Anugerah Terindah: AJL

Halaman

Memaparkan catatan dengan label AJL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AJL. Papar semua catatan

25 Januari 2016

Akim & The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30







Salam dan selamat hari isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai.....Hari isnin rasa mengantuk sangat sebab semalam layan tv3 Anugerah Juara Lagu (AJL) ....Tahniah kepada Akim & The Majistret kerana berjaya di nobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) dan turut di umumkan sebagai persembahan terbaik dan tahniah juga kepada yang memang pada malam itu.













Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Potret turut turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, turut diperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.


Sumber dari : astro gempak








Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign