Anugerah Terindah: Resepi Kuih Susu Simple

Halaman

11 Mac 2014

Resepi Kuih Susu Simple

 
 
 
 
 
Salam dan semuanya sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...salam bersua lagi..maaflah baru Diana dapat tulis entri ni untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai selalu...
 
 
 
 Ni cerita pagi tadi masa kat pejabat...oleh kerana pagi tadi Diana dan sahabat Diana tak brapa sibuk,kami kat pejabat tadi buat satu jenis kuih yang sangat simple dan bahan2 dia pun senang jer...tak banyak pakai bahan2....tentu ramai di antara sahabat blogger maupun pembaca tau dan kenal dengan kuih ni...nama kuih yang Diana dan sahabat Diana buat pagi tadi ialah Kuih Susu...resepi ni dari Sahabat Diana....dialah yang tunjukkan kami cara membuat kuih susu ni..





Bahan-Bahan:

1) 10 biji telur
2) 1 tin susu cair
3) 1 tin susu pekat
4) 1 sudu tepung kastard
5) Air ikut ukuran tin susu pekat tu
6) Sedikit gula untuk buat gula hangus
 
 
 
 
 Terlebih dulu panaskan kuali dan masak gula tu sehingga hangus dan tuang ke dalam bekas kuih dan sekeliling bekas tu macam gambar kat atas tu... pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau tak payah pukul ya sahabat...maaf gambar telur tak ada pulak..hehehe
 
 
 
  Lepas tu masukkan bahan2 lain seperti susu cair,susu pekat dan tepung kastard,air dan gaul lagi secara perlahan dan sehingga bahan sebati ya..

 
 
 
 Selepas bahan dah sebati..kita kena tapis dia supaya hasil dia lebih halus dan tak dah yang berketul2..
 
 
 
 
 Lepas dah siap di tapis,bolehlah kita tuang ke dalam bekas kuih yang dah kita letakkan gula hangus...
 
 
 
 
  Dah siap,kita bolehlah  mula mengkukus kuih kita...




Tarraaa....kuih dah masak...untuk mengetahui kuih dah masak tau belum..kita boleh cucuk dengan menggunakan lidih yang bersih ke dalam kuih tu...jika kita angkat lidih tu dan tak ada melekat...tu menandakan kuih kita dah masak...
 
 
 
 Lepas kuih masak dan sejuk,kita boleh letak kat peti ais untuk sejukkan sekejap sebab kuih ni sedap di makan kalau sejuk..belum sempat letak kat peti ais..kami dah makan...hehe...
 
 
 
 
  Untuk pengetahuan sahabat semua...kalau guna sukatan bahan2 kat atas tu...ia boleh menghasilkan 3 bekas kuih macam yang di guna kat atas tu....Apa lagi petang tadi acara makan kuih susu lah kami kat pejabat...best sangat buat ramai2 dan makan pun ramai2...



Selamat Memcuba.......




 
 

19 ulasan:

Dunia Zumal berkata...

Wah, mudah nie... Nanti zumal nak try la :)

norhasnizakhalid berkata...

mudah, mama nak try lah nanti..

Unknown berkata...

wahh mesti sedap kan? nak try buat tp umah sewa ni apa pon xda.. hihi..

Sweet red cherry berkata...

nampak sedap dan menarik kuih susu tu..

Khir Khalid berkata...

Wahh.. sedap ni.. best.. :)

Nur Madihah berkata...

first time dengar nama makanan ni. Saya panggil nama makanan ni puding telur. :)

Mimin Adam berkata...

sedapnyaaa

Ain I Mama berkata...

Sedapnye..nak try la lpas ni

Azhafizah MN berkata...

first time dengar nama kuih ni..macam puding caramel je.

Mardiah Diana berkata...

@Ahmad Zu Mal Md Rayi memang sangat mudah nak buat kuih ni...kat ofis pun boleh buat..

Mardiah Diana berkata...

@Norhasniza Khalid Eya Mama...kuih yang sangat mudah nak buat...hehe..

Mardiah Diana berkata...

@Anne Nurainmemang sedap dik...

Mardiah Diana berkata...

@Bbwana adienia sedap dan tertarik nak makan..hehe..

Mardiah Diana berkata...

@Khir Khalid memang sedap Khir...best masa makan...hehe..

Mardiah Diana berkata...

@Nur Madihah mungkin samalah tu dik sebab dia guna telur yang banyak..hehe..

Mardiah Diana berkata...

@miminadam Nyam...Nyam..sedap...hehehe..

Mardiah Diana berkata...

@ain syafieqa try ler ain...memang sedap..hehe..

Mardiah Diana berkata...

@Azhafizah Md Nor kat tmpt Diana orang panggil kuih susu dik Fizah...memang sama dengan puding caramel...hehe...

Unknown berkata...

Nmpk sedap !

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign