Anugerah Terindah: Menu Makan Malam

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Menu Makan Malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Makan Malam. Papar semua catatan

4 Oktober 2017

Menu Makan Malam -Ayam Kicap Mamak Style MD




Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung setia yang sentiasa sudi berkunjung ke blog MD...terima kasih yang tak terhingga MD ucapkan kepada semua....Malam ni MD masak ayam kicap mamak style alah MD...blogwalking ke blog seorang blogger iaitu blogger Maria Firdz ternampak entry dia tentang ayam kicap mamak style terus MD teringin nak mencubanya....





Nak cuba masak  menu ayam kicap mamak style ni jangan lupa jenguk blog Maria Firdz...MD balik jak dari tempat kerja terus cuba resepi ni cuma ada berapa bahan yang tak ada tapi yang penting ada kicap,daun kari,serbuk kari,kayu manis,bawang merah,bawang putih dan secukup rasa dah boleh siap ayam kicap mamak style ni..MD tambah hirisan lobak....


Selamat mencuba...















11 April 2017

Menu Untuk Makan Malam Tapi ....




Salam dan selamat petang untuk semuanya....hari ini terasa nak karang entri kedua pula...rasa rindu kat blog hingga nak mengarang lagi....hihi....Hari ni pekerja kat tempat MD ada jual sayap dan buntut@tongkeng  ayam bakar...MD belilah buat menu makan malam nanti tetapi dek lapar akibat tak makan masa tengahari tadi,MD dan en.hubby buat menu makan petang lah nampaknya....hihi












Makan sambil cecah dengan sambal lada dan kuah kacang memang tambah sedap..ada tak antara sahabat blogger yang biasa makan buntut@tongkeng ayam ni....Kalau kat tempqt MD ni dalam sebulan ada 2 kali pekerja jual sayap dan buntut@tongkeng ayam bakar ni...Tapi MD dan en.hubby tadi juga selalu beli kalau teringin jak nak makan baru kitaorang beli....









2 Januari 2017

Menu Malam Ni - Pulut Berlauk Ikan Masin + Sayur Campur




Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung setia yang sentiasa sudi singgah dekat blog Anugerah Terindah ini...Entri pertama di hari kedua tahun 2017.Dalam dua hari cuti ni tak kemana-mana pun ada pun ke sedco Bukit Garam menjamu KFC bersama en.hubby.







Malam ni MD makan pulut berlaukan ikan masin dan sayur campur..Pulut pemberian dari kenduri akikah anak pekerja d tempat MD...MD suka makan pulut ni tapi en.hubby tak suka sebab hubby ada sakit gastrik dan orang yang ada sakit gastrik ni tak di galakkan untuk makan pulut..



Cuti dah habis dan esok kita akan memulakan pekerjaan dan musim persekolahan untuk tahun 2017 pun bermula...Selamat berkerja untuk diri sendiri dan semua yang bergelar seorang pekerja dan selamat memulakan sisi persekolahan untuk semua yang bergelar pelajar..












18 Oktober 2015

Menu Makan Malam - Spageti Lagi

 





Salam  dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....terima kasih Diana ucapkan kepada semua yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....




Malam ni tekak Diana teringin nak makan spageti lagi tak tau kenapa.....semenjak Diana cuba-cuba buat spageti prego carbonara cendawan prego dalam entri Diana di sini yang memang sedap pada tekak Diana dan malam ni Diana buat lagi tapi Diana cuba perasa lain lagi iaitu  Prego sos spageti berkrim keju dan herba....













Prego spageti berkrim keju dan herba ni pun Diana sangat suka sebab rasa dia yang lemak-lemak dengan limpahan kejunya....Ada masa Diana nak cuba lagi Prego spageti rasa lain pula....








5 Oktober 2015

Menu Makan Malam Semalam





Salam dan selamat pagi isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi...malam semalam Diana dan suami  teringin nak cuba buat spageti sebab kat bandar tadi Diana ada beli prego carbonara cendawa...













Hubby dan Diana suka pula dengan prego carbonara rasa cendawan ini.....Diana baru cuba-cuba lah buat spageti ni ikut resepi yang ada kat belakang tin prego carbonara cendawan ni....hihi






















17 Oktober 2014

Menu Makan Malam Ini



Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....Alhamdulillah malam ni makan coto atau kadang ada yang panggil makanan ni soto...maklumlah kemarin para pekerja kat tempat Diana gaji jadi jiran sebelah rumah ada jual coto daging,coto ayam,sup ayam,sup daging dan sup ayam kuah coto....harga semangkuk Rm4.00 .







Diana oder coto daging dan en.hubby oder sup ayam kuah coto,jadi malam ni tak payahlah nak masak...senang kerja...hehe....

Yang Ikhlas,

19 Ogos 2014

Lauk Terung Goreng Berlada Hijau Dan Ayam Goreng





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...



Malam ni masak menu simple jer...menu yg main letak2 dah siap dan boleh makan...cukup ada lauk dan sayur peneman nasi putih...terima kasih Ya Allah dengan rezekimu untuk malam....




Sayur Terung Goreng Berlada Hijau Dan Ayam Goreng




P/S : Jemput makan semua sahabatku..






Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign