Anugerah Terindah: Kesihatan

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

10 Ogos 2015

Minuman Kesihatan Dari Jamu Jelita




Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Salam pagi isnini juga....Pepagi ni nak kongsi sikit pasal minuman tambahn keluaran Jamu Jelita..










Bermula bulan Ramadhan yang lalu Diana mengamalkan meminum Pearl White Fiber keluaran Jamu Jelita...dengan formula khas untuk mencerah dan melangsingkan badan,di perkaya dengan ekstrak buah-buhan dan tinggi dengan serat yang pasti membuatkan kita tamp yakin....first time minum...mak hai dalam sehari tu nak 5 kali Diana masuk toilet..penat juga rasanya kan keluar masuk tolite....hihi...tetapi lepas tu rasa badan tu selesa dan rasa tak berat...mungkin lepas pembuangan toksit yang tak di perlukan dalam badan kan...tu yang di buang...hihi.....





Lepas habis sebotol Pearl White Fiber tu Diana beralih ke minuman Sexy White...minuman ni rasa dia sedap pula terus Diana jatuh cinta kepadanya....Sexy White pula merupakan minuman pencerah khusus untuk memontokkan dan menganjalkan aset kewanitaan..selain itu ia juga dapat mengebukan kulit kita...cara pengambilan untuk kedua minuman ini adalah sangat mudah,hanya 2 kali sehari setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.








10 Mac 2014

Minum Susu Sebelum Tidur

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...mungkin ramai di antara kita tidak ambil tahu pekara tentang kebaikan meminum susu sebelum tidur...tapi tidak kurang juga  di antara kita ramai yang suka mengamalkna meminum susu sebelum tidur kan..berbagai jenama keluaran susu yang baik untuk kesihatan kita,dari jenama yang murah ke jenama yang mahal...

 
 
 
 
 
 
 
 
Ini first time Diana mencuba meminum susu keluaran dari Zhulian...Diana ingatkan Zhulian hanya mengeluarkan barangan kemas..rupanya ada juga minuman kesihatan yang di keluarakan dari Zhulian... dalam sekotak ni mengandungi 30 sachets dan berat setiap 1 sachets ialah 15g..Minuman ini tinggi kalsium dan vitamin D dan juga ia adalah campuran susu skim dan kolostrum...Yang sedia maklum kalsium  dapat membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang kuat dan Vitamin D amat penting bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

6 Januari 2014

Kebaikan Meminum Air Suam Dan Susu

 
 
 
 
 
 
Salam sayang kepada semua sahabat blogger yang Diana sayangi...hari ini permulaan kerja untuk minggu kedua...hari kemarin Diana kurang sihat sebab demam di tambah dengan selesma..syukurlah hari ini Diana da beransur pulih sikit...setelah menelan beberapa ubat...
Selain memakan ubat Diana mengamalkan meminum air suam dan susu  sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam...sebelum masuk tidur pun Diana minum air suam dan susu...
 
Alhamdulillah hari ini Diana rasa bertenaga dan segar saja untuk melaksanakan kerja-kerja Diana...Diana pun menggoogle ler mencari-cari apa kebaikkan dengan meminum air suam dan susu..Akhirnya Diana terjumpa  blog yang menulis tentang kebaikan Meminum Air Suam dan Susu..jom terjah blog mereka.....semoga apa yang telah dikongsikan oleh mereka dapat kebaikan untuk kita semua...dan mengamalkan meminum air suam dan susu untuk kesihatan kita...
 
 
 
 
 8 Kebaikan Meminum Air Suam
 
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak
2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
 
 
 
 
 
10 kebaikan minum susu 
1. Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
2. Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus mem beri jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
3. Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
5. Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
6. Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
7. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
9. Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
10. Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia       mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)




Rupanya begitu banyak kebaikkan yang kita perolehi jika kita mengamalkan meminum air suam dan susu...ingatkan kanak-kanak jer yang memerlukan susu...rupanya kita yang dewesa ni pun kena minum susu selalu...jangan abaikan kesihatan kita...terima kasih kepada 2 blog yang hebat ini atas perkongsian di atas....http://kongsibersamanora.blogspot.com dan http://airsuam50.blogspot.com
 




 
 
 
 
 
 
 
 

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign