Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...tak sedar dah hari rabu hari ni kan...cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari....
Hari minggu yang lalu Diana buka sebuah kotak yang ada kat rumah semasa sedang mengemas rumah...dalam kotak tu sebenarnya barang yang Diana simpan..barang tupperware yang Diana beli dari kawan sepejabat.
Banyak tak....hihi....sebenarnya dah lama Diana beli tupperware ni...Diana beli sikit2...tak ada tempat, Diana terpaksa simpan dulu dalam kotak..baru jer hari minggu lalu Diana pergi beli almari lepas siap kemas rumah..
Ni dia almari baru yang Diana beli tu..Sebenarnya ni almari untuk simpan buku2..tapi tak apa kan boleh juga buat untuk simpan barang2 lain kan macam tupperware...tapi Diana belum sempat nak susun barang2 tupperware Diana tu...InsyAllah dah susun nanti,Diana akan update yer...