Anugerah Terindah: Februari 2014

Halaman

28 Februari 2014

Rezeki Dapat Masuk Dalam Bloglist Blog Mia Liana.Com

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...nampak tak header kat atas tu...nampak jer semua dah tahu kan siapa dia...hari ini Diana cukup gembira bila blog Diana yang tak seberapa ini akan tersenarai dalam bloglist blogger terkenal...siapa yang tak kenal dengan blogger otai  Mia Liana...tuan punya blog Mia Liana.Com Smile...Smile..Smile...
 
 
 
Seorang blogger yang tak lokek dengan segala ilmu yang di miliki...sentiasa membantu blogger yang baru dan blogger yang ingin berjaya dalam dunia blog ini... Syukur Alhamdulillah akhirnya blog Diana tersenarai dalam bloglist Kak Mia...seingat Diana selama Diana menceburkan diri dalam dunia blog ini...Diana dua kali join dalam segmen pencarian bloglist Kak Mia.
 
 
 
Pertama Diana join klik SINI ,tapi rezeki tidak berpihak kat Diana,Diana tetap tak berputus asa dan bila Kak Mia anjurkan lagi segmen,Diana join lagi klik SINI , tak di sangka dan tak di duga,akhirnya Diana berjaya menempatkan blog Diana tersenarai dalam bloglist Kak Mia..terima kasih untuk Kak Mia..klik SINI untuk senarai pemenang yang telah berjaya dalam Segmen 12 Jam Bloglist # 7 Mialiana.Com
 
 
 
Terima kasih untuk Kak Mia dan semua perserta yang join dalam segmen yang Kak Mia anjurkan...semoga kita semua dapat menjalinkan ikatan ukhuwah sesama blogger walaupun hanya dalam dunia maya ini...
 
 
 
 
p/s : Maaf Kak Mia sebab Diana letak header blog Kak Mia di atas..rasa teruja sangat bila nama pemenang di umumkan...hehe..
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Jumaat Akhir Di Bulan February

 
 
 
 
Salam dan selamat pagi Jumaat penghulu segala hari untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Hari ini hari terkahir di bulan February,esok kita akan melangkah di bulan March...tak sedar begitu cepat masa berlalu....syukur Alhamdulillah kerana kita di beri kesempatan untuk berada di dunia pinjam Allah ini kepada kita...
 
 
 
 
 
 
 
 
Hargailah di setiap hari-harimu dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang di Redhai Allah...basahilah bibirmu di setiap hari-harimu dengan bacaan Al-Quran,.pagarilah di setiap hari-harimu dengan doa memohon kepada Allah...semoga kita berada dalam lindunganNya di dunia ini..panjatkan rasa penuh kesyukuran kepadaNya dengan apa yang telah kita nikmat dan dengan apa yang telah di kurniakan kita di dunia ini....
 
 
 
 
 
 

27 Februari 2014

Review Buku Wangian Syurga Dalam Cintamu

 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...hari ni Diana nak review satu buku yang baru jer start Diana baca...mungkin ada di antara sahabat dan pembaca yang dah baca dan tahu tentang buku ni.."Wangian Syurga Dalam Cintamu" penulisnya adalah seorang anggota kumpulan Hijjaz...siapa tak kenal dengan Mohd Faizal Bin Osman. Beliau adalah ahli kumpulan Hijjaz,pengubah lagu dan penulis lirik..Antara karya beliau yang terkenal adalah lagu Destinasi Cinta,Permaisuri Hatiku,Kasihmu Amanahku,Persona Cinta,Sebuah Pertemuan,Cinta Teraggung dan banyak lagi...Buku pertama ciptan beliau adalah "Wangian Syurga Dalam Cintamu" yang diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing (HRP).
 
 
 
muka hadapan
 
 
Di muka hadapan buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu"..Diana tertarik dengan kata-kata penulis iaitu "...Cinta bermula dengan senyuman,mekar dalam doa dan harapan dan berakhir dengan tangisan...


 
muka belakang
 
 
 Di muka belakang buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu" penulis juga ada menulis kata-kata yang cukup tertarik Diana nak baca dan kongsi kepada sahabat dan pembaca sekalian..
"Cinta mereka bukan sekadar cinta nafsu nafsi atau sekadar cinta sepasang manusia yang saling jatuh hati atau cinta insan yang takut bersendiri mengharungi hari,Cinta mereka adalah cinta yang wujud kerana cintakan PenciptaNya,yang hadir kerana mengagumi keindahan ciptaan TuhanNya dan yang terbit dari rasa keinsafan melihat ketinggian Cinta kepada Khaliqnya.Cinta mereka berjalan di atas landasan Jihad,melangkah di atas laluan Taqwa serta bernaung di bawah Rahmat dan Keredhaan Pemiliknya.Cinta mereka adalah cinta manusia biasa yang ada khilaf untuk diteladani,ada kasih yang hanya Allah sahaja yang dapat membatasi dan ada pasrah menerima ketentuan Ilahi.Cinta mereka ada yang di akhiri bahagia,ada juga kisah yang di akhiri airmata.Bukan kisah dongeng yang berakhir di jinjang pelamin,sebaliknya di semai oleh akad pernikahan dan disiram oleh rasa kesyukuran...Yang pasti ada wangian syurga dalam cinta mereka..."
 
 
 
 
Buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu" adalah himpunan 40 kisah-kisah cinta tauladan yang menghimpunkan pelbagai kisah terpilih yang dialami oleh Nabi-Nabi tertentu,Sahabat dan beberapa orang insan yang terpilih.. Mereka juga manusia biasa macam kita,punya hati dan perasaan..tetapi hati dan perasaan mereka itu dipandu tanpa sedikitpun meninggalkan tali Allah..


Buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu" mengandungi 4 bahagian


Bahagian Satu : Bertemu Cinta
Bahagian Dua : Diuji Cinta
Bahagian Tiga : Nilai Cinta
Bahagian Empat : Ketinggian Cinta
 
 
Setiap bahagian buku ini tidak tertinggal satu perkataan iaitu CINTA...tetapi setiap  perkataan CINTA yang di tulis mengandungi kisah-kisah CINTA yang berlandaskan Jihad,yang bernaung di bawah Rahmat,yang ada khalif untuk diteladani,yang hanya Allah sahaja dapat membatasi dan yang pasrah menerima ketentuan Ilahi.....
 
 
 
 
 

26 Februari 2014

Lirik Lagu : Alasan Untuk Bahagia - Asfan Shah

 
 
 
 
 
 
Jika Itu Takdirku

 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...sahabat ada tengok tak cerita drama yang bersiaran sekarang kat tv3 yang mengantikan drama Adriana Rose...Jika Itu Takdirku...Diana macam tak terlalu layan drama ni,mungkin sebab drama ni bukan dari Adapatsi novel kan...macam dah biasa pula nonton drama dari adapatsi...jadi drama ni tak berapa Diana layan....tapi first time dengar salah satu lagu yang menjadi ost dalam drama ni ..Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 29..untuk info selanjutnya mengenai Asfan Shah klik SINI ,suara dia boeh tahan...



 
 
 
 
Alasan Untuk Bahagia - by Asfan Shah


Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini


Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita


Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati 
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia...






25 Februari 2014

Makan Malam Dengan Potato Bites Dan Teh Ais Limau Yeo's

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni Diana tak makan nasi,dah kebiasaan Diana jarang nak menjamah makan malam...Diana lebih suka makan yang ringan2 jer di malam hari...boleh di katakan Diana hanya makan nasi sekali jer dalam sehari...untuk mengelak gemuk kot...hehe...

 
 
 
 
 
Tapi memang sebenarnya Diana kurang makan nasi terutamanya pada malam hari..entah kenapa,semenjak Diana minum minuman kesihatan keluaran dari jenama Tupperware  Organic Lactor Fiber,selera makan Diana agak kurang sikit dan minuman ini jugalah ,berat badan Diana menurun....

 
 
 
 
 
 
Nak tau info selanjutnya tentang Minuman Organic Lactor Fiber ni...bolehlah layari ke  SINI
 
 
 
 
 

Hari Selasa Yang Bisu#1

 
 
 
 
 
 Salam dan selamat pagi selasa untuk semua sahabat dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...




pict FB Annisa

 
 
 
 
 Selamat pagi,Semoga Allah sentiasa memberkahi
Serta melindungi di setiap langkahmu
Hari Ini esok dan selamanya...

 
 
 
 

24 Februari 2014

Resepi Pisang Cara Orang Bugis

 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...selepas  waktu solat magrib tadi bagi kawasan sandakan..Diana kongsi satu masakan kaum bugis...
 
 
 
Resepi Pisang Pukul
 
 
 
 
 
 Nama resepi bukan main ganas jer kan...kalau dalam bahasa bugis resepi ni di panggil pisang pepek...hehe..kita guna pisang yang tak mentah sangat dan tak masak..lepas tu pisang ni di kupas kulit dia...dah basuh,titiskan air dia dan lumur dengan sedikit garam...

Setelah itu kita goreng pisang tu,janganlah sampai terlebih masak...goreng ala kadar jer...setelah tu,pisang tu kita pukul dengan alu lesung batu..tak payah sampai hancur,pukul bagi pisang tu leper...kemudian pisang yang dah leper tu kita kena goreng semula sampailah pisang tu masak kekuningan..masak nanti pisang tu akan jadi macam pict kat bawah ni..makan cecah dengan sambal..
 
 
 
 
Sebab mengapa resepi ni di panggil pisang pukul,sebab pisang ni kena pukul dulu baru  kita goreng...sedap di makan ketika panas...
 
 
 
 
 

SEGMEN: CARI KENALAN & BLOGLIST MAWAR PUTIH




Assalamualaikum,



Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih


Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.



Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.



Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.





SYARAT MUDAH DAN SIMPLE. TIDAK MENGAMBIL MASA LAMA..
1. Follow blog Mawar Putih.
2. Like Official Page FB Mawar Putih sebelah kanan tu..
3. Buat Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih
4.Copy coding yang disediakan ke dalam ruangan HTML dan siap untuk publish..
5. Tinggalkan URL entri ke dalam ruangan komen entri ini

CIRI-CIRI BLOGLIST DICARI & ADAT BERSEGMEN:
1. Jujur follow blog ini. Follower akan diupdate untuk memudahkan semua peserta saling berkenalan. Jangan risau, i oll follow balik semua follower. Kalau dah follow tu, tetap follow juga sampai bila-bila.hehe
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.

Keputusan bloglist akan dibuat dalam masa seminggu selepas tarikh tutup segmen. Kesudian anda melawat ke Mawar Putih amat dihargai..=)










Selamat Pagi Hari Isnin

 
 
 
 
 
Salam dan selamat pagi isnin untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...
Gambar dari Cosmas jep
 
"....hari ISNIN...mulakan dengan senyuman manis
Buang segala kelu kesah
Agar hidup terasa manis nan indah
Terus bersemangat
Jangan berfikiran negetif
Demi masa depan yang manis..."
 
 
 
 
 
 

23 Februari 2014

Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb






!Assalamualaikum!
















Big Apple...Oh..Sedapnya Tapi Manis..

 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..Alhamdulillah selamat sampai kat rumah dari pusat bandar...penat kalau dah berjalan-jalan ni,semua kedai nak masuk tapi tak beli pun..cuci2 mata jer..dari tempat Diana mengambil masa dalam 1 jam setengah untuk sampai ke pusat bandar....
 
 
 
Bertolak tadi dari rumah dalam jam 9.30pagi sampai kat pusat bandar jam 11pagi..tu untuk pemandu yang memandu dengan kelajuan lebih 80km/j ke 90km/j...kalau Diana mengambil masa 2jam barulah sampai ke pusat bandar sandakan..
 
 
 
 Jalan2 ke pusat bandar tadi tak ada apa yang menarik...cuma semua Bank kat pusat bandar penuh sesak dan  kehabisan duit kat Atm sebab ramai orang yang nak mengeluarkan duit BRIM..
 
 
 






Masa pulang tadi Diana singgah kat kedai Big Appel yang menjual kuih donat..Diana beli 4 perisa...rasa sedap tapi yang tak tahan tu manis sangat...Diana tak suka makan yang manis2 sangat ni...takut sakit gigi..hehe..
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 

22 Februari 2014

5 Waktu Tidur Yang Dilarang oleh Rasulullah SAW

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....adakah kita tahu waktu-waktu tidur yang di larang oleh Rasulullah saw..Mari kita lihat pada waktu apakah kita tidak boleh tidur.
 
 
 
 
 
 
 
1) Tidur Selepas Makan - Sesungguhnya jika kita terus tidur selepas makan akan menyebabkan tidak sempurna proses sistem pencernaan kita.
 
2) Tidur Sepanjang Hari - Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari.ia boleh mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.
 
3) Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi - Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh,kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki..kerana waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha.Sabda Nabi : "Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
 
4) Tidur Pada Waktu Asar - Setengah alim ulamak mengatakan :"Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri"
 
5) Tidur Sebelum Solat Isyak -Sesungguhnya adalah lebih baik kita menunaikan dulu solat Isyak pada waktunya,.sebab kadang setengah kita suka melewatkan hingga kadang lupa dah solat ke belum hingga tertidur dan dah tak menunaikan solat Isyak..tidak apa kita melewatkan solat Isyak jika kita yakin dapat bangun untuk menunaikannya.
 
 
 
 
Perkongsian di atas Diana kumpul  sumber dari google untuk kita maanfatkan,semoga ia memberikan  pengajaran untuk kita amalkan walaupun ringkas aje..Diana tak pandai nak tulis panjang berjela-jela..


 
 
Diana pernah mengalami tidur pada waktu Asar...waktu tu Diana masih lagi di alam persekolahan rendah..Diana tidur dan bangun dari tidur terus pergi mandi...lepas tu pakai baju sekolah...kononnya nak pergi sekolah waktu pagi..tertiba mak tegur nak pergi ke mana tu..?...Diana dengan selamba menjawab..."nak gi sekolahlah mak.."Mak cakap aii...petang macam ni nak pergi sekolah apa...?..Diana tengok jam pukul 6 lebih...terus rasa malu dan lemah jer badan..Mak kata...."tulah akibat tidur waktu Asar..
 
 
 
 
 
 
 

Warna Warni Dalam Kehidupan

 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...selamat berhujung minggu jugak...petang ni nak tengok dan cerita warna warni kehidupanku...
 
 
 
 
pict dari En. Google
 
 
 Jika dilihat setiap warna memainkan peranan dan maksud yang tersendiri....dari warna garang ke warna yang lembut,semua pun ada maksudnya...begitu jugak dengan kehidupan kita..kadang kita melalui kehidupan yang susah dan kadang kita melalui kehidupan yang senang..dalam kehidupan kita juga akan melalui kebahagian dan kesedihan..
 
 
 
Setiap kita inginkan kehidupan yang bahagia tanpa ada rasa kesedihan...tapi tanpa ada rasa kesedihan dalam kehidupan kita,hidup kita tidak akan berwarna dan menarik untuk kita lalui dan kita tidak akan pernah tahu apa itu kesusahan...lakarilah kehidupan kita dengan warna warni yang menarik...semoga  kehidupan yang kita lalui akan seindah warna pelangi...




 
 
 
 

21 Februari 2014

Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !

 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni ramai blogger yang anjurkan segmen...Diana join yang simple2 jer syarat dia..sebab line slow sangat...tak leh nak klik banyak2..hehe...kat banner di bawah ni segmen anjuran blogger              Syira Lokma ,jom ramai2 kita join sebab syarat dia senang jer..
 
 
 
Klik Banner Untuk Join
 
 
 
 
 
 
 

Segmen Review Blog Sampai Lebam.

 






Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join






 

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign