Anugerah Terindah: Mampukah Kita Bersabar Jika Dimarah

Halaman

4 Mac 2014

Mampukah Kita Bersabar Jika Dimarah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...pepagi tadi hati Diana cukup terguris dan hampir saja airmata ini megalir bila awal pagi dah di marah oleh pihak atasan...tanpa bertanya terus jer marah..sebenarnya atasan Diana tu adalah ketua kerani tempat Diana kerja...kemarin dia berurusan kat pejabat konsulat Indonesia di Tawau berkenaan pekerja yang telah lari..Diana dan sahabat sepejabat yang lain buatlah kerja masing2...entah di mana silapnya pepagi tadi masuk jer kat pejabat  terus jer marah2 tak tentu pasal...rasa geram Diana saat tu...ingin Diana marah kembali padanya...tetapi mengingatkan kita sesama manusia dan sesama berkerja di bawah satu bumbung,Diana mendiamkan diri...adakah perlu Diana marah kembali kepadanya...? 



Bila difikir2 balik adakah kita marah akan mendatangkan kebaikkan atau keburukkan...tetapi sifat marah jika tidak di kawal dengan sifat sabar dan tenang...rasa kemarahan akan meledak jua..Diana menarik nafas dalam2 dan meghembuskan perlahan-lahan untuk mengawal diri Diana daripada marah dan dalam hati terus beristighfar memohon kepada Allah semoga marah Diana ini tidak meledak keluar..



Seharian tadi masa kat pejabat Diana hanya mendiamkan diri..kerja Diana buat seperti biasa,Diana berharap ketua kerani Diana akan faham...kita sebagai manusia tak payahlah nak marah dengan orang sesuka hati...kita semua ada perasaan,bukan perasan dia jer kita nak jaga..Alangkah bagusnya jika kita masuk ke ruang pejabat dengan melemparkan senyuman kepada pekerja kita...hati kita akan tenang jer,begitu juga dengan pekerja kita...senyuman itu kan satu sedekah...ni dia masuk jer dah menunjukkan muka masam...kita yang melihat pun jadi takut untuk bertegur sapa dengannya..



Sebenarnya jiwa dan hati Diana masih rasa sakit mengenangkan hal pagi tadi....tetapi Diana perlu sabar dengan situasi ini...Diana sabar dan bersabarlah dengan ungkapan yang lahir dari hati kecil Diana ini mampu meredakan jiwa dan hati Diana..Diana rasa bersyukur kerana jiwa dan hati Diana mampu untuk menahan rasa kemarahan Diana meledak keluar tadi..syukur dengan keredhan hati yang Diana miliki walaupun tidak cukup sesempurna orang lain...



 
 
 
p/s : maafkan Diana sahabatku,tak dapat nak berblogwalking..InsyAllah malam nanti Diana blogwalking blog sahabat..
 
 
 
 
 

8 ulasan:

Amir Khalis berkata...

chill lebih baik :D

Unknown berkata...

Betul tu kak.. Lebih baik diam dan bersabar macam yang akak buat tu..

Tanpa Nama berkata...

sabar ye sis?

NaZiRaH @ Ezyra berkata...

mungkin bos akak ada tekanan lain kot, apa pun harap akak terus sabar,...

PetakBunga berkata...

biasalah kena marah nga bos
jgn sensitif sgt.

pernah menagis kena marah..dulu2..

Unknown berkata...

Fuhhh.. zara bru alami ni 3 ari lepas.. rasa nak cubit2 pipi senior zara tuu.. tp pikir balek.. alaa.. xpa laa..halalkn jaa laa marah dia tuu. Hahaha. Dia marah kat org lain tp tempias kat zara.. geram jgk zara d buat nya..

Mardiah Diana berkata...

Assalamualaikum dan selamat petang semua sahabat blogger Diana...terima kasih atas nasihat dan pandangan sahabat semua...Diana sangat menghargainya..

Pha Is berkata...

sabar selagi mana kita boleh.. tapi kita cuma manusia biasa.. :)

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign