Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...
Masa hari raya ke-2 hari tu,Diana ada beli simkad DiGi dengan harga RM18 dan isian kredit dia RM13 dan dapat 2 hari internet percuma...nak cuba2 beralih dari celcom ke DiGi...jadi Diana beli DiGi Easy Prepaid...Rasanya dah ramai yang tahu pasal DiGi Easy Prepaid ni kan..tapi tak apa ler Diana cerita sikit pasal DiGi Easy Prepaid.Sebab utama Diana bertukar ke DiGi Easy Prepaid adalah bapa mertua Diana dah guna no DiGi,2 orang adik Diana pun dah guna DiGi...tu yang membuatkan Diana bertukar ke plan DiGi dan yang paling Diana suka sangat tentang DiGi ni ialah panggilan dan sms PERCUMA ke Buddyz...,apa lagi Diana dah daftra no mertua dan adik2 Diana ke Buddyz,jadi dapatlah Diana dan suami berbual dan bersms dengan ayah dan adik2 tanpa di kenakan cas..
Untuk plan internet DiGi pula Diana ambil plan yang RM7 seminggu yang mempunyai kuota 250MB.Pihak DiGi jugak turut sedia menawarkan pelayaran web tanpa had sekiranya pengguna melayari internet nenggunakan web Opera Mini pada peranti mereka.