Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger yang MD sayangi dan hargai...terima kasih kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah ini....Cuti yang lalu 24hb April,MD dan en.hubby ke pusat bandar sandakan sebab 25hb nya tu kitorang cuti sebab ada urusan..tapi nak jalan-jalan petang kat pusat bandar sandakan jadi kitorang turun petang 24hb tu....sambil jalan-jalan sambil makan-makan sekali lah...
Pergi minum-minum kat lanun cafe yang MD kongsi kat entri Di Sini...Lepas minum MD dan en.hubby ke kaunter bayar dan sampai kat kaunter tu MD nampak lah Mee Ramen ada kat situ.MD bertanya lah kat pekerja yang jaga kaunter bayaran tu..Ada juga Mee Ramen jual kat sini ingat minuman jer...pekerja tu jawab ya...MD tnya lah macam mana jual dan berapa harga dia...pekerja kaunter tu jawab kalau makan kat sini Rm12.00 dan kalau tak Rm10.00. Terkejut juga MD dengar harga Mee Ramen ni sampai macam tu sekali harga dia...kerana teringin sangat MD nak merasa tahap kepedasaan dan keistimewaan Mee Ramen ni MD beli lah sebungkus.....hihi...
Dan malam ni MD masak lah Mee Ramen ni untuk merasa tahap kepedasan dia dalam dia ada 2 perencah ...MD masak macam MD masak mee sedap goreng tu cuma MD tak bagi kering sangat ...
Lihat lah setelah MD gaul 2 perencah tadi...warna pun dah bertukar kan dan bau dia menusuk-nusuk hidung MD tak sabar rasanya nak makan Mee Ramen ni.....
Alhamdulillah....akhirnya Mee Ramen dapat MD tawan walaupun kepedasannya boleh bibir jadi kembang tapi MD berpuas hati lah dengan rasa dia ni....Tengok jak lah mangkuk tu mee dia licin kan yang tertinggal kuah dia yang sikit jak tu....
14 ulasan:
Makan mee ramen ni mengalir air mata penangan pedasnya
Betul tu sampai terasa bibir pun nak kembang dah...hihi
x penah rasa lagi wpn da pemes mi ni ;-)
I'll try that.
Thanks.
kalau echa mkn ni campur cheeseeee n meatball! sedappp!
MD pun first time merasa Mee Ramen ni anies...
Wlcome Adam...
Eya ker dik Eeca....nnti ada masa nak campur cheese dan meatball...terima kasih dik...
Pedas2 makanan kita, kalah juga dgn kepedasan mee ramen ni.. saya pun sama.. lagi tak habis makan haha :D
Mahalnya.. kat sini, sepaket yang 6 bungkus tu dalam RM25.++
Memg pedas yg amat tu kak, nda tahan aku mkn.. ari tu da juga bli jual kat servay satu pek rm25 ada 5 bungkus.memg mhl ni mee ramen
pernah viral kat ramen ni.
aida x pernah makan ni.
tak pernah terjumpa!
hi hi hi teringin plak merasa nyer...
sampai skrg tak makan2.. hehehe org kata pedas
fiza suka makan mee ramen ni tambah perisa mee sedap tu baru sedap rasa dia. kalau tak rasa pedas saja tak syok
Catat Ulasan