Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki.....?
Seorang bijak berkata…
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki ,
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberimu kehangatan dalam
rumahmu,
Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur
hidupnya,
Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan memberimu doa dalam airmata
kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan!
Jika kelmarin kamu berdoa dan yakin bahawa dialah wanita yang sudah
terpilih untukmu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang
sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan
sebagai wanita yang terbaik.
Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu
berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta maaf
untuk kesalahanmu.
Ia yang mahu menerima masa lalu mu dan siap merancangkan masa depannya
bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu,.
Ia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tak memberinya khabar,
andai sifat manjanya membuatmu tertawa lucu, cemburunya memperjelaskan
sayangnya padamu,
airmatanya mampu meluluhkan jiwamu,
belaian kasihnya memberi ketenangan buatmu,
maka, berusahlah utk tidak kehilangannya..
Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang
rusuk lelaki,
bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki,
bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki.
Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar
wanita menjadi pendamping, penjaga hati.
Dekat dengan hati kerana untuk disayangi.
Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki.
Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.
Maka dari itu kenali dan sayangilah “Tulang Rusukmu”..
*bagi yang sudah memiliki zaujahnya , peliharalah amanah itu sebaiknya, bg
yg belum..berdoalah dari sekarang semoga dititipkan si dia yg terindah
menjadi bidadari di taman-taman hatimu......allahuma amin...sekadar
perkongsian..
5 ulasan:
entry yang bagus! ^_^
Menarik kak :)
indahnya makhluk bernama wanita ini..
amin...insyaAllah...tq kak share:)
menarik .
Catat Ulasan