Anugerah Terindah: Menu Sarapan

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Menu Sarapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Sarapan. Papar semua catatan

15 Oktober 2017

Menu Sarapan Pagi - Mee Goreng Simple




Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai....Terima kasih atas kunjungan sahabat dan pengunjung ke blog MD....Hujung minggu ni tak ke mana-mana duduk rumah jak sambil tengok rancangan tv...




Hujung minggu ni awal pagi bangun jak kemas-kemas rumah dan bersihkan apa yang patut...Dah siap semua kerja rumah perut pun dah mula nak minta di isi....hihi...Pagi tadi MD buat sarapan  mee goreng yang simple untuk MD dan en.hubby....


Jemput join first Giveaway MD ya....hari ni tempat jam 11:59malam first Giveaway MD akan tamat....jadi semua di jemput join bagi siapa yang belum join....Terima kasih...
http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/09/giveaway-birthday-tuan-blog-dan-blog.html

1 Oktober 2017

Sarapan Di Hujung Minggu





Salam berhujung minggu untuk semua blogger dan pengunjung semua....Hujung minggu ni duduk rumah saja tak ada aktiviti lain jadi MD merajinkan diri untuk memasak menu sarapan pagi MD dan en.hubby....


Nasi Kuning

Telur Masak Merah

Telur masak merah ni MD buat lauk untuk nasi kuning MD...


Roti Puri alah MD

Kari Kambing


Meriah kan menu sarapan pagi MD dan en.hubby...Kari kambing tu semalam lagi MD dah masak...pagi tadi buat sikit rotii puri alah MD dan makan cecah dengan kari kambing...


Waktu-waktu hujung minggu MD ada kesempatan untuk menyediakan sarapan yang istimewa sikit sebab masa banyak sikit kalau hari-hari biasa masak kerja tiada pun kesempatan umtuk buat menu sarapan macam ni paling sempat buat nasi goreng untuk bekal MD dan en.hubby...



Jemput join First Giveaway MD ya http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/09/giveaway-birthday-tuan-blog-dan-blog.html





9 September 2015

Sarapan Pagi Diana







Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dekat blog Diana ini....pepagi ni Diana nak kongsi sarapan pagi Diana... hihi...Nasi kuning.













Gigih Diana bangun awal subuh tadi nak siapkan nasi kuning untuk sarapan pagi,Sambal dia semalam lagi Diana dah siapkan dan pagi tadi Diana panas jer dan tuang kat atas ayam goreng...Sarapan pagi Diana dah agak berat jadi tengahari nanti tak payah dah makan tengahari....hihi..Sahabat blogger dan pengunjung pagi ni sarapan apa......









31 Ogos 2015

Jemput - Jemput Kubis Di Hujung Minggu






Selamat menyambut kemerdekaan semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai selalu....Hujung minggu ni Diana tak ke mana-mana,duduk rumah sambil tengok tadi siaran langsung perarakan hari kemerdekaan kat tv3...



Sambil layan tv di hujung minggu ni Diana sempat buat juga menu untuk sarapan pagi ni iaitu jemput-jemput kubis...Jom tengok apa bahan2 yang Diana perlukan....

















Dah siap...boleh di makan bersama sos cili ataupun sambal....







5 Februari 2015

Sarapan Hari Ini #Pulut Panggang


Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...bersua lagi kita di hari khamis yang indah ini....


Hari ini Diana bersarapan pagi dengan pulut panggang yang berintikan serunding udang kering....pulut panggang ni Diana beli dengan jiran sebelah rumah Diana...harga dia RM0.50 sebiji....Diana beli RM1.00 jer,cukuplah untuk alas perut hari ini...
Yang Ikhlas,

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign