Anugerah Terindah: Resepi Kek Kukus Coklat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Resepi Kek Kukus Coklat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kek Kukus Coklat. Papar semua catatan

30 November 2014

Resepi Kek Kukus Coklat Simple







Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...petang tadi Diana rasa bosan sangat tak tau nak buat apa...pulang dari rumah jiran depan rumah terus terfikir nak buat sesuatu....









Tepung berserbuk penaik ni Diana beli masa nak naik duit hantaran adik Diana...kunun2 nak buat kek simple2 jer tapi masa tak mengizinkan jadi masa tu Diana beli kek2 yang dah siap jer...hehe...jadi tengah Diana mencari2 resepi kek yang simple Diana terjumpa kat Buat Wanita..sebenarnya dalam bab2 buat kek ni Diana memnag tak pandai pun...kalau buat biskut tu bolehlah sikit...tapi tengok resepi2 kek dari blog Buat Wanita...hati Diana terus terbuka nak memcuba resepi kek yang mengunakan sukatan cawan...na lagilah Diana suka..sebab kadang main sukatan timbang ni agak leceh sedikit...hehe..



Kek Kukus Coklat Simple Sukatan Cawan
Resepi Asal :Buat Wanita


Bahan-Bahannya


1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak jagung ( Diana guna minyak masak biasa jer...hehe..)
1 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu teh serbuk vanila ( Diana guna jenis cecair..hehe..)
1 biji telur






Cara Membuatnya...




Pukul telur dalam bekas sehingga berbuih







Masukkan minyak,susu,gula,serbuk koko dan vanila,gaul sebati.
Masukkan tepung,gaul sebati tapi jangan terlalu lama.








Tapis adunan ke dalam loyang...guna penapis teh biasa jer..
dan kukus atau bakar..tapi Diana kukus...hehe..







Rupa dia setelah di kukus hinggan masak atau selama 45minit..
tengok tu kembang sekembangnya kan...hehe...







Hasilnya....walaupun tak cukup kemas tapi rasa dia memang sedap......Terima kasih kepada blog  Buat Wanita kerana dengan resepi ini Diana boleh dan mampu buat kek kukus coklat yang sangat sedap...






Untuk Topping..


1 cawan milo
Bancuh dengan 5-6 sudu air panas
Tuang ke atas kek
Dan taburkan coklat rice








Yang Ikhlas,





Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign