Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....terima kasih Diana ucapkan kepada semua yang sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....
Malam ni tekak Diana teringin nak makan spageti lagi tak tau kenapa.....semenjak Diana cuba-cuba buat spageti prego carbonara cendawan prego dalam entri Diana di sini yang memang sedap pada tekak Diana dan malam ni Diana buat lagi tapi Diana cuba perasa lain lagi iaitu Prego sos spageti berkrim keju dan herba....
Prego spageti berkrim keju dan herba ni pun Diana sangat suka sebab rasa dia yang lemak-lemak dengan limpahan kejunya....Ada masa Diana nak cuba lagi Prego spageti rasa lain pula....