Anugerah Terindah: November 2015

Halaman

30 November 2015

Jawapan Untuk Soalan Dari Blogger Meeya Techik





Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih di atas kesudiaan semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....


Petang ni Diana nak jawab kesemua 10 soalan yang blogger  Meeya Techik ajukan kepada Diana.....maaf dik sebab terlambat nak menjawab soalan² adik....sebab akak tengah fikir ni macam mana nak jawab semua soalan tu maklumlah dah lama tak menjawab soalan² macam ni....hihi....








Inilah soalan² yang blogger Meeya Techik untuk Diana....


Jemputlah menjawab 10 soalan dari saya , jenuh ler jugak memikir nak tanya apa . Hewhew .


1. Introduce your self .
Nama sebenar akak ialah Marediah Binti Daeng Patappe dan sudah berkahwin tapi belum di kurniakan cahaya mata...Doa² kan yer supaya Allah kurniakan akan cahaya mata..

2. Part time / Full time blogger ?
Diana mula berblog pada tahun 2013...suka berblog bila tengok blog² sahabat semua cantik dan mempunyai entri yang menarik untuk di baca...tapi belum lagi seorang blogger sepenuh masa masih lagi sekadar untuk mengisi masa terluang.


3. Apa link blog ? Dan kenapa pilih link blog tu ?
Semua blog Diana suka dan suka dan suka dan suka...hihi


4. Suka suasana kampung atau bandar ?
Suka suasana kampung sebab suasana yangnya yang tenang,damai dan tiada kesibukkan tapi kalau tak ke bandar rasa rindu pula....haha


5. Kalau diberi peluang untuk travel , tempat mana yang anda akan pilih ?
Kalau di beri peluang untuk bertravel...Diana nak keliling dunia lah bersama si en.hubby....hihi


6. Kalau marah , apa tindakan anda ?
Kalau marah Diana akan nangis dan nangis sampai kemarahan itu redah....huhu


7. Suka / Tidak online shopping ?
Suka juga tapi tengok barang tu Diana suka k tak,kalau berkenana Diana beli lah.


8. Binatang apa paling anda takut ?
Sangat takut pada lipan


9. Asal mana ? Haa maroh maroh :P
Diana asal Sabah dan di lahirkan di daerah Tawau tapi membesar di Sandakan...


10. Kalau saya suruh tinggalkan satu ucapan untuk saya ,ucapan apa yang anda akan ucap ?
Akak nak ucapkan kepada adik meeya..semoga sentiasa ceria dan berbahagia bersama orang² yang tersayang, berjaya dalam dunia bisnis dan blogging.





Ok lah dik Meeya Techik nilah jawapan bagi soalan² yang adik ajukan kepada akak ....Walaupun jawapan ni simple tapi akak harap adik berpuasa hati yer dan semoga sahabat blogger dan pengunjung dapatlah kenal Diana yer...













26 November 2015

Majlis Hari Jadi Si Anak Buah





Salam dan selamat hari khamis untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih Diana ucapakan kepada semua kerana sentiasa sudi berkunjung dan komen dekat blog Diana ini....




Pada 23hb iaitu hari isnin adalah sambutan hari jadi anak buah Diana yang Ke-1tahun,yang Ke-6tahun dan makcik dari sebelah mama mereka yang Ke-19tahun...Acara di buat selepas  waktu magrib dan ramai kanak-kanak dan jiran tetangga yang datang memeriahkan majlis...Jom layan gambar² di sekitar majlis yang sederhana ini tapi penuh meriah..






Ini si kakak yang menyambut hari jadi semalam yang Ke-6 tahun




Ini lah si adik yang menyambut hari jadi  pada malam tu yang Ke-1 tahun....kesian kat si adik ni time sambut birthday dia demam selesma pula tapi si adik tetap habby....maklumlah kanak² kan mestilah happy,tengok ramai yang datang bertambah happy dia...




Kek² mereka malam tu  bukan Diana yang buat tau..semua kek-kek tu di tempah dari mereka yang pakar dalam membuat kek....Jangan salah sangka yer sahabat semua pasal entri Diana kemarin tu Wordless Wednesday#26 ( Kek )....hihi...








Suasana majlis hari jadi pada malam itu untuk 2 orang anak buah Diana dan seorang makcik mereka yang di sambut secara sederhana tapi meriah di hadiri kanak² dan jiran² di kawasan perumahan..














25 November 2015

Wordless Wednesday#26 ( Kek )







Salam rabu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....





















22 November 2015

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda








Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai.....Terima kasih Diana ucpakan kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....Petang² Diana join giveaway dari blogger Nuurhudaa...Jom ramai² kita join giveaway sebab syarat dia pun simple sangat...









Klik banner untuk join








21 November 2015

8th Anniversary GiveAway






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai... Petang ni nak join satu Giveaway dari blogger  QasehnyaRania.












Klik banner untuk join Syarat dia simple jer....jomlah ramai² join bagi memeriahkan giveaway anjurananjuran blogger QasehnyaRania.


Tarikh tutup pada  25.11.2015 11:59 malam.





Buat Brooch Comel....Comel Lah Sangat





Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....Berapa hari tak ada nak update apa² entri sebab tak ada idea sebenarnya nak update apa cerita....hihi




Sebab baru nak ceburi bidang membuat brooch ni,jadi cerita semalam Diana nak update pasal brooch jak yer.....Semalam lewat tidur sebab Diana buat brooch untuk buat duit tambahan,adik² kat sini sibuk nak suruh Diana buat...alah...Diana buat sikit² jer ikut permintaan adik² kat tempat Diana je dulu belum berani nak terima tempahan dari luar...InsyAllah doakan Diana yer....






Gambar kat bawah pula brooch yang Diana buat tengahari tadi....Diana gabungkan 2 brooch jadi 1 brooch...saja cari kelainan...hihi....






Ok lah untuk entri hari ini...esok dah hari minggu dan Diana ucapakan selamat berhujung minggu untuk semua....InsyAllah esok sambung buat brooch lagi...










17 November 2015

Idea Pek Gula- Gula Untuk Hari Jadi Anak Buah






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semuanya....2 hari tak ada update blog sebab masalah line internet ni dan nak berblogwalking pun tergendala seketika...Kepada semua sahabat blogger yang singgah komen dekat blog Diana ni InsyAllah masa line dah ok Diana pasti akan ke blog sahabat...sabar menanti tau....hihi..




InsyAllah 23hb ni adalah hari jadi anak buah Diana sekali di sambut dengan kak dia dan makcik Diana tapi bukan makcik Diana dia makcik dari sebelah mak dia...Jadi makcik dari sebelah bapa dia (makcik Diana) nak buat kan sesuatu untuk di berikan pada tetamu cilik yang datang nanti....hihi...Idea ni Diana dapat dari blog FAMF Tower yang pemiliknya seorang yang sangat kreatif dalam menghasilkan DIY & Crafts.Diana sunggah terpesona  dengan setiap apa yang dihasilkannya.






Nak buat senang jer...cuma ikut langkah² gambar kat atas tu...







Cantik tak...kena puji ni sebab siapa lagi nak puji kalau bukan yang membuatnya kan....hihi...








14 November 2015

HOLIDAY GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN (PART 5)






Salam dan selamat pagi sabtu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih Diana ucapkan kepada semua yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana.....Kesempatan pagi ini Diana nak join giveaway dari blogger Sally yang melancong ke negara Taiwan...






Klik banner untuk join





"Kenapa Sally memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan dan nyatakan 3 tempat yang wajib dilawati di Taiwan..." 




  Blogger Sally memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan sebab blogger Sally seorang yang suka sangat melancong dan kali blogger Sally pergi melancong ke negara Taiwan untuk melihat keindahan dan pantai yang ada di Taiwan.....Pada hari ke 3 blogger Sally pergi ke Sun Moon Lake yang merupakan sebuah tasik yang terbesar di Taiwan dan 3 tempat yang wajib blogger Sally lawati di Taiwan ialah...



1.Taichung City



2.Jiufen Old Street


3.Yehliu Geopark







13 November 2015

Selamat Hari Lahir Buatmu








Salam dan selamat malam Diana ucapkan kepada semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai...Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini...Hari ini terlalu lewat bersiaran sebab tak tau nak cerita apa....hihi....Tapi tak apa kan Diana mengabdikan coretan ucapan hari lahir buat suami Diana dalam blog Diana ini untuk tatapan di masa mendatang.












Hari ini 13hb adalah tarikh lahir en.hubby Diana...tak ada hadiah yang istimewa yang dapat Diana berikan kepadamu suamiku...hanya ucapan yang teristimewa yang dapat Diana berikan kepadamu....






UNTUKMU SUAMIKU



Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga di panjangkan usiamu untuk kita sama²
Mengharungi segala rintangan dan dugaan ini


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik
Untuk kita melalui kehidupan ini dengan lebih baik


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga sentiasa dalam lindungan dariNya
Agar kita selamat di dunia dan di akhirat


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga jadi suami yang penyayang
Agar sentiasa dan terus menyayangi diri ini dan keluarga kita


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga jadi suami yang soleh
Yang akan terus membimbing diri ini hingga ke akhir hayat kita....Amin









11 November 2015

Wordless Wednesday#25 - Kebaboomm




Salam dan salam rabu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini...Pepagi tadi Diana buka IG Diana nak tengok gambar² yang sahabat postkan dan add semula sahabat yang follow IG Diana...terima kasih sebab sudi add IG Diana yer...Selain tu Diana pun ada kebaboomm IG ni dan tak sangka juga kena kebaboomm balik...terima kasih yer...







IG Diana kena kebaboomm....dari pemilik blog Riana LittleCuties....Terima kasih kerana kebaboomm IG Diana...Kepada yang belum follow jom follow IG beliau..

IG:  @norhafizahalwi






10 November 2015

Menu Minum Petang - Lempeng Berinti Cheese






Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai.....Terima kasih kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....Petang tadi Diana sedang duduk kat beranda rumah tiba² terfikir nak buat sesuatu untuk di kunyah bersama en.hubby..















Diana buat lempeng berinti cheese..tapi cheese dia tak meleleh sangat sebab stok cheese kat rumah tak banyak jadi setiap keping tu Diana letak sikit jer...tak apa kan yang penting ada rasa cheesenya...hihi....








Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By CikTulip







Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....Petang ni Diana nak join satu giveaway yang di tag dari blogger Siti Nurzafirah....Giveaway ini di anjurkan oleh blogger Cik Tulip..









Klik banner untuk join




Jom ramai² kita join bagi memeriahkan giveaway ini...


Diana tag untuk join giveaway ini ialah blogger² kesayangan hambah....hihi

Wawa
Meeya Techik
Sayidah Napisahhihi





9 November 2015

Inilah Hasil Aktiviti Hujung Minggu






Salam dan selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini...Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semuanya....Hari sabtu baru² ni Diana ada buat entri tentang aktiviti hujung minggu Diana di sini.




Ini dari kain cotton






Ini dari reben




Cantik dan comel tak brooch yang Diana buat sendiri ni...first time ni Diana buat brooch sendiri...Walaupun belum secantik dan secomel buatan yang mereka² yang dah pakar tapi Diana rasa puas hati dengan hasil yang Diana buat ni...InsyAllah Diana akan belajar untuk memperbaiki kelemahan Diana dari segi jahitan dan juga rekaan....














7 November 2015

Aktiviti Hujung Minggu Ini







Salam dan salam sabtu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....terima kasih Diana ucapkan kepada semua sebab sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah ini....Tak sedar begitu cepat masa berlalu esok dah hari minggu pun kan...apakah aktiviti sahabat dan pengunjung di hujung minggu ni...








Nampak tak gambar kat atas tu...tentu sahabat dah dapat meneka kan apakah aktiviti Diana hujung minggu ni... Sebenarnya dah lama Diana nak buat brooch sendiri ni sebab Diana suka tengok benda² yang comel dan cantik...kalau kita buat sendiri kita boleh letak apa yang kita suka kan tak macam kalau kita beli yang dah siap bentuk dia terhad...hihi...




Diana beli barang² nak buat brooch ni time Diana cuti hari tu,jalan kat pusat bandar cari² lah segala benda ni kat 1 kedai ke 1 kedai...tak sedar dah banyak Diana terbeli...haha...Harap brooch yang Diana akan hasilkan ni comel dan cantik...hihi...









6 November 2015

Salam Jumaat - Terindah Lagi Penuh Barakah







Salam dan Salam Jumaat untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana....Jumaat datang lagi penghulu segala hari, semoga di hari Jumaat yang mulia ini memberi keberkatan kepada kita semua..













Barang siapa yang mengucapkan 
"Subhaanallah Wabihamdihi"
100 kali dalam sehari
Akan gugur dosa-dosanya 
Meskipun sebanyak buih di lautan..









5 November 2015

Segmen Bloglist Impiana Cik Yanie





Jom ramai- ramai join segmen dari blogger Cik Yanie...beliau mencari 20 blog untuk di masukkan dalam bloglist Impiana Cik Yanie....










Klik banner untuk join...






Selamat Hari Lahir Buat Adikku





Salam dan selamat khamis untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua sebab sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....











Hari ini 5hb November adalah hari lahir adik Diana yang bongsu iaitu Sakinah Binti Daeng Patappe...Selamat hari lahir adikku semoga di panjangkan umur,sentiasa di murahkan rezeki,di kurniakan kesihatan yang baik dan selamat di dunia dan akhirat.







Segala apa yang telah kita tempuhi selama kita hidup tanpa kedua orang tua kita...kita harungi dengan tabah dan sabar...Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga....Amin











4 November 2015

Bio Oil Pilihanku






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....terima kasih yang tak terhingga kepada semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dan tinggalkan komen dekat setiap entri yang Diana poskan dan tidak lupa juga kepada sahabat yang sudi follow blog Anugerah Teindah ini...InsyAllah ada masa dan line internet tidak menghalang Diana akan follow blog Diana akan terjah dan Diana akan tinggalkan komen dekat blog sahabat semua...




Mungkin ada di antara sahabat blogger dan pengunjung yang pernah dan tahu tentang produk Bio Oil ni kan...tapi serius ni Diana baru terjumpa Bio Oil ni pada 29hb lalu tu..Sebenarnya Diana dah lama cari dan dah lama nak try produk Bio Oil ni sebab ramai yang kata produk Bio Oil ni memnag berkesan untuk menghilangkan kesan parut jerawat walaupun kesan parut tu dah lama....tambah terujah lah Diana nak try guna produk Bio Oil ni....hihi








Bio Oil ni adalah produk pakar penjagaan kulit yang diformulasi untuk membantu memperbaiki kesan parut, regangan kulit dan warna kulit yang tidak sekata...Diana baru guna Bio Oil ni tapi kesan dia tu ada nampak sikit dah sebab en.hubby pun dah tegur kulit wajah Diana dah nampak berubah sikit...tu baru nak masuk seminggu Diana guna kalau guna dah berminggu tu pasti lagi lebih berkesan kan...hihi...Ada tak sahabat blogger dan pengunjung yang pernah guna produk Bio Oil ni...ada kesan tak...Diana nak juga tau pendapat sahabat dan pengunjung ni....









1 November 2015

Segmen Bloglist & Blogwalking Sally Samsaiman





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua....Awal november ni Diana nak join segmen bloglist dan blogwalking anjuran dari blogger yang comel iaitu blogger Sally Samsaiman.





Klik banner untuk join









Hello November








Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua....Hari ini kita dah melangkah ke bulan november dan InsyAllah tak lama lagi kita akan mengakhiri tahun 2015...











Di bulan november ini ada 2 hari penting dalam hidup Diana...hari tu adalah hari lahir en.hubby Diana dan adik bongsu Diana...














Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign