Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..Syukur Alhamdulillah pagi ini cuaca begitu baik dengan sinaran matahari yang mula menampakan cahayanya..begitulah kuasaNya..jika Dia hendak turunkan hujan maka hujanlah,jika Dia hendak turunkan kemarau,maka kemaraulah...tiada siapa yang bisa menghalangNya..begitulah Maha Besar kuasa Allah.....
Sentiasalah kita berdoa dan memohon kepadaNya,semoga kita sentiasa dalam lindunganNya dan sentiasa beriman kepadaNya...sedangkan Nabi kita Nabi Muhammad SAW adalah Kekasih Allah sentiasa berdoa memohon kepada Allah...takkan kita yang hanya hambah menumpang di dunia pinjaman ini ,kita tidak mahu berdoa...Jadi mari sama-sama kita berdoa memohon kepadaNya...semoga kita sentiasa menjadi seorang yang beriman kepadaNya di dunia dan akhirat...