Anugerah Terindah

Halaman

12 Ogos 2015

Bunga - Bunga Hiasan Lamanku




Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...pepagi ni nak kongsi bunga - bunga yang dah berbunga di laman rumah Diana...Jom layan gambar bunga-bunga yang Diana ambil pagi tadi..




Bunga tapak dara warna pink lembut dan tengahnya merah
Bunga warna unggu tengah dia kekuningan



Bunga warna pink lembut tengah dia kekuningan
Bunga warna merah tengah dia kekuningan


Bunga warna maroon tengah dia kekuningan







Cantik kan bunga - bunga ni..bermacam warna yang Diana tanam,ada beberapa pokok lagi belum mengeluarkan bunga...nanti bila ia dah berbunga Diana akan upload gambar bunga tu..








11 Ogos 2015

Menu Tengahari Tadi # Sayur Pisang Muda Campur Kacang Hijau









Selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Alhamdulillah tengahari tadi Diana masak resepi masakan kaum bugis...masakan yang senang nak masak tak perlu nak letak itu dan ini just ada pisang muda dan kacang hijau jer...














Pisang muda di hiris tipis2 tapi jangan terlalu tipis tau.










Kacang hijau di rebus hingga kembang tau hingga kacang hijau tu nampak masak sikit.Lepas dah masak sikit barulah masukkan pisang muda tu...Masukkan lah secukup rasa..










Ni lah rupanya sayur pisang muda bersama kacang hijau..Ini adalah resepi masakan kaum bugis..makan dengan ikan masin masak asam atau ikan bilis goreng sambal,pasti lebih sedap...kalau kaum bugis panggil masak jenis macam ni ialah masak bening...maksudnya masak yang berkuah tapi bukan yang guna santan..










Shopping Online Di Vrhijab






Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...cerita pagi tadi nak kongsi dengan sahabat semua....









Cerita bermula dari malam isnin lagi.....tengah layan konsert af 2015 sambil blogwalking ke sahabat blogger tertiba Diana teruja dengan 1 blog ini........Hannah Sytieh....masuk jak kat blog dia...terus rambang mata Diana tengok shawl2 dia...semua cantik2 buat Diana nak borong semuanya...Lepas puas tengok kat blog beliau,Diana beralih ke IG beliau...kat IG lagi buat mata Diana jadi rambang...dalam semalam tu Diana belek berapa kali IG dia tak juga puas2 Diana melihat shawl dia...semua pun cantik2 dan sangat berkenan di hati Diana.












































Diana dah oder 3 sekali...kalau ikutkan hati Diana nak borong semuanya sebab semuanya pun Diana berkenan dan harga dia mampu milik....hihi....InsyAllah dah ada sampai nanti Diana review yer....







10 Ogos 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com








Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...







Minuman Kesihatan Dari Jamu Jelita




Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Salam pagi isnini juga....Pepagi ni nak kongsi sikit pasal minuman tambahn keluaran Jamu Jelita..










Bermula bulan Ramadhan yang lalu Diana mengamalkan meminum Pearl White Fiber keluaran Jamu Jelita...dengan formula khas untuk mencerah dan melangsingkan badan,di perkaya dengan ekstrak buah-buhan dan tinggi dengan serat yang pasti membuatkan kita tamp yakin....first time minum...mak hai dalam sehari tu nak 5 kali Diana masuk toilet..penat juga rasanya kan keluar masuk tolite....hihi...tetapi lepas tu rasa badan tu selesa dan rasa tak berat...mungkin lepas pembuangan toksit yang tak di perlukan dalam badan kan...tu yang di buang...hihi.....





Lepas habis sebotol Pearl White Fiber tu Diana beralih ke minuman Sexy White...minuman ni rasa dia sedap pula terus Diana jatuh cinta kepadanya....Sexy White pula merupakan minuman pencerah khusus untuk memontokkan dan menganjalkan aset kewanitaan..selain itu ia juga dapat mengebukan kulit kita...cara pengambilan untuk kedua minuman ini adalah sangat mudah,hanya 2 kali sehari setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.








9 Ogos 2015

Menu Makan Malam # Ayam Bakar Madu


Selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....semua dah makan malam ker...Diana dan hubby baru jak nak menjamu selera ni lepas tengok drama Eksperimen Cinta.

Menu makan malam ayam bakar madu dengan sos lada dan kicap manis...jemput semua....





Smartphone Pilihan Samsung Galaxy Grand Prime Gold


Selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....sebelum memulakan aktiviti pepagi ni...Diana nak kongsi sesuatu...sesuatu apa tu....kejap yer....

Ceritanya macam ni...hari raya ke - 2 yang laluDiana,en.hubby,adik,anak buah dan kawan2 ke bandar Sandakan berhari raya dan berjalan-jalan ke pusat bandar..Diana dan en.hubby masuk ke kedai telefon yang selalu masuk,kira Diana ni pelanggang tetap kat kedai tu..bukan sebab Diana selalu beli telefon untuk diri Diana tetapi setiap kali ada jiran-jiran kat tempat Diana nak beli telefon mesti Diana beli kat kedai telefon tu...Tapi pada hari raya ke -2 tu,Diana berkenan pula dengan 1 telefon ni...comel kecil jak dan warna dia pun cantik..kira smartphone lah juga.
Ini dia smartphone yang Diana berkenan...harga pun kira berpatutan juga..Samsung Galaxy Grand Prime,Diana ambil warna gold..

















8 Ogos 2015

Shopping Di Go Shop - Ql-Quran Digital

Salam sabtu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....salam berhujung minggu juga...
Pagi ni Diana nak cerita sikit pasal Diana shopping dekat GO SHOP ada tv boleh beli tu...hihi...first time tengok rancangan tu barang pertama yang buat Diana teruja nak shopping kat GO SHOP  adalah My Qalam Al-Quran digital...Sebenarnya dah lama Diana nak memiliki My Qalam Al-Quran digital ni dan Alhamdulillah akhirnya impian Diana untuk memilikinya tercapai juga....
Dalam dia ada pengecaspengecas sekali usb dan earphone,ada iqra,kamus melayu-arab,panduan haji & umrah,surah index dan panduan nak guna,buku panduan sembahyang,doa-doa pilihan dan manzil lepas tu dapat giat buku untuk kanak-kanak siri 1- 3..warranty card selama 1 tahun.

7 Ogos 2015

Keropok Keju @ Kerepek Cheese

Salam semuanya sahabat blog dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....masa raya hari tu kat rumah Diana banyak kerepek cheese...tapi orang kat tempat Diana panggil keropok keju...rasa dia memang sedap dan ranggup....
 

Masa blogger Asha Lya berkunjung ke rumah Diana,Diana ada hidangkan kerepek cheese ni,ada masa sudi2 lah datang lagi dik Lya ke rumah akak yer.....merepek cheese ni sedap di makan sambil tengok tv....hihi...












Salam Jumaat Penghulu Segala Hari







Selamat pagi dan salam Jumaat penghulu segala hari buat semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....







Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah.


 Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam.











6 Ogos 2015

Terima Kad Raya Dari Blogger Terkenal




Selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....



kad raya dari blogger terkenal


Sebenarnya kad ini Diana terima pada 24hb lalu...walaupun terlewat sikit tapi Diana gembira sebab terima kad raya yang cantik,comel seperti tuannya...siapa tak kenal dengan blogger ni...seorang blogger yang terkenal dan blogger asal dari sabah...1 negeri dengan Diana tu....blogger emasputih........hihi...

Ini adalah kad raya tunggal yang Diana terima dari blogger....blogger terkenal pula tu....gembiranya Diana....macam mana Diana boleh terima kad raya ni...nak tau macam mana...Sebenarnya di bulan Ramadhan yang lalu...blogger emasputih atau lebih mesra dengan panggilan Uzu telah  menganjurkan Di Sini....hanya tinggalkan alamat kita akan dapat kad raya dari beliau....
Terima kasih dik ...



3 Ogos 2015

Makan Tengahari







Selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayang dan hargai...Hari ni Diana cuti2 sebab ada urusan...selesai berurusan Diana dan hubby pergi menjamu selera...






Diana oder mee basah tom yam...sedap sangat....








2 Ogos 2015

Terima Kunjungan Dari Blogger Asha Lya









Selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....masih lagi kita dalam suasana hari raya kan....jadi tengahari tadi Diana di kunjungi oleh rakan blogger iaitu Asha Lya bersama suami dia...Terima kasih dik Lya sudi berkunjung ke rumah Diana yang tak seberapa ni...













Ni jak juadah yang dapat Diana sediakan....nasib baik kuih raya Diana masih ada....dapat lah dik Lya merasa kuih raya akak...hihi










Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign