Anugerah Terindah: Akim & The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30

Halaman

25 Januari 2016

Akim & The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30







Salam dan selamat hari isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai.....Hari isnin rasa mengantuk sangat sebab semalam layan tv3 Anugerah Juara Lagu (AJL) ....Tahniah kepada Akim & The Majistret kerana berjaya di nobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) dan turut di umumkan sebagai persembahan terbaik dan tahniah juga kepada yang memang pada malam itu.













Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Potret turut turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, turut diperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.


Sumber dari : astro gempak








10 ulasan:

SalbiahM berkata...

tak tengok malam nanti..nampak gayanya kena tengok kat youtube persembahan Dayang n Akim.keputusan yang saya rasa memuaskan hati ramai penonton, kalau ikut kat twitter la

PeRdU cINta berkata...

Tahniah untuk semua...PC tengok tak fokus sangat...hihi....tapi best...

Qaseh Vee berkata...

saya tgk part hujung je masa umumkan pemenang ....

Mummy Julia berkata...

ala semalam tv tgk mummy.. tau2 pg ni Akim menang.. apa2 pun mummy yakin yang berjaya tu semua mantops!

Zie Has berkata...

alamak ... tak tengok la pulak :)

Asha Lya berkata...

Da agak da kn akim menang..lagu brhntunnya potret

Dunia Zumal berkata...

Tahniah buat Akim ^-^

Khir Khalid berkata...

Tahniah buat Akim... terbaik!

LYAfrina berkata...

happy sgt Akim menang jgk akhirnya..
pttnya lgu mewangi last year lg..hehe..

Zie Has berkata...

blogwalking :)

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign