Anugerah Terindah

Halaman

22 Mac 2014

Pengantin Remaja

 
 
 
 
 
 
Salam  sabtu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...hari ni nak kongsi gambar kahwin anak jiran Diana yang hari tu pernah Diana ceritakan di SINI 
Warna pelamin dia hijau dan kuning...sweet jer bila tengok pelamin dia...
 
 
 
 
cantik tak pelamin dia..
 
 
 
 
bergambar dulu sebelum pengantin dia...hehe..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
di malam hari bergambar bersama pengantin...comel kan..



Kalau sahabat nak tahu..kedua pengantin ni usia dorang baru 18thn...muda kan..dah jodoh mereka sampai awal kan...kita doakan semoga kedua mempelai bahagia dan kekal hingga ke Jannah..dugaan dalam berumahtangga ni banyak...semoga mereka dapat menempuhinya bersama-sama...






21 Mac 2014

Doa Dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..dalam sebuah perkahwinan,setiap pasangan mengimpikan memilik zuriat sendiri yang lahir dari rahim sendiri...begitu juga Diana..setelah hampir 7tahun usia perkahwinan Diana dan suami,tapi masih belum di kurniakan zuriat..Diana dan suami sentiasa berdoa,semoga Allah mengurniakan kami zuriat yang soleh,sempurna,yang diredhai olehNya di dunia dan akhirat..
 


Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang.
 
 
 Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
 
 
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
 
 
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
 
 
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

 
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

 
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
 
2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
 
3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
 
4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
 
5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan 
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
 Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
 
 
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
 
Amalan Pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
 
 
Amalan Kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
 
 
 
 
 
  Semoga perkongsian yang Diana perolehi dari FB Semanis Kurma ini dapat di amalkan begitu juga Diana..InsyAllah Diana dan suami akan amalkan...semoga Allah mempermudahkan segalanya kepada Diana dan suami dan kepada semua sahabat yang inginkan dan impikan untuk memiliki cahaya mata...
 
 
 
 
 
 

Salam Petang Jumaat

 
 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Salam petang Jumaat untuk semua....Hari Jumaat hari yang mulia,penghulu segala hari...banyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW...
 
 
 
 
 

7 Sunnah Rasulullah SAW



1) Solat Tahajjud
2) Membaca Al-Quran
3) Solat Berjemaah Di Masjid
4) Bersedekah
5) Solat Dhuha
6) Jaga Wudhu
7) Istighfar Pada Setiap Masa



Marilah sama2 kita sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah SAW...semoga kita mendapat keberkatan dan hidayah daripadaNya...

 
 
 
 
 
 

20 Mac 2014

Masa Untuk BerBlogwalking

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...terlebih dahulu Diana nak minta maaf sebab Diana tak sempat nak berblogwalking dan follow blog sahabat semua..bukan niat nak lupa ataupun nak sombong kat sahabat,tanpa sahabat siapa ler Diana di dunia blog ini...tetapi keadaan line internet broadband celcom Diana slow sangat...maklumlah Diana tinggal kat bahagian pedalaman yang hanya di kelilingi pokok2 kelapa sawit jer....




Harap2 malam ni line internet broadband celcom Diana tak meragam jadi slow...kalau tak alamatnya terpaksalah Diana tangguh aktiviti berblogwalking ni...


 
 
 

Mini GA T-shirt Blogger

 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni Diana nak join Mini GA T-Shirt Blogger,mana tau rezeki Diana dapat T-Shirt ni kan...jadi siapa di antara sahabat blogger yang nak memiliki T-Shirt Blogger,jom join yer...syarat dia pun mudah jer...





Klik Banner Untuk Join
 
 
 
 
 
 
 
 p/s: sekejap lagi Diana akan mulakan aktiviti Blogwalking...

 
 
 
 

Letih Sampai Rasa Mengantuk

 
 
 
 
 
 
 Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..satu hari ni punyalah sibuk sampai tengahari tadi tak balik rest kat rumah...nasib baik kat pejabat tadi ada makan2...ada makan2 sebab ada dua orang dari ibu pejabat kat bandar sandakan naik nak ajar kami cara programme baru untuk sistem pembayaran gaji para pekerja...mata punyalah letih menghadap  skrin computer...
 
 
 
 

pict google





Selain mata yang letih,mengantuk jangan cakap...sikit2 menguap,tapi apa kan daya dah kerja yang perlu di siapkan...sampai kat rumah tadi dalam jam 4.10pm...lepas jer solat asar..rehat2 kan badan sekejap sebelum memulakan aktivit memasak untuk makan malam...InsyAllah malam kalau line internet Diana ok...Diana akan blogwalking blog sahabat yer...maaflah beberapa hari ni Diana kurang berblogwalking ke blog sahabat di sebabkan oleh masalah internet Diana yang slow...

 
 
 
 
 
 
 
 

19 Mac 2014

Mac Giveaway By Ckod-Ckodok

 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...macam dah lama rasanya tak join Giveaway ataupun segmen....Diana join satu Giveaway yang simple jer syarat dia...nak join Giveaway mahu pun segmen yang banyak sangat nak like,nak klik dan nak follow,buat masa sekarang Diana bukan tak nak join..tapi memandangkan sekarang ni line internet Diana slow sangat..tu yang membuatkan Diana join Giveaway maupun segmen yang simple jer syarat dia...jadi Diana join...jom sahabat semua kita join untuk memeriahkan Giveaway sahabat blogger kita As Lin
 
 
 
 
 
Klik Banner Untuk Join
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Makan Bakso Di Petang Hari

 
 
 
 
 Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..petang2 macam ni dengan cuaca yang masih terang benderang,tak tau nak buat apa yer...tengah asyik melayan laptop tertiba ada pula lalu penjual bakso..En Hubby pergi beli...






 
 
 
Sebenarnya Diana tak terlalu mengemari memakan bakso ni...Diana suka dengan kuah dia jer...sebab rasa dia ada masam,manis,masin dan paling penting adalah kepedasan dia...dan ada sejenis sos...Diana pun tak tau apa nama sos dia..tapi sos dia bukan seperti sos yang ada jual kat kedai tu...




 
 
 

 
 

18 Mac 2014

Hari Selasa Yang Bisu#2

 
 
 
 
 
Salam semua untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...sekadar untuk renungan di hari selasa ini..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 "Bersyukur Dengan Segala Ujian Yang Melanda Diri..
Kalau Tanpa Ujian,Kita Tak Akan Kenal Erti
Kesilpan...
Kita Tak Akan Kenal Nikmatnya
Susah Dan Senang...
Dan Kita Tak Akan Berusaha
Menjadi Manusia Yang Lebih Baik..."#PrayforMH370
 
 
 
 
 
 
 
 
 

17 Mac 2014

Hadiah T-Shirt Virtual Malaysia Dari Blogger Sayaiday

 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni baru dapat buat entri yang simple untuk semua sahabat blogger dan pembaca kesayangan Diana..entri Diana ni nak cerita pasal hadiah yang Diana menang dari Giveaway di SINI




Petang tadi masa manager datang dari head office..dia ada bawah bungkusan dari pos laju...bila tengok nama Diana yang tertera kata alamat tu..tertiba Diana teringat yang Diana pernah menang apa lagi dalam dunia blogging ni...sebab macam dah banyak Diana join Giveaway dan segmen...bila Diana buka jer bungkusan dari pos laju...wahh...dalam dia ada satu T- Virtual Malaysia dan ada satu pelekat kereta dari Virtual Malaysia...sukanya Diana...





 
 
 
 
 
 
Gambar T-shirt kurang jelas jer kan...Diana guna kamera web jer...hehe..apa2 pun rasa gembira sebab dapat T-shirt...terima kasih dik Nor Hidayah Mohd Nor,jom terja blog dia untuk kenal dan follow di SINI
 
 
 
 
 
 
 
 

15 Mac 2014

Makan Coto Daging Di Petang Hari..

 
 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...syukur Alhamdulillah petang ini hujan turun..
 
 
 
 
Kemarin petang Diana ada buat entri tentang menu minum petang kat SINI...hari pula nak cerita tentang makan2 juga.. petang ni pulak nak makan coto daging..coto ni Diana beli dari jiran sebelah rumah Diana...jiran Diana ni ada jual coto dan sup..setiap bulan jiran Diana ada jual..lepas jer para pekerja ladang gaji..esoknya jiran sebelah rumah mesti ada jual coto dan sup..








 
Tengok kuah kacang dia pekat kan..En. Hubby kita dah kat rumah jiran makan..Diana segan nak makan kat situ sebab ramai sangat pelanggan...maklumlah sebulan sekali jer ada jual..Diana bawa pulang jer kat rumah...dan makan....
 
 
 
 
 
 

14 Mac 2014

Kejujuran Lahir Dari Jiwa Yang Tulus Dan Ikhlas

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...sebelum melabukan tirai blog Diana ini...marilah sama2 kita renungkan mutiara kata ini...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lahirkan kata-kata dari jiwa yang jujur dan penuh keikhlasan...janganlah lahirkan kata-kata tanpa ada kejujuran dan keikhlasan...sebab kejujuran itu lahir dari jiwa yang Tulus dan Ikhlas bukan hanya dari kata-kata...
 
 
" Kejujuran Adalah Perhiasan Jiwa Yang Lebih Berkilau dan Bercahaya.."
 
 
 
 
 
 
 

Kuih Simple Untuk Minum Petang Tadi..

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...petang tadi cuaca kat tempat Diana sejuk jer buat perut rasa lapar pulak maklumlah perut lapar sebab tengahari tadi Diana tak makan pun..Diana sebenarnya memang kurang sangat makan nasi...leh dikatakan dalam sehari tu...sekali jer Diana makan nasi...hehe...
 
Petang tadi Diana buatlah kuih simple jer...kuih paling simple la katakan...hehe...first time Diana ceburi alam blogger ni...Diana pernah kongsi resepi di entri SINI cuma untuk respi kali ini Diana tak letak daun bawang sebab tak ada kat rumah...hehe...
 
 
 
 
 
bahan2 dah di adun...tinggal nak goreng jer...hehe
 
 
 
 
 
 
Siap dah goreng...inilah menu untuk minum petang tadi..
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Jumaat....Perbanyakkan Istighfar

 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat tengahari di hari Jumaat penghulu segala hari...sepagi tadi hingga sekarang tempat Diana hujan sekejap2 dan keadaan mendung sangat...
 
 







Semalam hingga sekarang line broadband celcom Diana slow sangat,ini mengakibatkan aktiviti nak berblogwalking ke blog sahabat semua tergendala dan aktiviti nak join Giveaway juga tergendala...hanya beberapa blog saja yang dapat Diana singgah dan tinggalkan komen....Terima kasih Diana ucapkan kepada sahabat yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Diana...InsyAllah jika line dah stabil,Diana akan berkunjung ke blog sahabat..


 
 
"Orang yang memperbanyakkan Istighfar
maka  Allah akan menjadikan kemudahan
dalam setiap kesusahanya..
dan memberikannya jalan keluar 
dari setiap kesempitannya..
dan memberikannya rezeki 
dari jalan yang tak di sangka..."#PrayforMH370





 

13 Mac 2014

Hadiah Dari Tengkubutang "Keychain Cute"

 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...bersua lagi di alam maya untuk petang ini nak cerita sikit tentang hadiah Giveaway yang Diana dapat tengahari tadi..Diana join Mini Giveaway! Happy Birthday Tengkubutang di SINI
  tak sangka pula rezeki Diana dapat Keychain Cute dari Tengkubutang...Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada Tengkubutang..
 
 
 
 
 
Cute Tak Keychain Ni..

 
 
 
 
Jom terjah blog Tengkubutang...seorang yang ceria,sangat minat dengan kucing dan selalu mengadakan Segmen dan Giveaway....terjah  untuk ke blog Tengkubutang Sharing My Ceritera
 
 
 
 
 
 
 
 
 

12 Mac 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...malam ni Diana join Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger yang dianjurkan oleh blogger terkenal Zamani Abe
 
 
 
 
Klik Banner Untuk Join
 
 
 
 
 
 
 

Menang 1st Giveaway By Dscarnia

 
 
 
 
 
 
 Salam dan selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...baru jer buka laptop masa time balik untuk restday...Diana terbaca komen dari Kiera yang Diana menang 1st Giveaway By Dscarnia....Diana join 1st Giveaway By Dscarnia di SINI







 
 
 
Inilah di antara pemenang yang menang dalam 1st Giveaway By Dscarnia nak tahu lebih lanjut klik SINI ,Syukur Alhamdulillah untuk rezeki di bulan March ini dan tahniah juga kepada semua pemenang...Untuk senarai perserta klik SINI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign