Anugerah Terindah: 11Tahun

Halaman

Memaparkan catatan dengan label 11Tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 11Tahun. Papar semua catatan

31 Julai 2017

Kek Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-11




Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai....Masih lagi nak kongsi tentang hari ulangtahun perkahwinan MD yang ke-11 tahun...Kemarin tu post gambar-gambar yang kami snap di taman awan bukit garam dan photogarphernya ialah adik MD dengan hanya mengunakan telefon vivo V5 dan telefon yang baru MD beli Samsung Galaxy J7 pro keluaran samsung terbaru...cantik kan hasil kameranya...klik. SINI kalau nak lihat hasil gambar telefon Vivo V5 dan Samsung Galaxy J7 Pro.




Samsung J7 Pro


Kek ulangtahun perkahwinan MD ni sebenarnya kemarin nak ambil sambil ambil gambar kat taman awam bukit garam...Tapi salah info yang tak dapat nak di elakkan terpaksa petang tadi baru MD ambil...Tak ada sambutan meriah hanya MD dan en.hubby jak dan tak ada ambil gambar bersama kek sebab MD dan en.hubby dah ambil gambar kemarin berdua...hihi....


Vivo V5

Setia Hingga Akhir Hayat...Amin













30 Julai 2017

Ulangtahun Perkahwinan Ke -11 Tahun







Salam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai...terima kasih kerana sentiasa sudi berkunjung ke blog Anugerah Terindah seindah tuannya....Kita telah di satukan pada 30/07/2006 dan hari ini 30/07/2017 ulangtahun perkahwinan MD dan en.hubby yang ke-11 tahun..begitu cepat masa berlalu tak sangka kita dapat menempuhi segala rintangan dan dugaan sepanjang perkahwinan yang kita bina hingga ke hari ini...semoga ikatan yang kita bina ini berkekalan hingga ke syurga..





Walaupun usia kita terlalu jauh berbeza tapi awak sudi menerima sayang seadanya...walaupun kita menerima halangan dan keceman pada awalnya dari orang sekeliling terutama keluarga awak tapi kita hadapi berdua dengan sabar dan tenang hinggalah kita di terima seadanya..






Walaupun kita pernah di landa dugaan sehingga hampir terlerai ikatan perkahwinan yang kita bina...tapi dengan adanya sifat sabar dan tenang itu kita dapat menghalangnya daripada terlerai...begitu kuat ikatan cinta dan kasih sayang yang kita bina...Semoga ikatan cinta dan kasih sayang yang kita bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga...






Ya Allah berkatilah ikatan perkahwinan yang kami bina
Sesungguhya Engkaulah yang menyatukan kami berdua
Ya Allah pelihara ikatan perkahwinan yang kami bina
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih
Ya Allah jauhkan kami dari segala kejahatan 
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyayangi...




Setia Hingga Akhir Hayat....amin




Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign