Anugerah Terindah: Rasa Sedih

Halaman

31 Oktober 2015

Rasa Sedih





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai...Beberapa hari Diana tak aktif nak berblog dan nak berkunjung ke blog sahabat pun tak sempat dah....bukan sibuk yang menghalangi Diana mahu pun line internet...tetapi rasa sedih dan kesian menyelubungi hati dan perasaan Diana sejak hari selasa petang...





Tentu ada di antara sahabat blog mahu pun pengunjung yang ada terdengar dan terbaca berita tentang kehilangan seorang pekerja ladang kelapa sawit di percayai mati akibat di baham buaya di sungai lung payau di segliud.Pekerja ladang itu adalah pekerja dari tempat Diana berkerja.Kejadi itu berlaku pada petang hari selasa 28hb dalam sekitar jam 3.00 petang..Mangsa sedang mencari lokan di sekitar sungai lung payau sebelum hilang dan sampai hari ini mangsa masih belum di jumpai.




Sumber gambar dari Harian Metro




Petang kemarin Diana pergi ke tempat kejadian tu...seram rasanya bila melihat tempat kejadian itu..Ramai anggota penyelamat,pekerja² dari tempat Diana,pekerja dari estate lain dan orang kampung sekitar segliud datang memberikan bantuan..Marilah sama² kita berdoa semoga mangsa dapat di temui secepatnya dan semoga usaha mencari di permudahkan.










15 ulasan:

dear anies berkata...

Salam takziah kpd keluarga mangsa

Asha Lya berkata...

Sedihnya..ngeri plak taw..bahaya klau dkt2 sungai ni fhm2 la sg kinabtgn ni brbuaya kan Kak..apa pun kita doakn moga mngsa dpt di temu

Meeya Techik berkata...

Allahu takutnya dengar..

Zafirah Kama berkata...

Lama tak dengar cerita macam ni. Takziah untuk keluarga mangsa.

PeRdU cINta berkata...

Subhanallah..moga urusan pencarian dipermudahkan..amin..

Puan Yaanie berkata...

Masyaallah. Sedihnya dgr.

Zie Has berkata...

sedihnya ... especially kalau kita kenal kan

Kak Wawa berkata...

Ya Allah, salam takziah..

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah.. huu ngerinyaa kak.. semoga semuanya dipermudahkan :'|

Farrah MF berkata...

Semoga semuanya dipermudah.

leya yeolly berkata...

Serius ke kena baham buaya. Takutnyaaa

Wak Lat berkata...

tengok gmbr sungai dgn pokok nipah tuu tringt wak dulu2 nak balik umah panjai dua hari dua malam naik sampan turun sampan baru smpi., huhu2

Jari Manis berkata...

alamak seram plak dgr berita ni...x tahu...dah jumpa lum

Jari Manis berkata...

sungai lung payau di segliud tu daerah mana eh..negeri sabah kan?

kakaktiricinderella berkata...

Ya Allah. Kesiannya.. Salam takziah.. Moga semuanya dipermudahkan..

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign