Anugerah Terindah

Halaman

26 Julai 2016

Cerita Raya 2016



Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sudi singgah di blog Anugerah Terindah ini...Blog yang kadang ceria dan selalu sunyi...hihi...Terima kasih MD ucapkan kepada semua nya...Raya dah semakin hampir melabuhkan tirai nya MD baru nak cerita sikit tentang sambutan Hari Raya MD...

Maaf Zahri Batin dari Kami
Riang Ria Raya
Beraya di rumah bekas ketua staff MD

Inilah sedikit cerita raya MD di tahun 2016......Belum terlambat untuk MD  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari MD dan suami.....








Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com (Sticky Post)




MINYAK WANGI BRAVEHEART




Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.




MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia.

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang
berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? ____ tahun
  2. Saya berumur 40tahun pada 13/9 ni
  3. Jantina anda? (Lelaki / Perempuan)
  4. Seorang perempuan
  5. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana _________________ (sila berikan jawapan anda)
  6. Saya nak memperkenalkan jenama minyak wangi keluaran DD Cosmetics kepada semua para blogger dan pembaca. .. Walaupun saya sebenarnya bukan peminat tegar minyak wangi tetapi saya rasa DD Cosmetics layak memilih saya kerana saya yakin dapat memperkenalkan minyak wangi keluaran DD Cosmetics Braveheart & Sweetheart.


Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
















23 Mei 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com






Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.



Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...





Kuih Berongko







Salam dan selamat hari isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat di hargai....Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog MD ini....Cerita hujung minggu kemarin...duduk rumh tak ada buat apa-apa jadi MD buat kuih,kira kuih tradisi kaum bugis juga namanya Kuih Berongko tak tau ejaan dia macam tu ke tau tak....hihi..





Bahan-bahan nak buat kuih Berongko ni senang dan senang nak dapat yang penting ada pisang yang masak ranum....hihi...Selain pisang bahan lain ialah telur sebiji dan santan,nak letak sedikit esen vanila pun boleh tapi MD tak letak pun esen vanila sebab tak ada stok..hihi...MD guna pisang sabah tau kalau pisang lain MD tak tau sedap ke tau tak...hihi..kalau tak nak lenyek boleh blender semua bahan tu hingga hancur ya lagi senang kan.....






Ni tempat dia untuk letak pisang yang dah di blender tdi....




Dah isi dengan pisang blender kita boleh kukus....




Kukus dan bila dah masak simpan dalam peti ais...sebab kuih ni sedap di makan sejuk-sejuk......
















22 Mei 2016

Cerita Kemarin Hari





Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi bertandang ke blog MD yang suam-suam kuku ni....Hari ini baru lah ada kesempatan nak update blog kejap.....



Hari kemarin adalah hari perkahwinan sekerja MD jadi kami dari tempat kerja menghantar pihak pengantin lelaki ke tempat pihak pengantin perempuan di Beluran....Jom layan gambar-gambar kami kemarin...


























Terima kepada blogger  Asha Lya kerana jahitankan shawl yang kami gayakan dan baju peplum yang MD pakai....






















17 April 2016

GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK




http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html




Sila klik banner untuk join dan info lanjut

8 April 2016

Salam Jumaaat Penghulu Segala Hari





Salam dan selamat hari Jumaat penghulu segala hari untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan sangat hargai.....Jumaat datang lagi semoga kita jadi insan yang mencintai Allah dan mendapat Keredhaan dariNya...









YA....Allah 

Jadikanlah aku mencintaiMu
Dengan segenap cintaku
Dan seluruh usahaku
Demi KeredhanMu.....






7 April 2016

Hadiah Dalam Bungkusan Itu





Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi bertandang ke blog MD ini.....Terima kasih yang tak terhingga MD ucapkan kepada semua...... Dalam entri MD kemarin 





Kata ucapan tahniah dari blogger Rianalittlecuties




Comel kan hadiah baju kurung kanak-kanak yang MD menangi....Terima kasih buat blogger Rianalittlecuties atas pemberian hadiah yang sangat comel ni....Tentu si anak buah MD suka dengan baju ni....Sebenarnya hadiah ni dah 2x di ke alamat MD....pertama pos tu bulan Januari ke alamat MD, tapi pihak pos tak ada info yang barang MD ni dah sampai....Lepas tu kena hantar balik ke alamat blogger Rianalittlecuties...


Terima kasih sebab masih sudi kirim balik hadiah tu ke alamat baru MD.... InsyAllah sabtu ni MD baru nak hantar ke rumah anak buah MD..... dia pun tak sabar nak pakai baju baru tu.....hihi








6 April 2016

Wordless Wednesday #32 ( Bungkusan )











Terima Kasih Riana Little Cuties






4 April 2016

Hari Isnin Pertama Di Bulan April





Salam dan selamat hari isnin untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi berkunjung ke blog MD ini....Tak sedar kita dah berada di hari isnin pertama di bulan april...Terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita....


Di bulan april ini genaplah sudah MD berkerja dan berkhidmat kepada syarikat Greenfinger Sdn  Bhd selama 19tahun.. ..Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana masih lagi di beri kesempatan untuk berkhidmat....Dari alam remaja lepas sekolah terus jer memohon kat Greenfingers Sdn Bhd sampai lah berkahwin masih juga setia berkhidmat di sini...


Walaupun pertama kerja gajinya sikit setimpal lah dengan keputusan MD yang hanya lepasan SPM jer tapi MD sangat bersyukur mempunyai majikan yang baik hati tapi kadang ada juga marahnya kalau buat silap....perkara biasa lah kan....hihi...






3 April 2016

Projek Hujung Minggu Lalu





Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah berkunjung ke blog MD ini...
Sebenarnya projek minggu lepas tapi baru minggu ni nak update....hihi....Tak apa kan janji ada untuk di update di hari minggu ni...hari kita merehatkan diri setelah seminggu berkerja..








Nak buat ni senang jer....cara nya semua ada kat belakang pembungkus Nutrijell ni...
Tinggal nak ikut step by step jer....
Nutrijell ni MD beli sekotak dan kita boleh campur perisa yang kita suka..

Lepas dah buat nutriljell ni bolehlah kita buat kuah dia....Alah kuah macam nak buat ais krim sumi tu....hihi....Letak ais batu dan boleh kita makan sebagi penyejuk tekak....









2 April 2016

Cenderahati Top 10 Carta Pengkomen Tegar 2015 Dari Mia Liana





Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog MD..... Dalam entri MD  di sini...
Cenderahati ini datangnya dari blogger femes siapa lagi kalau bukan blogger kak
  Mia Liana....
Ini adalah cenderahati kedua yang MD terima dari beliau kerana sentiasa tegar berblogwalking ke blog kak Mia Liana......(tegarlah sangat.....hihi...tapi memang tegar pun sebab ni tahun kedua MD terima cenderahati dari Kak Mia ni....hihi...)






Comel kan mouse ni.....suka sangat MD guna sebab selesa dan senang nak pegang....
InsyAllah  setiap tahun nak dapat cenderahati dari kak Mia Liana....
kepada sahabat dan pengunjung yang nak dapat cenderhati dari kak Mia Liana rajin² lah berkunjung ke blog beliau sebab selain boleh dapat cenderhati kita juga boleh menyertai segmen mahupun giveaway dan rutin bulanan yang di anjurkan oleh kak Mia ialah Nak URL Blog yang kini berlangsung sehingga 11.59 malam  Ahad 3 April 2016....Jom ramai2 kita meriahkan segmen Kak Mia...



1 April 2016

Salam Jumaat Dan Selamat Datang April





Salam dan selamat hari Jumaat untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi berkunjung ke blog MD ini....Jumaat di awal bulan april....semoga di hari Jumaat yang penuh Barakah ini semua dalam lindungan dariNya.....






Tunjukkanlah semua jalannya
Penuhilah semua hati ini dengan cahayaMu 
Yang tidak pernah pudar
Lapangkan dadaku dengan 
Limpahan keimananMu 
Dan keindahan Tawakal di jalanMu



31 Mac 2016

Hadiah Cenderahati Dari Blogger JM






Salam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sangat MD sayangi dan hargai....Terlebih dahulu MD memohon maaf kepada semua yang sentiasa berkunjung ke blog MD yang kadang ada dan kadang tak ada ini...Kunjungan dan komen sahabat semua amatlah MD hargai....MD memohon maaf juga sebab buat masa ini MD belum ada waktu untuk berkunjung ke blog sahabat kembali....InsyAllah ada waktu terluang tu MD pasti berkunjung juga ke blog sahabat semua...








Sebenarnya MD  baru nak kongsi satu lagi hadiah cenderahati dari seorang blogger yang cukup peramah,baik hati dan sentiasa berkunjung ke blog MD walaupun MD baru mengenali beliau,tapi rasa macam dah lama kenal.....siapa lagi kalau bukan blogger yang suka travel Blogger JM si Jari Manis....Terima kasih buat Blogger JM si Jari Manis atas cenderahati FM yang cantik itu dan semoga Blogger JM si Jari Manis akan sentiasa gembira dan sentiasa di murahkan rezeki lagi....



Ada lagi satu hadiah cenderahati dari seorang blogger yang hebat dan terkenal...Nak tau siapakah blogger tersebut dan apakah hadiah cenderahati itu.... 










19 Mac 2016

Hadiah Dah Sampai





Salam dan selamat pagi sabtu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD  sangat rindui dan sayangi....Terima kasih yang tak terhingga MD ucapkan kepada semuanya kerana sentiasa berkunjung dan berkomen dekat blog MD ini....MD memohon maaf sebab tak berkesempatan lagi berkunjung ke blog sahabat semua...InsyAllah ada masa MD akak berkunjung juga ke blog semua..







Di kesempatan ini MD baru dapat nak mengupdate hadiah yang MD terima minggu lalu....Hadiah dari 2 orang blogger orang iaitu blogger Siti Yang Menaip dan blogger SalbiahM...Mereka berdua adalah penganjur kepada Giveaway AUSTRALIA'S SOUVENIRS GIVEAWAY BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM..Terima kasih buat adik berdua....comel sangat FM dari Australia tu..








2 Mac 2016

Wordless Wednesday #31 ( Bunga Rama-Rama)












Bunga Rama- Rama 


Awal Pagi Ke Majlis Daerah



Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang MD sayangi dan hargai...Terima kasih yang tak terhingga MD ucapkan kepada semua kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog MD dan kepada yang follow MD ucapakn  terima kasih kerana sudi follow blog MD yang tak seberapa ini..Terima kasih untuk semuanya...











Pepagi ini MD ke pejabat Majlis Daerah Kinabatangan untuk membayar cukai tanah majikan MD...awal pagi dah sampai dalam jam 7.10am sedangakan waktu buka pejabat adalah jam 8.00am...Tapi tak apa kan...biar kita yang menunggu daripada orang pejabat....








Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign