Anugerah Terindah: Sibuk Di Hari Pertama Bulan March

Halaman

1 Mac 2014

Sibuk Di Hari Pertama Bulan March

 
 
 
 
 
Salam dan selamat pagi untuk 1hb March 2014 untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...entri pertama di bulan March...
 
 
 
 
 
inilah tiket buah dari kilang
Nampak betul Diana sibuk kan...tengok gambar kat atas tu..passport pekerja,buku Wangian Syurga Dalam Cintamu pun ada kat atas meja...nampak sangat meja Diana berserabut kan...hehe...sebelum pulang nanti nak kemas sebab esok kan cuti hujung minggu....
 



 
Awal pagi tadi  dah sibuk mengurus hal pekeja ladang yang lari....kemarin petang ketua jabatan telah ke balai polis Daerah Bukit Garam untuk membuat laporan dan awal pagi tadi Diana di suruh copy semua yang berkaitan pekerja itu...dari passport hingga ke laporan polis..dah siap copy mengopi,Diana nak mengira lagi tan untuk akhir bulan February...



Buah sawit yang telah di hantar ke kilang kelapa sawit,pihak kilang kelapa sawit  akan mengeluarkan tiket timbang untuk berat buah sawit tersebut...dari tiket tulah nanti Diana akan mula membahagi berapa kg dalam sebiji tandan kelapa sawit tu...lepas tu barulah di bahagi kepada setiap pekerja yang ada menuai buah sawit tu..susah juga  Diana nak terangkan ni...tapi yang pasti tan buah tu akan dibahagi kepada tandan buah sawit untuk mendapatkan kilo buah sawit tu....
 
 
 
 
 
 
 
 
 

5 ulasan:

adzairdawati makdara berkata...

Happy 1st march sis.. Fuhhh susah juga keja dgn org asing ni kan.. Suka benor diorang nak lari lari ni kan..

Mardiah Diana berkata...

@adzairdawati makdara Eya Sis...ada hal sikit dengan majikan dah nak lari...tak sayang pula mereka ni kat pp yang dah di jamin oleh pihak majikan..

Khir Khalid berkata...

Semoga dipermudahkan & dilancarkan segala urusan ye.. salam sabtu.. :)

cik kiera berkata...

Ish.... Dah bagi kerja larikk larikk pulak... Hehehe. Kak diana orang Felda kah?

Zara Nurhaidah berkata...

Aik ?? Pkerja lari ?? Sabar yaa dear.. prlhan2 buat keja tuuu.. kelam kabut nnti wat stress jaa.. ^^

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign