Anugerah Terindah: Masakan

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

27 Ogos 2015

Masakan Kaum Bugis #Sayur Daun Killor






Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang sudi singgah kat blog Diana ini....bersua lagi dengan entri masakan kaum bugis...Kebanyakkan masakan kaum bugis ini simple dan tidak banyak menggunakan bahan2,ada secukup rasa pun masakan boleh jadi sedap...hihi...









Pernah tengok tak sayur ni....Kalau sahabat nak tau orang kat tempat Diana ni panggil sayur ni "Daun Killor"....sayur ni pun senang nak masak,boleh di masak bersama kacang hijau,buah betik muda,kacang panjang ataupun terung..Semalam menu sayur Diana adalah sayur "Daun Killor" campur dengan buah betik muda....








Sebelum sayur "Daun Killor" ni nak di masak,kita kena asingkan daun-daun dari tangkai dia sebab kita nak guna untuk buat sayur hanyalah daun dia...








Haaa...ini dia betik muda yang Diana dah siap potong-potong dan cuci,tinggal nak masak bersama sayur "Daun Killor"....







Rupa sayur "Daun Killor" campur betik muda...simple jak kan tapi ini ada makanan sayuran yang paling feveret kat tempat Diana sebab senang nak dapat...hihi...Masakan jenis macam ini jarang kita jumpa kat kawasan bandar,selalu masakan ni kita dapat makan kat kampung-kampung dan estate-estate.









9 September 2014

Maggi Cukup Rasa Penyedap Makanan

Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Secara amnya Diana ni tak lah pandai sangat memasak,sekadar dapat menyediakan makanan untuk Hubby itu dah memadai bagi Diana tapi taklah sampai Diana tak nak belajar memasak kan....hehe....Kalau ada resepi yang senang tu,Diana pun nak cuba juga...


Tentu ramai dah sahabat blogger dan pembaca yang tau dan mungkin juga mengunakan maggi cukup rasa dalam setiap masakan yang di sediaka kan....sama nacam Diana juga semenjak Diana memasak dengan mengunakan  maggi cukup rasa ni,Hubby selalu memuji masakan yang Diana masak...sedap katanya....hehe...

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign