ni selesa tu yang MD terus order sampai 3 pasang tapi sepasang kawan sekerja nak beli....MD dah pakai tapi hari tu belum sempat lagi nak ambil gambar... nanti dah ambil gambar MD pakai dress ni lagi baru MD tangkap gambar ya...Banyak corak terbaru untuk dress ni dan sekarang tengah ada sales akhir tahun....Cepat klik IG dan FB untuk tengok corak terbaru dan harga pun murah jadi jangan lepaskan peluang tau untuk dapatkan dress meletop ini...



IG: Dhuhasalis
FB: Dhuhasalis











5 Disember 2016

Tahniah Kepada Azharina Juara GegarVaganza Musim Ke-3





Salam dan selamat pagi isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah dekat blog Anugerah Terindah ini....


Semalam nonton GegarVaganza musim ke-3 dan tahniah di ucapkan kepada Azharina kerana berjaya menewaskan 5 orang peserta akhir GegarVaganza musim ke-3 dan tahniah juga di ucapkan kepada semua peserta akhir GegarVaganza musim ke-3..






Menewaskan lima peserta lain, Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar diumumkan sebagai juara GegarVaganza 3 (GV 3).

Azharina membawakan lagu Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang secara medley di segmen solo serta lagu Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah di segmen battle.

Azharina yang bergelar juara berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebuah single terbaru terbitan Astro, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 tajaan Budi Group, dan pakej percutian ke Itali bernilai RM15,000 sumbangan Kowamas Holidays.

Azharina turut membawa pulang rantai mutiara bernilai RM30,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, pakej penginapan di The Presidental Suite, The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, baucer barangan tunai bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Siti Sarah berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 tajaan Budi Group, dan pakej percutian ke Eropah bernilai RM12,000 sumbangan Kowamas Holidays.

Sarah turut membawa pulang rantai mutiara bernilai RM25,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM5,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Sarah turut berjaya menjadi pemenang Persembahan Pilihan Penonton menerusi undian di laman web GV dan membawa pulang RM5,000 tajaan Astro.

Sarah membawakan lagu I Will Always Love You dan Matahariku secara medley di segmen solo serta lagu Seandainya nyanyian asal Azharina di segmen battle.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Zarul Umbrella berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 tajaan Budi Group, dan pakej percutian ke Mesir bernilai RM10,000 sumbangan Kowamas Holidays.

Zarul turut membawa pulang rantai mutiara bernilai RM20,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Zarul membawakan lagu Dendangan Laguku dan Gerhana secara medley di segmen solo serta lagu Bila Cinta Didusta nyanyian asal kumpulan Screen di segmen battle.

Tempat keempat yang diraih oleh Ameng Spring berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Turki bernilai RM8,000 sumbangan Kowamas Holidays, rantai mutiara bernilai RM15,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM3,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Ameng membawakan lagu Romantis dan Bourgenvilla secara medley di segmen solo serta lagu Duhai Malam nyanyian asal Intan Sarafina di segmen battle.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Intan Sarafina berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Guilin, Guangzhou dan Yangshuo bernilai RM5,000 sumbangan Kowamas Holidays, rantai mutiara bernilai RM10,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM2,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.
Intan membawakan lagu Kemelut Di Muara Kasih dan Sedetik Lebih secara medley di segmen solo serta lagu Sampai Hati nyanyian asal kumpulan Spring di segmen battle.

Gmie Screen pula berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 tajaan Astro, rantai mutiara bernilai RM5,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM1,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Gmie membawakan lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan Salam Terakhir secara medley di segmen solo serta lagu Bukalah Hatimu nyanyian asal kumpulan Umbrella di segmen battle.

Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim berada di kerusi juri tetap manakala Datuk Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Astro Gempak






28 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel





Salam semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dekat blog MD ini...Hari ni nak join lagi giveaway dari dua orang blogger yang suka travel siapa lagi kalau bukan blogger JM Rerupis @ Jari Manis dan blogger  Wa Ah Kak @ SS

Nak join giveaway ni jangan lupa KLIK SINI

Tag : Blogger Wana


SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :


1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List  dan Scdha Sein Photo And Travel .

2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.

3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.

4. TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.

5. JANGAN LUPA tinggalkan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.

6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1 -5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.



INGAT!!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja".


Pemilihan pemenang akan dibuat melalui random number service Random.org. 








Review - Sabun RADYA Jadi Pilihanku





Salam dan selamat hari isnin  untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah dekat blog MD ini....Pepagi ni baru nak up entri baru....eyalah tu kan baru lah sangat padahal dah lama nak taip cuma keadaan masa yang tak mengizinkan sangat....




Sebelum MD teruskan dengan isi entri ni MD nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengasas produk jenama RADYA Puan Rosmini Rosmi Ladaba kerana memperkenalkan produk jenama RADYA...Selain sabun RADYA produk atas jenama RADYA juga mengeluarkan Sunblock@Foundation RADYA,Skincare RADYA,Minuman Collagen RADYA.MD juga mengunakan set Skincare RADYA yang mengandungi krim siang dan malam....InsyAllah nanti ada masa MD akan review set Skincare RADYA pula....







SABUN RADYA
SABUN RADYA
EXTRACT KULIT KAYU MANIS/BUNGA CENGKIH
KELEBIHAN ðŸ‘‡
🌻 menghilangkan jerawat batu
🌻 menghilangkan parut jerawat dan bekas jerawat
🌻 menghilangkan kesan jeragat
🌻 memutihkan kulit
🌻 mengecilkan pori-pori
🌻 menyegarkan kulit muka
🌻mengawal minyak berlebihan di muka
🌻 melembabkan kulit muka
🌻menegangkan dan menganjalkan kulit muka
🌻 kulit lebih licin , cerah dan berseri-seri dan membuang toksin pada wajah
🌻 menghikangkan bintik hitam di muka
🌻 menghilangkan bau badan
🌻menghilang jerawat belakang badan


KANDUNGAN SABUN ðŸ‘‡
🌞 extract bunga cengkih
🌞 extract kulit kayu manis
🌞 bunga cengkih = membantu menghilangkan jerawat dan jerawat batu
🌞kulit kayu manis = membantu menghilangkan parut jerawat dan jeragat
🌞 mencantikkan kulit dan mencerahkan kulit



Yang kita semua tahun bunga cengkih dan kulit kayu manis memang banyak khasiatnya selain dalam masak ia juga di gunakan dalam produk kecantikkan...Nak tahu dengan lebih lanjut dan testimoni  para pengguna produk RADYA boleh singgah dekat sini dan jangan lupa LIKE sekali ta. 

Facebook : Radya Cosmetics


"RADYA.....SEGALANYA PASTI
SYUKUR....ADA RADYA"









22 November 2016

Giveaway Miniature Photography By Waza Studios




Salam buat semua rakan blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai...Entri pertama di bulan november ni baru nak bermula di sebab banyak hal yang terjadi semua entri yang nak MD post terpaksa di tangguhkantangguhkan InsyAllah ada masa dan kesempatan MD akan post untuk rakan blogger dan pengunjung yang sudi singgah di blog MD ini....



Pagi ni MD join giveaway anjuran dari blogger Miza...MD suka sangat tengok gambar giveaway ni...comel sangat....






Nak join giveaway ni jangan lupa KLIK SINI




syarat-syarat penyertaan

1) terbuka kepada semua blogger di malaysia

2) mempunyai blog dan instagram

3) follow blog dorayakino.blogspot.my

4) follow instaram Waza Studios

5) copy entry dan banner di atas(link kan ke entry ini) dan buat satu entry bertajuk giveaway miniature photography by waza studios di blog anda 

6) letakkan link blog penyertaan anda di dalam ruangan komen ini

7) tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

8) harap semua jujur dengan syarat-syarat yang dikehendaki ye :)






30 Oktober 2016

Maggi Royale Korean





Salam dan selamat petang untuk semua rakan blogger dan pengunjung blog MD yang di sayangi dan di hargai...Pagi tadi MD dan En.Hubby ke sedco Bukit Garam untuk membeli barang keperluan seharian...Pekan Sedco Bukit Garam adalah sebuah pekan kecil di mana tempat orang di sekitar nya untuk keluar membeli barang keperluan sebab nak ke bandar sandakan mengambil masa 1½ jam untuk sampai...kalau ke pekan bukit garam hanya mengambil masa 20 minit jak untuk sampai...



Sebenarnya MD nak bagitau tentang produk keluaran jenama Maggi yang amat terkenal...MD mungkin orang yang ketinggalan memcuba Maggi Royale Korean ni sebab baru tadi MD terjumpa kat kedai di pekan Bukit Garam..MD ambil sepekat Maggi Royale Korean ni yang mengandungi 5 bungkus di dalamnya....



Maggi Royale Korean






Maggi Royale Korean berperisa daging tumis pedas ni rasa dia sedap MD suka dengan rasa kuah dia yang pedas dan manis ni bila makan rasa kat anak tekak memang sedap...Tadi tercari2 juga Maggi OatMee baharu tapi tak ada pula...InsyAllah nanti ada Maggi OatMee nak juga MD mencubanya...











Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign