Anugerah Terindah: Salam Maulidur Rasul

Halaman

14 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul

 
 
 
 
Salam Maulidur Rasul.. Tq @mfizan for pic ;D
 
 
 
 Hari ini 14hb January 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H,kaum Muslim di seluruh dunia menyambut satu peristiwa penting Anugerah Allah kepada seluruh manusia,iaitu Hari Kelahiran Nabi Kita Nabi Muhammad SAW....sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Negara kita pada tahun ini bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"


Al-Quran menyatakan bahawa kelahiran Nabi Muhammad SAW membawa Rahmat ke seluruh alam...Baginda dilahirkan pada hari isnin dalam tahun gajah atau menurut ulama dan sejarawan Islam pada 12 Rabiulawal.


Nabi kita Nabi Muhammad SAW,dilahirkan dari rahim suci seorang ibu yang pengasih dan penyayang iaitu Siti Aminah.baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapa Baginda,Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran Baginda,Ketika baginda  berusia enam tahun,ibu Baginda pula meninggal dunia lalu Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.


Ketika Nabi kita Nabi Muhammad SAW  berusia lapan tahun,datuknya pula meninggal dunia dan baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.Al-Quran merakamkan keyatiman Rasulullah SAW yang bermaksud;"Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu,lalu Ia memberikan perlindungan"(Ad-Dhuha:6)


Nabi kita Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul ketika Baginda berusia 40 tahun.Ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira,malaikat Jibril datang menemui Rasulullah SAW dengan membawa sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan Kitab di dalamnya.Peristiwa ini berlaku pada hari isnin 17 Ramadhan di mana Jibril turun membawa Wahyu kepada baginda.


Jibril berkata:"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang Mengajar Manusia melalui pena dan tulisan dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (Al-Alaq:1-5).Nabi kita Nabi Muhammad SAW telah wafat pada hari isnin,12 Rabiulawal,ketika baginda berumur 63 tahun.
 
 
 Kini ramai diantara kita semakin jauh daripada perasaan cinta kepada Rasulullah SAW,ramai diantara kita hanya mengejar cinta duniwi.Oleh itu marilah kita bersama-sama memperingati dan menghayati perjalanan hidup Rasulullah SAW juga menyemaikan perasaan cinta kepada Baginda... Mari kita sama-sama Shalawat Ke Atas Nabi Terahkhir Kita Nabi
Muhammad SAW....
 
 
Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika
Sholawatullah Alaika
Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika Ya Habib Salam Alaika
Sholawatullah Alaika
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nurun Fauqo Nuuri
Anta Iksiru Wagholi
Anta Misbahush Shuduri Ya Habibi Ya Muhammad
Ya ‘Arusal Khofiqoini
Ya Muayyad Ya Mumajjad
Ya Imamal Qiblataini
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nurun Fauqo Nuuri Anta Iksiru Wagholi
Anta Misbahush Shuduri
Ya Habibi Ya Muhammad
Ya ‘Arusal Khofiqoini
Ya Muayyad Ya Mumajjad
Ya Imamal Qiblataini Ya Nabi Salam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika
Sholawatullah Alaika
Ya Nabi Salam Alaika

 
 
 
 
 

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam maulidur rasul sis..

norhasnizakhalid berkata...

salam maulidur rasul...

Unknown berkata...

salam maulidur rasul kak
jom sama2 bersalawat

fiqah hamed berkata...

Salam Maulidur Rasul sis..
Banner sis,nnt saya bagi..^^

Syazwani Zunidan berkata...

Salam Maulidur Rasul 1435 Hijrah .. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W (:

Affy Afiqah berkata...

salam maulidur rasul kak mardiah :)

Unknown berkata...

salam maulidur rasul akak......:)

Invisible Me berkata...

Salam maulidur rasul, akak :)

Pha Is berkata...

salam maulidurrasul..

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign