Anugerah Terindah: Review Buku Wangian Syurga Dalam Cintamu.

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Review Buku Wangian Syurga Dalam Cintamu.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Buku Wangian Syurga Dalam Cintamu.. Papar semua catatan

27 Februari 2014

Review Buku Wangian Syurga Dalam Cintamu

 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...hari ni Diana nak review satu buku yang baru jer start Diana baca...mungkin ada di antara sahabat dan pembaca yang dah baca dan tahu tentang buku ni.."Wangian Syurga Dalam Cintamu" penulisnya adalah seorang anggota kumpulan Hijjaz...siapa tak kenal dengan Mohd Faizal Bin Osman. Beliau adalah ahli kumpulan Hijjaz,pengubah lagu dan penulis lirik..Antara karya beliau yang terkenal adalah lagu Destinasi Cinta,Permaisuri Hatiku,Kasihmu Amanahku,Persona Cinta,Sebuah Pertemuan,Cinta Teraggung dan banyak lagi...Buku pertama ciptan beliau adalah "Wangian Syurga Dalam Cintamu" yang diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing (HRP).
 
 
 
muka hadapan
 
 
Di muka hadapan buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu"..Diana tertarik dengan kata-kata penulis iaitu "...Cinta bermula dengan senyuman,mekar dalam doa dan harapan dan berakhir dengan tangisan...


 
muka belakang
 
 
 Di muka belakang buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu" penulis juga ada menulis kata-kata yang cukup tertarik Diana nak baca dan kongsi kepada sahabat dan pembaca sekalian..
"Cinta mereka bukan sekadar cinta nafsu nafsi atau sekadar cinta sepasang manusia yang saling jatuh hati atau cinta insan yang takut bersendiri mengharungi hari,Cinta mereka adalah cinta yang wujud kerana cintakan PenciptaNya,yang hadir kerana mengagumi keindahan ciptaan TuhanNya dan yang terbit dari rasa keinsafan melihat ketinggian Cinta kepada Khaliqnya.Cinta mereka berjalan di atas landasan Jihad,melangkah di atas laluan Taqwa serta bernaung di bawah Rahmat dan Keredhaan Pemiliknya.Cinta mereka adalah cinta manusia biasa yang ada khilaf untuk diteladani,ada kasih yang hanya Allah sahaja yang dapat membatasi dan ada pasrah menerima ketentuan Ilahi.Cinta mereka ada yang di akhiri bahagia,ada juga kisah yang di akhiri airmata.Bukan kisah dongeng yang berakhir di jinjang pelamin,sebaliknya di semai oleh akad pernikahan dan disiram oleh rasa kesyukuran...Yang pasti ada wangian syurga dalam cinta mereka..."
 
 
 
 
Buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu" adalah himpunan 40 kisah-kisah cinta tauladan yang menghimpunkan pelbagai kisah terpilih yang dialami oleh Nabi-Nabi tertentu,Sahabat dan beberapa orang insan yang terpilih.. Mereka juga manusia biasa macam kita,punya hati dan perasaan..tetapi hati dan perasaan mereka itu dipandu tanpa sedikitpun meninggalkan tali Allah..


Buku "Wangian Syurga Dalam Cintamu" mengandungi 4 bahagian


Bahagian Satu : Bertemu Cinta
Bahagian Dua : Diuji Cinta
Bahagian Tiga : Nilai Cinta
Bahagian Empat : Ketinggian Cinta
 
 
Setiap bahagian buku ini tidak tertinggal satu perkataan iaitu CINTA...tetapi setiap  perkataan CINTA yang di tulis mengandungi kisah-kisah CINTA yang berlandaskan Jihad,yang bernaung di bawah Rahmat,yang ada khalif untuk diteladani,yang hanya Allah sahaja dapat membatasi dan yang pasrah menerima ketentuan Ilahi.....
 
 
 
 
 

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign