Anugerah Terindah: Ceritaku

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritaku. Papar semua catatan

26 September 2017

Cerita Hari Raya Aidiladha Yang Lalu




Salam dan selamat pagi untuk semuanya my sahabat blogger dan pengunjung blog MD....Baru terfikir pulak nak update cerita hari raya aidiladha MD yang lalu...






Cuti hari aidiladha hanya tu cuma sehari jer kan....nasib baik 31hb tu cuti umum sempena hari kemerdakaan negara kita jadi kat situ MD ambil kesempatan lah buat burasak...






Burasak@Buras adalah makanan wajib bagi kaum bugis di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha...tanpa burasak ni macam tak lengkap jak hidangan....Burasak adalah pelengkap di Hari Raya selain masakkan lain dan kuih muih....


Jemput join First Giveaway MD ya....GIVEAWAY BIRTHDAY TUAN BLOG DAN BLOG ANUGERAH TERINDAH







27 Julai 2017

Cerita Hari Raya Saya




Salam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai....Baru lagi dapat bersua d blog MD ni....banyak yang nak d kongsikan buat sahabat semua tapi apa kan daya masa tidak mengizinkan dan line ternet yang lemah buat hasrat terhenti seketika...

Tak kita sedar syawal dah 3 hari berlalu dan MD baru nak update cerita raya ni....Sebelum tu MD nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog MD walaupun dah agak terlambat lagipun tak semestinya pada hari raya jak kita nak bermaaf-maafan kan...minta maaf hari-hari pun tak apa pun...hihi

Raya pertama MD tak ke mana-mana duduk rumah tunggu tetamu yang datang beraya kat rumah dan tetamu pertama MD adalah kanak-kanak dari perumahan pekerja...Semua datang segak bergaya mengenakan pakai raya mereka...

Raya ke-2 baru lah MD pergi menziarahi pusara arwah ibubapa MD,mak mertua MD,adik MD dan adik hubby MD...Doa MD buat mereka..semoga roh mereka di tempatkan dalam golongan orang--orang yang beriman dan tenang di sana...hanya doa yang dapat anakmu ini kirimkan..,

Raya-3 baru lah MD pergi ke rumah sanak saudara MD bermaaf-maaf dan menjamu selera yang di sediakan...Tapi banyak tak ambil gambar sebab raya ke-3 tu MD demam...sebagai pengubat rindu sahabat kat MD ni 2keping gambar Hari Raya MD untuk semua...






15 April 2017

Cerita Kemarin Fotoshoot Lah...




Salam semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah ni....14hb iaitu kemarin tempat MD berkerja cuti umum MD dan adik ambil kesempatan pergi ke pekan sdco Bukit Garam Kinabatangan pergi bukan untuk beli barang pun saja-saja jalan untuk pergi berfotoshoot....hihi











Lokasi : Taman Bukit Garam Kinabatangan






13 Disember 2016

Menu-Menu Hari Cuti Kemarin




Salam dan selamat pagi selasa untuk semua sahabat blogger dan pengunjung setia blog MD ini.Dua hari cuti 11hb dan 12hb tak ada ke mana² lepak kat rumah jer Maulidur Rasul pada hari ni..MD kat rumah jer sambil kemas² rumah dan masak² apa yang ada kat dapur tu..


Hari pertama cuti 11hb aktiviti yang di buat kat rumah adalah mengemas rumah dan kemarin 12hb cuti sempena Maulidur Rasul aktiviti MD ialah masak memasak jer dan antara menu yang MD masak tu yang simple² jer sebab bahan kat dapur tak banyak maklum lah kalau cuti dan duduk kat rumah jer perut selalu jak lapar kn....


Menu sarapan pagi kemarin Mee Goreng Telur


Ayam masak sos tiram bersama cendawan



Pegadel jagung





Kubis dan cendawa tu adalah pemberian dari jiran MD..Terima kasih banyak kat jiran MD semoga sentiasa di murahkan rezeki lagi...kubis tu MD campur dengan mee goreng dan pegadel jagung dan cendawa tu MD masak bersama ayam sos tiram...










1 April 2014

Entri Pertama Di Bulan April - Sibuk

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana hargai dan sayangi..baru leh Diana dapat buat entri pertama di bulan April..rasa cepat sangat masa berlalu..berlalu meninggalkan kita semua...Diana harap setiap hari yang mendatang yang kita lalui,semoga semuanya berjalan dengan lancar dan akan menjadi lebih baik dari semalam dan yang paling penting setiap perjalanan kita lalui itu dalam redha Allah..



1/4/2014....mula dari masuk kerja jam 6.30am pagi tadi,Diana dah mula sibuk..maklumlah setiap 1hb hingga 4hb di setiap bulan,Diana dan semua staff kat office sibuk kira gaji pekerja dan macam2 lagi..apatah lagi tadi datang pengajar dari head office untuk mengajar kami tentang programme baru untuk estate tempat Diana berkerja,sampai tengahari tadi tak pulang makan kat rumah...makan kat office jer...nasib baik ada di sediakan makanan walaupun cuma mee hoon goreng,telur mata goreng,sosej goreng sos..tapi tetap menyelerakan sebab lapar punya pasal...hehe...
 
 
 
 
Lepas siap menjamu selera,kami sambung lagi belajar sampai jam4pm...pulang jer tadi lepas solat Asar terus buka laptop untuk berblogwalking ke blog yang Diana sempat nak singgah..lepas masuk waktu solat maghri,baru Diana buat entri ni...hehe...dan kejap lagi Diana mulakan aktiviti berblogwalking...dan kalau ada terjumpa segmen atau Giveaway yang simple,InsyAllah Diana akan join...
 
 
 
 
 
 
 

26 Mac 2014

Rasa Macam Dah Lama Tak Buka Blog

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...wahh....nampak tak tajuk entri Diana...bukan main lagi kan,tapi memang betul lah tajuk tu,rasa-rasanya macam dah lama benar Diana tak buka blog Diana,3 hari terasa macam 3 bulan lamanya...
 
 
 
Banyak faktor Diana  tak buka blog...salah satu faktornya adalah mengenai line..bila buka jer laptop nak loading masuk CornetBird pun punyalah lambat..terus terbatal niat Diana nak buka blog...dalam hati meronta2 nak buka blog....faktor yang lainnya rasanya Diana tak ada bahan yang nak di cerita atau nak di kongsi...fikiran buntu sangat..idea2 pun tak ada yang datang..mungkin sebab kekurangan membaca...huhu....
Pada petang sabtu yang lalu Diana dan suami pergi menghantar jiran ke daerah Pamol...sebut jer nama tempat tu dah tau memang jauh lah tempatnya sebab Diana pernah pergi sekali semasa menghadiri jemputan perkahwinan..rasa tak ingin dah Diana pergi kat tempat tu..tetapi hari pada petang sabtu minggu lalu..jiran Diana minta tolong sangat untuk di hantar ke Pamol sebab anak buah dia sakit...mendengar jer perkataan sakit...Diana dan suami merasa kesian..jadi Diana dan suami menghantarlah mereka ke Pamol...
Nak di jadikan cerita..masa pulang dari Pamol tu dalam sekitar pukul 1.10am...waktu tengah malam tu..suami Diana ni kalau memandu malam tak tahan sangat sebab mengantuk..jadi Diana lah yang memandu..nak tahu Diana memandu dari pukul 1.10am sampai pukul 3.50am tanpa henti...tengok2 dalam kereta semua dah tidur...Diana masa tu punyalah mengantuk..tapi apa nak buat Diana teruskan pemanduan dengan kelajuan 50 jer dan dengar radio...lau lagu yang di putarkan Diana tau,Diana ikut jugalah menyanyi untuk menghilangkan rasa mengantuk tu...
 Sesampai jer kat rumah..jiran Diana kata...wahh...tahan juga yer Diana memandu....Diana senyum jer dengan mata yang nak terlelap...pagi tu Diana sedar dari tidur dekat jam 10am...satu badan rasa penat jer dan kepala pun berdenyut2...hingga sembahyang subuh dah tertinggal...suami Diana tak ada kejutkan Diana masa dia solat,mungkin dia kesian kat Diana memandu dalam keadaan mengantuk.......
 
 
 
 
Apa2 pun Diana bersyukur sebab masa dalam perjalanan pulang kami semua selamat sampai di rumah... "Selalu Bersyukur Untuk Hari Ini,Esok Hari Dan Untuk Hari Selanjutnya.."
 
 
 
 
 
 
 
 

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign