Anugerah Terindah: Sagu Gula Melaka

Halaman

12 Oktober 2017

Sagu Gula Melaka



Salam dan selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai...Terima kasih kat semua kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog MD ini dan terima kasih kepada yang sudi join First Giveaway MD yang masih berlangsung...Kalau yang masih belum join tu cepat-cepat lah join sebab tarikh tamat First Giveaway MD ada berbaki 4 hari lagi....


Hari tu MD ada pernah beli segelas sagu gula melaka...rasa dia sedap buat MD tergoda dengan rasanya yang lemak-lemak manisnya..Dengan tergodanya MD pun cuba-cuba nak buat sebab kebetulan kan dapur ada sagu dan gula melaka....Dan maka petang harinya pulang jak dari kerja terus MD ke dapur untuk proses membuat Sagu Gula Melaka...

Bahan-bahan :
  1. Sepaket kecil sagu ( stok kat rumah sagu warna merah )
  2. Seketul gula melaka
  3. Susu cair ( nak guna santan  pun boleh )
  4. Esen Perisa pandan
  5. Daun pandan

Cara masak Sagu :
  1. Sagu di rendam seketika untuk bagi sagu tu kembang sikit.
  2. Lepas tu toskan dan lalukan kat atas air paip.
  3. Panaskan air dan masukkan sagu tadi.
  4. Masak di atas api yang kecil sambil kacaukan.
  5. Masak sampai sagu tu jernih ( tak ada dah yang warna puith-putih tu )
  6. Dah sagu masak angkat dan ketepikan,biarkan sejuk seketika.

Cara masak Gula Melaka :
  1. Panaskan air dan masukkan gula melaka dan daun pandan.
  2. Kacau sampai gula melaka jadi cair.
  3. Dah masak tapis gula melaka tu ( takut kalau tak tapis macam yang terikut,...haha )
  4. Sejukkan gula melaka.


Bila sagu dan gula melaka dah sejuk..boleh lah kita letak dalam gelas tau ikut korang nak letak dalam cawan tau gelas...MD letak dulu air gula melaka lepas tu letak sagu baru MD tuangkan susu cair...Untuk lebih sedap simpan kat dalam peti ais seketika baru kita menikmati Sagu Gula Melaka tu...






6 ulasan:

mrhanafi berkata...

Untungla pandai buat..

Rupa pun macam sedap je.

dear anies berkata...

nak sikitttt

Asha Lya berkata...

Sdp minum time cuaca pns2 ni kak

Sha Mohamed berkata...

Tak pernah makan lagi.. Buat pun tak pernah..

Jari Manis berkata...

Suka mkn ni tapi x reti nk buat..borh refer resipi ni

Unknown berkata...

ehh ade ea sagu kaler mierah..
y ayu tau sagu tu putih kene letak sirap kalau nak kaler dia merah

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign