Anugerah Terindah

Halaman

11 Mac 2014

Resepi Kuih Susu Simple

 
 
 
 
 
Salam dan semuanya sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...salam bersua lagi..maaflah baru Diana dapat tulis entri ni untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai selalu...
 
 
 
 Ni cerita pagi tadi masa kat pejabat...oleh kerana pagi tadi Diana dan sahabat Diana tak brapa sibuk,kami kat pejabat tadi buat satu jenis kuih yang sangat simple dan bahan2 dia pun senang jer...tak banyak pakai bahan2....tentu ramai di antara sahabat blogger maupun pembaca tau dan kenal dengan kuih ni...nama kuih yang Diana dan sahabat Diana buat pagi tadi ialah Kuih Susu...resepi ni dari Sahabat Diana....dialah yang tunjukkan kami cara membuat kuih susu ni..





Bahan-Bahan:

1) 10 biji telur
2) 1 tin susu cair
3) 1 tin susu pekat
4) 1 sudu tepung kastard
5) Air ikut ukuran tin susu pekat tu
6) Sedikit gula untuk buat gula hangus
 
 
 
 
 Terlebih dulu panaskan kuali dan masak gula tu sehingga hangus dan tuang ke dalam bekas kuih dan sekeliling bekas tu macam gambar kat atas tu... pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau tak payah pukul ya sahabat...maaf gambar telur tak ada pulak..hehehe
 
 
 
  Lepas tu masukkan bahan2 lain seperti susu cair,susu pekat dan tepung kastard,air dan gaul lagi secara perlahan dan sehingga bahan sebati ya..

 
 
 
 Selepas bahan dah sebati..kita kena tapis dia supaya hasil dia lebih halus dan tak dah yang berketul2..
 
 
 
 
 Lepas dah siap di tapis,bolehlah kita tuang ke dalam bekas kuih yang dah kita letakkan gula hangus...
 
 
 
 
  Dah siap,kita bolehlah  mula mengkukus kuih kita...




Tarraaa....kuih dah masak...untuk mengetahui kuih dah masak tau belum..kita boleh cucuk dengan menggunakan lidih yang bersih ke dalam kuih tu...jika kita angkat lidih tu dan tak ada melekat...tu menandakan kuih kita dah masak...
 
 
 
 Lepas kuih masak dan sejuk,kita boleh letak kat peti ais untuk sejukkan sekejap sebab kuih ni sedap di makan kalau sejuk..belum sempat letak kat peti ais..kami dah makan...hehe...
 
 
 
 
  Untuk pengetahuan sahabat semua...kalau guna sukatan bahan2 kat atas tu...ia boleh menghasilkan 3 bekas kuih macam yang di guna kat atas tu....Apa lagi petang tadi acara makan kuih susu lah kami kat pejabat...best sangat buat ramai2 dan makan pun ramai2...



Selamat Memcuba.......




 
 

10 Mac 2014

Minum Susu Sebelum Tidur

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...mungkin ramai di antara kita tidak ambil tahu pekara tentang kebaikan meminum susu sebelum tidur...tapi tidak kurang juga  di antara kita ramai yang suka mengamalkna meminum susu sebelum tidur kan..berbagai jenama keluaran susu yang baik untuk kesihatan kita,dari jenama yang murah ke jenama yang mahal...

 
 
 
 
 
 
 
 
Ini first time Diana mencuba meminum susu keluaran dari Zhulian...Diana ingatkan Zhulian hanya mengeluarkan barangan kemas..rupanya ada juga minuman kesihatan yang di keluarakan dari Zhulian... dalam sekotak ni mengandungi 30 sachets dan berat setiap 1 sachets ialah 15g..Minuman ini tinggi kalsium dan vitamin D dan juga ia adalah campuran susu skim dan kolostrum...Yang sedia maklum kalsium  dapat membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang kuat dan Vitamin D amat penting bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

9 Mac 2014

Teruskan Berdoa Demi Keselamatan Pesawat Mas MH370

 
 
 
 
 
Salam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...marilah sama2 kita teruskan berdoa untuk keselamatan semua penumpang dan anak kapal pesawat Mas MH370...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan dan ujian dari Allah..
Berdoalah kepada Allah atas kejadian yang menimpah..
Kerana Dialah yang Maha Berkuasa Dan Maha Mengetahui Apa yang Terjadi.. #PrayForMH370

 
 
 
 
 
 
 
 
 

8 Mac 2014

1st Giveaway By ArinaCamaro

 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..
 
 
 
Klik Banner Untuk Join
 
 
 
 Jom ramai2 kita join 1st Giveaway by Arina Camaro ini...syarat untuk join sangat simple..Giveaway bermula 07/03/2014 dan berakhir pada 17/03/2014 jam 12.00pm..
 
 
 
Jom ramai2 kita support  Arina Camaro
 
 
 
 
 
 
p/s : sama2 kita berdoa semoga semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat dan kerja2 mencari dipermudahkan olehNya.
 
 
 
 
 

Doodle Giveaway by Alin Afina

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...jalan2 tadi ke satu blog ke satu blog sambil membaca entri tentang pesawat Mas MH370 yang hilang..sama2lah kita berdoa semoga segalanya dalam keadaan selamat dan dipermudahkan olehNya..
 
 
 
 



Klik Banner Untuk Join
 
 
 
Dan Diana terjumpa satu blog adakan Giveaway Doodle Giveaway,syarat dia pun sangat simple...jom ramai2 kita join GA ini


 
 
 
 
 
 
 
 

Pray For MH370 # Pesawat Mas Hilang

 
 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Awal pagi tadi kita di kejutkan dengan berita tentang kehilangan Pesawat Mas MH370  yang berlepas dari KLIA menuju ke Beijing,China...perasaan terkejut masih ada dalam diri Diana..semoga semuanya terselamat.





 
 
Marilah kita semua sama-sama berdoa,semoga semua penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Mas MH370 terselamat..untuk maklumat terkini ikuti di SINI janganlah kita sebarkan cerita sebelum mendapat kesahihan daripada pihak kerajaan Malaysia.Teruskan berdoa agar operasi mencari dan menyelamat ini dipermudahkan segalannya..
 
 
 
 
 
 
 
 

Ucapan Untuk Sahabat Yang Ke SBB2014

 
 

 
 

 
Salam sabtu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana hargai dan sayangi..tepat jam10.00 tadi berlangsungnya majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014...



 
 
 
 
 
 
 
Kepada semua blogger yang hadir ke Majlis SBB2014 yang di adakan di Saloma Bistro, Diana ucapakan semoga semua sahabat blogger yang hadir gembira bertemu dan dapat berkenalan sesama blogger-blogger otai dan famous...rasa teruja pula baca entri blogger semalam tentang persiapan mereka ke acara SBB2014...Diana pun kalau berpeluang dan dapat sertai ke acara seperti itu tentu Diana sangat gembira,teruja dan malu...hehe...semua perasaan dah bercampur aduk...Apa-apa pun semoga sahabat blogger di Saloma Bistro happy yer...jangan lupa kongsi-kongsilah ilmu yang diperolehi di sana nanti...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

7 Mac 2014

Jumaat Penghulu Segala Hari Datang Lagi

 
 
 
 
 
Salam dan Salam Jumaat Penghulu segala Hari untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...
 
 
 
 
 


 
Di bulan march 7hb Jumaat penghulu segala hari datang lagi yang sentiasa di nantikan...marilah sama2 kita perbanyakkan amal ibadat kita..semoga kita mendapat limpah hidayah dariNya untuk lebih memperbetulkan diri dan memperbetulkan ibadat kita....semoga segala amal ibadat kita di terima olehNya.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

6 Mac 2014

Buka Blog Dah Jarang..

 
 
 
 
 Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...





 
 
 
 
Beberapa hari ni Diana jarang sangat nak buka laptop untuk online blog...entri ada walaupun cuma sekadar entri biasa...first time buat dan ada akaun blog rasa teruja sangat nak buka blog,nak tengok sangat blog,nak buat entri sangat,nak sangat komen,nak sangat terjah blog sahabat,nak join sangat Segmen atau Giveaway dan semua pun nak sangat...


Bukan hati dah tak suka,bukan niat dah tak minat...semua pun bukan....cuma sekarang Diana sibuk sikit kat pejabat...walaupun kadang Diana rasa teringin sangat nak buka blog di awal pagi,rasa rindu sangat dengan blog,rasa sangat nak baca entri sahabat di awal pagi,rasa sangat nak komen dan nak jejak sahabat yang ada tinggalkan jejak kat blog Diana...



Terima kasih untuk semua sahabat blogger yang sudi singgah dekat blog,yang sudi komen dekat blog dan yang sudi singgah dekat ruang sembang blog Diana..terima kasih semua...waktu pulang kerja di petang hari,barulah Diana buka blog,tengok blog dan buatlah entri untuk tatapan dan bacaan kepada sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..
 
 
 
Semoga Ikatan Kita..
Semoga Persahabatan Kita...
Semoga Perjalanan Kita..
Akan Berakhir dengan Kebahagian di Iringi..
Dengan KeberkatanNYA..
Hari Ini Dan Untuk Selamanya..
 
 
 
 
 
 
 

5 Mac 2014

Banyakkan Bersabar Dalam Kehidupan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam...rasanya malam ni nak join satu segmen Jom Blogwalking By SukaGelak..jom ramai-ramai kita join untuk memeriahkan segmen ini..
 
 
 
 
 Klik Banner Untuk Join



Segmen berlangsung mulai hari ini 5/3/2014 sehingga 9/3/2014 jam 11.59pm
 
 
 
 
 

4 Mac 2014

Mampukah Kita Bersabar Jika Dimarah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...pepagi tadi hati Diana cukup terguris dan hampir saja airmata ini megalir bila awal pagi dah di marah oleh pihak atasan...tanpa bertanya terus jer marah..sebenarnya atasan Diana tu adalah ketua kerani tempat Diana kerja...kemarin dia berurusan kat pejabat konsulat Indonesia di Tawau berkenaan pekerja yang telah lari..Diana dan sahabat sepejabat yang lain buatlah kerja masing2...entah di mana silapnya pepagi tadi masuk jer kat pejabat  terus jer marah2 tak tentu pasal...rasa geram Diana saat tu...ingin Diana marah kembali padanya...tetapi mengingatkan kita sesama manusia dan sesama berkerja di bawah satu bumbung,Diana mendiamkan diri...adakah perlu Diana marah kembali kepadanya...? 



Bila difikir2 balik adakah kita marah akan mendatangkan kebaikkan atau keburukkan...tetapi sifat marah jika tidak di kawal dengan sifat sabar dan tenang...rasa kemarahan akan meledak jua..Diana menarik nafas dalam2 dan meghembuskan perlahan-lahan untuk mengawal diri Diana daripada marah dan dalam hati terus beristighfar memohon kepada Allah semoga marah Diana ini tidak meledak keluar..



Seharian tadi masa kat pejabat Diana hanya mendiamkan diri..kerja Diana buat seperti biasa,Diana berharap ketua kerani Diana akan faham...kita sebagai manusia tak payahlah nak marah dengan orang sesuka hati...kita semua ada perasaan,bukan perasan dia jer kita nak jaga..Alangkah bagusnya jika kita masuk ke ruang pejabat dengan melemparkan senyuman kepada pekerja kita...hati kita akan tenang jer,begitu juga dengan pekerja kita...senyuman itu kan satu sedekah...ni dia masuk jer dah menunjukkan muka masam...kita yang melihat pun jadi takut untuk bertegur sapa dengannya..



Sebenarnya jiwa dan hati Diana masih rasa sakit mengenangkan hal pagi tadi....tetapi Diana perlu sabar dengan situasi ini...Diana sabar dan bersabarlah dengan ungkapan yang lahir dari hati kecil Diana ini mampu meredakan jiwa dan hati Diana..Diana rasa bersyukur kerana jiwa dan hati Diana mampu untuk menahan rasa kemarahan Diana meledak keluar tadi..syukur dengan keredhan hati yang Diana miliki walaupun tidak cukup sesempurna orang lain...



 
 
 
p/s : maafkan Diana sahabatku,tak dapat nak berblogwalking..InsyAllah malam nanti Diana blogwalking blog sahabat..
 
 
 
 
 

3 Mac 2014

Rindu Serindu Rindunya Padamu Sahabatku










Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..tengok tak tajuk entri Diana kat atas tu...Tajuk macam lagu kan...sebenarnya terus terang Diana sangat rindu serindu rindunya kat blog...kat sahabat blogger dan kat semua pembaca yang sudi singgah dekat blog Diana...start hari sabtu petang hinggalah sekarang ni,baru Diana dapat buat entri dan berkunjung ke blog sahabat semua...terasa sangat rindu tak berkunjung ke blog sahabat semua...



Sabtu petang Diana pergi ke rumah mertua Diana...fahamlah kalau tempat tak ada line celcom ni susah sangat tau...hp tak ada line langsung...kat tempat mertua Diana yang ada hanya line Digi jer...Diana dan Hubby pun semua pakai simkad Celcom sama macam broadband Diana...jadi tak dapatlah nak online....sekarang dah kat rumah,lepas jer magrib terus buka laptop dan teruslah buka blog Diana yang menyepi selama 2hari...




Diana Sepi Bukannya Bererti Hilang..
Diana Diam Bukannya Bererti Lupa..
Diana Jauh Bukannya Bererti Putus..
Kerana Ada Satu IkatanYang Tak Mungkin Putus...
Antara Diana Dan Sahabat Semua...Iaitu "PERSAHABATAN"







1 Mac 2014

Widget Sertai Tapak Ini Tak Boleh Klik

 
 
 
 


 
 klik button ini jika nak follow blog Diana
 
 
 
Salam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..nampak tak tajuk entri Diana....Diana dah lama mengalami masalah ini...kadang ada sahabat blogger yang singgah dan nak follow blog Diana..tetapi bila mereka klik button Sertai Tapak Ini yang ada kat Sidebar Diana..perkataan yang akan keluar  adalah seperti ini
" Kami mohon maaf...
Kami tidak dapat mengendalikan permintaan anda. Sila cuba lagi atau kembali sebentar lagi."
 
 
 
 
 Jika ada di antara sahabat yang singgah dan sudi nak follow blog Diana..hanya klik button Join This Site yang ada dalam widget Pembuka Kata2...harap kat situ saja sahabat dapat follow blog Diana....
 
 
 
 
 
 

Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversarry

 
 
 
 
Salam semua untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...dalam sibuk2 di hari ini...Diana masih sempat lagi nak join MiniGA adik Nazirahnyerr.....
 
 
 
 
Klik Banner Kalau Nak Join
 
 
 
Mini GA ini adalah sempena 3 tahun perkahwinan adik Nazirahnyeer dan InsyAllah tahun ini akan lahir orang ketiga dalam hidup mereka..sama2 kita mendoakan kebahagian mereka hingga ke akhir hayat...Amin
 
 
 
 
 

Sibuk Di Hari Pertama Bulan March

 
 
 
 
 
Salam dan selamat pagi untuk 1hb March 2014 untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...entri pertama di bulan March...
 
 
 
 
 
inilah tiket buah dari kilang
Nampak betul Diana sibuk kan...tengok gambar kat atas tu..passport pekerja,buku Wangian Syurga Dalam Cintamu pun ada kat atas meja...nampak sangat meja Diana berserabut kan...hehe...sebelum pulang nanti nak kemas sebab esok kan cuti hujung minggu....
 



 
Awal pagi tadi  dah sibuk mengurus hal pekeja ladang yang lari....kemarin petang ketua jabatan telah ke balai polis Daerah Bukit Garam untuk membuat laporan dan awal pagi tadi Diana di suruh copy semua yang berkaitan pekerja itu...dari passport hingga ke laporan polis..dah siap copy mengopi,Diana nak mengira lagi tan untuk akhir bulan February...



Buah sawit yang telah di hantar ke kilang kelapa sawit,pihak kilang kelapa sawit  akan mengeluarkan tiket timbang untuk berat buah sawit tersebut...dari tiket tulah nanti Diana akan mula membahagi berapa kg dalam sebiji tandan kelapa sawit tu...lepas tu barulah di bahagi kepada setiap pekerja yang ada menuai buah sawit tu..susah juga  Diana nak terangkan ni...tapi yang pasti tan buah tu akan dibahagi kepada tandan buah sawit untuk mendapatkan kilo buah sawit tu....
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign