Anugerah Terindah: Selamat hari lahir

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Selamat hari lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat hari lahir. Papar semua catatan

31 Disember 2016

Hari Jadi Di Akhir Tahun 2016




Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi berkunjung ke blog Anugerah Terindah... Selamat tahun baru yang tak lama lagi menjelang tiba..semga segala azam yang di impikan di tahun 2016 terlaksana dengan jayanya....



Ini dia anak buah MD yang sambut hari jadi tadi...si kakak memaksa si adik untuk ambil gambar..



Malam ni di adakan sambutan hari jadi untuk 2 orang anak buah MD yang ke-7 tahun dan yang ke-5 tahun dan seorang makcik dia yang menyambut hari jadi yang ke-20 tahun..


si makcik punya cupcake



Si kakak punya kek



Si adik punya kek



Sebelum acara potong kek sempat bergambar dengan sepupu² yang datang...ramai jugalah tamu yang datang tadi...Terima kasih kerana sudi datang bagi memeriahkan majlis hari jadi si anak buah ni....



"SELAMAT TAHUN BARU 2017"







13 November 2015

Selamat Hari Lahir Buatmu








Salam dan selamat malam Diana ucapkan kepada semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai...Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini...Hari ini terlalu lewat bersiaran sebab tak tau nak cerita apa....hihi....Tapi tak apa kan Diana mengabdikan coretan ucapan hari lahir buat suami Diana dalam blog Diana ini untuk tatapan di masa mendatang.












Hari ini 13hb adalah tarikh lahir en.hubby Diana...tak ada hadiah yang istimewa yang dapat Diana berikan kepadamu suamiku...hanya ucapan yang teristimewa yang dapat Diana berikan kepadamu....






UNTUKMU SUAMIKU



Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga di panjangkan usiamu untuk kita sama²
Mengharungi segala rintangan dan dugaan ini


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik
Untuk kita melalui kehidupan ini dengan lebih baik


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga sentiasa dalam lindungan dariNya
Agar kita selamat di dunia dan di akhirat


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga jadi suami yang penyayang
Agar sentiasa dan terus menyayangi diri ini dan keluarga kita


Selamat hari lahir buatmu suamiku
Semoga jadi suami yang soleh
Yang akan terus membimbing diri ini hingga ke akhir hayat kita....Amin









5 November 2015

Selamat Hari Lahir Buat Adikku





Salam dan selamat khamis untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semua sebab sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini....











Hari ini 5hb November adalah hari lahir adik Diana yang bongsu iaitu Sakinah Binti Daeng Patappe...Selamat hari lahir adikku semoga di panjangkan umur,sentiasa di murahkan rezeki,di kurniakan kesihatan yang baik dan selamat di dunia dan akhirat.







Segala apa yang telah kita tempuhi selama kita hidup tanpa kedua orang tua kita...kita harungi dengan tabah dan sabar...Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga....Amin











Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign