Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yand Diana sayangi dan sangat hargai...Terima kasih diatas kesudiaan semua kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Diana yang tak seberapa ini ....Tengok kan tajuk entri Diana di atas tu tentu sahabat dan pengunjung
Dengan cuaca sejuk petang tadi sebab dah hujan buat perut Diana dan en.hubby berasa lapar...kat rumah Diana ada ubi kayu sebab kemarin petang en.hubby ada bawa pulang ubi kayu hasil pemberian dari seorang pekerja ladang di tempat kami....Petang tadi en.hubby tolong kupaskan kulit ubi kayu tu dan lepas tu Diana rebus ubi kayu tu sampai empuk...
Ini ubi kayu yang Diana rebus...nampak empuk kan...
Ini pula ubi kayu yang dah di rebus lepas tu Diana goreng....rangup dan sedap..
Sambal berlada untuk ubi kayu rebus dan ubi kayu goreng
Jom makan ubi kayu rebus dan ubi kayu goreng cecah dengan sambal berlada sambil minum milo panas.....Malam ni tak makan nasi dah sebab dah kekenyangan makan ubi kayu.....