Anugerah Terindah: Resepi

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

26 November 2017

Cake Cheese Oreo Guna 3 Bahan Saja Yang viral



Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger yang MD sayangi dan hargai...Hujung minggu yang lalu MD duduk kat rumah jer tak ke mana-mana pun sebab mata kita sebelah kiri bengkak....Maaf lah baru nak update pasal kek yang tengah viral ni.....hihi




Jadi MD ambil peluang untuk buat kek viral yang hanya menggunakan 3 bahan saja..

Bahan - Bahan :

  1. Biskut Oreo
  2. Susu Ducth Lady ( MD guna yang perisa coklat )
  3. Cheddar Cheese
Cara membuatnya :

  1. Blend sekali biskut oreo bersama krimnya sekali dan susu ducth lady...( MD guna setengah jak susu ducth lady tu )
  2. Blend sampai kembang supaya bila kita kukus kek kita akan naik kembang juga..
  3. Lepas tu tuang kat loyang yang di sukai...nak yang bentuk bulat atau segiempat tu...
  4. Kukus sampai masak...( Nak tau kek kita dah masak tau belum...guna lidi yang bersih cucuk dia...bila tak ada melekat kat lidi tu bermakna kek kita dah masak....( MD guna sudu garpu...hihi...)
  5. Dah masak angkat...nak bagi meleleh sikit MD letak milo pekat dan tuang kat atas lepas tu parut lah cheddar chees kat atas....
  6. Siap....


Ini lah rupa kek viral yang guna hanya 3 bahan saja....






15 Oktober 2017

Menu Sarapan Pagi - Mee Goreng Simple




Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai....Terima kasih atas kunjungan sahabat dan pengunjung ke blog MD....Hujung minggu ni tak ke mana-mana duduk rumah jak sambil tengok rancangan tv...




Hujung minggu ni awal pagi bangun jak kemas-kemas rumah dan bersihkan apa yang patut...Dah siap semua kerja rumah perut pun dah mula nak minta di isi....hihi...Pagi tadi MD buat sarapan  mee goreng yang simple untuk MD dan en.hubby....


Jemput join first Giveaway MD ya....hari ni tempat jam 11:59malam first Giveaway MD akan tamat....jadi semua di jemput join bagi siapa yang belum join....Terima kasih...
http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/09/giveaway-birthday-tuan-blog-dan-blog.html

12 Oktober 2017

Sagu Gula Melaka



Salam dan selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai...Terima kasih kat semua kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog MD ini dan terima kasih kepada yang sudi join First Giveaway MD yang masih berlangsung...Kalau yang masih belum join tu cepat-cepat lah join sebab tarikh tamat First Giveaway MD ada berbaki 4 hari lagi....


Hari tu MD ada pernah beli segelas sagu gula melaka...rasa dia sedap buat MD tergoda dengan rasanya yang lemak-lemak manisnya..Dengan tergodanya MD pun cuba-cuba nak buat sebab kebetulan kan dapur ada sagu dan gula melaka....Dan maka petang harinya pulang jak dari kerja terus MD ke dapur untuk proses membuat Sagu Gula Melaka...

Bahan-bahan :
  1. Sepaket kecil sagu ( stok kat rumah sagu warna merah )
  2. Seketul gula melaka
  3. Susu cair ( nak guna santan  pun boleh )
  4. Esen Perisa pandan
  5. Daun pandan

Cara masak Sagu :
  1. Sagu di rendam seketika untuk bagi sagu tu kembang sikit.
  2. Lepas tu toskan dan lalukan kat atas air paip.
  3. Panaskan air dan masukkan sagu tadi.
  4. Masak di atas api yang kecil sambil kacaukan.
  5. Masak sampai sagu tu jernih ( tak ada dah yang warna puith-putih tu )
  6. Dah sagu masak angkat dan ketepikan,biarkan sejuk seketika.

Cara masak Gula Melaka :
  1. Panaskan air dan masukkan gula melaka dan daun pandan.
  2. Kacau sampai gula melaka jadi cair.
  3. Dah masak tapis gula melaka tu ( takut kalau tak tapis macam yang terikut,...haha )
  4. Sejukkan gula melaka.


Bila sagu dan gula melaka dah sejuk..boleh lah kita letak dalam gelas tau ikut korang nak letak dalam cawan tau gelas...MD letak dulu air gula melaka lepas tu letak sagu baru MD tuangkan susu cair...Untuk lebih sedap simpan kat dalam peti ais seketika baru kita menikmati Sagu Gula Melaka tu...






29 Februari 2016

Jemput - Jemput Pucuk Paku Pakis






Salam dan selamat pagi isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang sentiasa sudi singgah kat blog MD....terima kasih kepada semunya....Maaf lah sebab MD jarang dah nak update blog buat masa ini....Banyak hal yang terpaksa di dahulukan...InsyAllah ada masa tu MD pasti akan ke blog sahabat semua....





Petang kemarin jiran MD merangkap sahabat lama MD ada beri pucuk paku pakis...Terus MD ke dapur nak buat jemput² paku paki.....selain pucuk paku pakis boleh di buat sebagai sayur ia boleh juga di buat kunyahan untuk menu minum petang macam MD buat ni,makan  masa masih panas sambil cecah dengan sos cili.....wahhh....tambah lagi kesedapannya....








Pucuk paku pakis banyak kat tempat Md cuma Md jarang pergi memetiknya sebab pucuk paku pakis ni hidup subur di tebing2 sungai MD takut tergelincir masuk ke dalam sungai tu...Md tak tau pun berenang....hihi....kecuali MD mengajak en.hubby bersama ..










3 Disember 2015

Ubi Rebus Ubi Goreng Bersama Sambal Berlada





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yand Diana sayangi dan sangat hargai...Terima kasih diatas kesudiaan semua kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Diana yang tak seberapa ini ....Tengok kan tajuk entri Diana di atas tu tentu sahabat dan pengunjung




Dengan cuaca sejuk petang tadi sebab dah hujan buat perut Diana dan en.hubby berasa lapar...kat rumah Diana ada ubi kayu sebab kemarin petang en.hubby ada bawa pulang ubi kayu hasil pemberian dari seorang pekerja ladang di tempat kami....Petang tadi en.hubby tolong kupaskan kulit ubi kayu tu dan lepas tu Diana rebus ubi kayu tu sampai empuk...





                                           Ini ubi kayu yang Diana rebus...nampak empuk kan...





Ini pula ubi kayu yang dah di rebus lepas tu Diana goreng....rangup dan sedap..





Sambal berlada untuk ubi kayu rebus dan ubi kayu goreng





Jom makan ubi kayu rebus dan ubi kayu goreng cecah dengan sambal berlada sambil minum milo panas.....Malam ni tak makan nasi dah sebab dah kekenyangan makan ubi kayu.....











23 Oktober 2015

Menu Minum Petang - Jemput-Jemput Kentang






Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....terima kasih yang tak terhingga Diana ucapkan kepada semuanya.....Petang tadi dengan keadaan cuaca yang mendung dan dingin buat perut terasa lapar...Tertiba Diana teringat kat dalam peti ais ada beberapa biji kentang...Mula lah Diana teringin nak makan kentang goreng tapi bukan lah macam kentang KFC tu yer.....hihi....dan bermula lah operasi kat dapur.....
















Dan hasilnya...jemput-jemput kentang makan jejah dengan sos cili ataupun mayonies dan secawan milo panas....sedap tak terkata....hihi....











20 Oktober 2015

Donut Malt Berkeju




Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai...terima kasih kepada semua kerana sudi singgah dan komen dekat blog Diana ini.....Sejak Diana ke blog FAMF Tower ada saja yang terbaru tentang Diy&Crafts,tentang resepi....Macwm- macam crafts yang comel,cantik dan kreatif hasil sentuhan dari blogger  Farah....Sama juga dengan resepi yang beliau kongsikan membuatkan Diana membuak-buak untuk mencuba resepi dari Farah.








Tadaaa....ini dia resepi dari blog FAMF Tower yang Diana cuba buat...En. huby Diana suka sangat katanya sedap tapi tak lah sesedap donut malt berkeju Farah.....Diana buat sikit jer sebab takut tak menjadi nanti.....hihi.........Terima kasih Farah sudi kongsi resepi donut malt berkeju ini....Kalau sahabat blogger dan pengunjung nak cuba buat resepi ni jom ke entri Donut Malt Berkeju dari blogger Farah.





11 September 2015

Jemput - Jemput Manis




Salam dan selamat malam  untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dekat blog DianaDiana...terima kasih banyak-banyak yer....Malam - malam hujan macam ni sejuk dan paling best kalau dapat makan yang panas-panas...hihi...Jadi Diana pergi buat jemput-jemput manis...teringat dengan cekodok masin blogger Maria Firdz yang di kongsikan dalam entrinya di sini.....




Hujan lebat di luar sana..







Jemput - jemput manis...banyak kan yang Diana buat...tak cecah dengan apa-apa sebab dah manis...hihi...




3 September 2015

Popia Inti Sayur kubis Menu Minum Petang






Selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang sudi singgah kat blog Diana ini...Termenung petang tadi tengok hujan renyai-renyai turun membasahi bumi dan pokok-pokok bunga Diana....Rasa bosan tak tau nak buat apa..tertiba pula perut ni berkeroncong mungkin akibat tengahari tadi Diana tak mengisinya....tapi Diana memang jarang makan tengahari......





Pergi ke dapur mencari-cari apa yang boleh di makan...Diana nampak kat petis ais ada sepotong sayur kubis sisa yang pernah Diana buat resepi  Jemput-Jemput Kubis
















Ini dia hasilnya popia inti sayur kubis....makan cecah dengan sos tambah mayonis....sedap sambil minum milo panas tambah sedap....hihi










2 September 2015

Sambal Tomato



Selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah dan komen kat blog Diana ni....Petang ni Diana nak kongsi resepi sambal tomato yang senang jak nak buat...Diana ni klu nak memasak sesuatu resepi tu nak yang simple jak sebab tau2 la klu tinggal kat kawasan luar bandar kadang susah nak dapat sesuatu bahan....

Jom kita layan bahan-bahan yang di perlukan...






Ini lah hasilnya sambal tomato  Diana....







7 Mac 2015

Nak Buat Lain Tapi Jadi Lain





Salam sabtu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Tak tau macam mana boleh terjadi entri Diana yang bertarikh 5hb March tertiba hilang pula...Diana pun tak tau apa puncanya...jadi kepada sahabat blogger yang ada komen kat entri Diana tu...Diana minta maaf banyak2...



Nampak tak tajuk entri Diana ni...bukan main lagi kan boleh buat  kita tertanya2....hihi....Sebenarnya Diana nak cerita hal pagi kemarin...tetapi akibat line internet yang slow sangat membuatkan segalanya tak jadi dan buat geram...jadi semua hal yang berlaku kemarin Diana ceritakan hari ni....hihi








Sebenarnya resepi ni Diana nak buat lempeng pisang tapi entah kenapa tertiba Diana terlihat ada acuan tart yang comel kat dapur...jadi Diana olahlah resepi ni ker tart pisang...hihi....



Resepi ni senang jak...Diana main campak2 jak bahan2 dia janji sedap...kalau ada sahabat blogger tau pembaca blog Diana nak cuba resepi ni...ikut jer langkah macam gambar kat atas tu yer...







Yang Ikhlas,

1 Mac 2015

Pisang Goreng Coklat







Salam dan selamat pagi...selamat berhujung minggu buat semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Pepagi hujung minggu ni apa yang nak di buat sarapan...Diana pagi hujung minggu ni nak buat sarapan iaitu pisang goreng coklat....








Bahan-Bahannya


















Diana kongsi resepi ni dari blog adik YUI dan rancangan tv iaitu Diari Mangkuk Tingkat....tapi Diana tak ada letak cheese sebab tak ada stok.....









Yang Ikhlas,

30 November 2014

Resepi Kek Kukus Coklat Simple







Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...petang tadi Diana rasa bosan sangat tak tau nak buat apa...pulang dari rumah jiran depan rumah terus terfikir nak buat sesuatu....









Tepung berserbuk penaik ni Diana beli masa nak naik duit hantaran adik Diana...kunun2 nak buat kek simple2 jer tapi masa tak mengizinkan jadi masa tu Diana beli kek2 yang dah siap jer...hehe...jadi tengah Diana mencari2 resepi kek yang simple Diana terjumpa kat Buat Wanita..sebenarnya dalam bab2 buat kek ni Diana memnag tak pandai pun...kalau buat biskut tu bolehlah sikit...tapi tengok resepi2 kek dari blog Buat Wanita...hati Diana terus terbuka nak memcuba resepi kek yang mengunakan sukatan cawan...na lagilah Diana suka..sebab kadang main sukatan timbang ni agak leceh sedikit...hehe..



Kek Kukus Coklat Simple Sukatan Cawan
Resepi Asal :Buat Wanita


Bahan-Bahannya


1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak jagung ( Diana guna minyak masak biasa jer...hehe..)
1 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu teh serbuk vanila ( Diana guna jenis cecair..hehe..)
1 biji telur






Cara Membuatnya...




Pukul telur dalam bekas sehingga berbuih







Masukkan minyak,susu,gula,serbuk koko dan vanila,gaul sebati.
Masukkan tepung,gaul sebati tapi jangan terlalu lama.








Tapis adunan ke dalam loyang...guna penapis teh biasa jer..
dan kukus atau bakar..tapi Diana kukus...hehe..







Rupa dia setelah di kukus hinggan masak atau selama 45minit..
tengok tu kembang sekembangnya kan...hehe...







Hasilnya....walaupun tak cukup kemas tapi rasa dia memang sedap......Terima kasih kepada blog  Buat Wanita kerana dengan resepi ini Diana boleh dan mampu buat kek kukus coklat yang sangat sedap...






Untuk Topping..


1 cawan milo
Bancuh dengan 5-6 sudu air panas
Tuang ke atas kek
Dan taburkan coklat rice








Yang Ikhlas,





14 Oktober 2014

Resepi Kacang Panjang Tumis Telur



Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...nak tanya ni kat sahabat semua dah menjamu selera ker tau tengah masak-memasak...apa menu yang di masak malam ni...

Malam ni Diana masak yang simple jer sayur kacang panjang tumis telur...















Line ternet slow sangat nak pos entri ni pun mengambil masa yang lama...apa2 pun selamat menjamu selera semuanya....









Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign