Anugerah Terindah: Kebaikan Meminum Air Suam Dan Susu

Halaman

6 Januari 2014

Kebaikan Meminum Air Suam Dan Susu

 
 
 
 
 
 
Salam sayang kepada semua sahabat blogger yang Diana sayangi...hari ini permulaan kerja untuk minggu kedua...hari kemarin Diana kurang sihat sebab demam di tambah dengan selesma..syukurlah hari ini Diana da beransur pulih sikit...setelah menelan beberapa ubat...
Selain memakan ubat Diana mengamalkan meminum air suam dan susu  sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam...sebelum masuk tidur pun Diana minum air suam dan susu...
 
Alhamdulillah hari ini Diana rasa bertenaga dan segar saja untuk melaksanakan kerja-kerja Diana...Diana pun menggoogle ler mencari-cari apa kebaikkan dengan meminum air suam dan susu..Akhirnya Diana terjumpa  blog yang menulis tentang kebaikan Meminum Air Suam dan Susu..jom terjah blog mereka.....semoga apa yang telah dikongsikan oleh mereka dapat kebaikan untuk kita semua...dan mengamalkan meminum air suam dan susu untuk kesihatan kita...
 
 
 
 
 8 Kebaikan Meminum Air Suam
 
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak
2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
 
 
 
 
 
10 kebaikan minum susu 
1. Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
2. Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus mem beri jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
3. Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
5. Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
6. Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
7. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
9. Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
10. Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia       mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)




Rupanya begitu banyak kebaikkan yang kita perolehi jika kita mengamalkan meminum air suam dan susu...ingatkan kanak-kanak jer yang memerlukan susu...rupanya kita yang dewesa ni pun kena minum susu selalu...jangan abaikan kesihatan kita...terima kasih kepada 2 blog yang hebat ini atas perkongsian di atas....http://kongsibersamanora.blogspot.com dan http://airsuam50.blogspot.com
 




 
 
 
 
 
 
 
 

9 ulasan:

Unknown berkata...

waa..nice info! air suam air fav sy ('',)

Adriannasyaz berkata...

Sya pun suka minum air suam dgn susu ni kak..rasa comey plk klu minum susu..hehe..tima kasih kongsi info akk ^_^

norhasnizakhalid berkata...

nice sharing dear

Mardiah Diana berkata...

@Ayue Idris terima kasih dik...akak pun suka minum air suam daripada air yang berais...

Mardiah Diana berkata...

@adrianna syaz Yer dik...ingatkan budak-budak jer kena minum susu...kita yang dewesa pun wajib minum susu...hehehe...

Mardiah Diana berkata...

@Norhasniza Khalid makasi mama...kongsi apa yang terbaik untuk kita semua..

Kiera Rashid berkata...

Info yang berguna , Thanks sharing :)

Mardiah Diana berkata...

@cik kiera terima kasih dear...

Azhafizah MN berkata...

Fiza memang suka air suam dan susu..sedap!

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign