Anugerah Terindah: Kenali Tulang Rusukmu

Halaman

12 Januari 2014

Kenali Tulang Rusukmu

 
 
 
 
 
 
kredit:Noor Shuhada
 
 
 
 
Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki.....? Seorang bijak berkata… Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki , Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu, Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya, Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan memberimu doa dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan! Jika kelmarin kamu berdoa dan yakin bahawa dialah wanita yang sudah terpilih untukmu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik. Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta maaf untuk kesalahanmu.
 
 
 Ia yang mahu menerima masa lalu mu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu,. Ia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tak memberinya khabar, andai sifat manjanya membuatmu tertawa lucu, cemburunya memperjelaskan sayangnya padamu, airmatanya mampu meluluhkan jiwamu, belaian kasihnya memberi ketenangan buatmu, maka, berusahlah utk tidak kehilangannya..
 
 
 Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati. Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal. Maka dari itu kenali dan sayangilah “Tulang Rusukmu”.. *bagi yang sudah memiliki zaujahnya , peliharalah amanah itu sebaiknya, bg yg belum..berdoalah dari sekarang semoga dititipkan si dia yg terindah menjadi bidadari di taman-taman hatimu......allahuma amin...sekadar perkongsian..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

5 ulasan:

Nur Madihah berkata...

entry yang bagus! ^_^

Invisible Me berkata...

Menarik kak :)

Tanpa Nama berkata...

indahnya makhluk bernama wanita ini..

Unknown berkata...

amin...insyaAllah...tq kak share:)

Faa Fara berkata...

menarik .

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign