Anugerah Terindah: 5 Waktu Tidur Yang Dilarang oleh Rasulullah SAW

Halaman

22 Februari 2014

5 Waktu Tidur Yang Dilarang oleh Rasulullah SAW

 
 
 
 
 
Salam dan selamat malam untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....adakah kita tahu waktu-waktu tidur yang di larang oleh Rasulullah saw..Mari kita lihat pada waktu apakah kita tidak boleh tidur.
 
 
 
 
 
 
 
1) Tidur Selepas Makan - Sesungguhnya jika kita terus tidur selepas makan akan menyebabkan tidak sempurna proses sistem pencernaan kita.
 
2) Tidur Sepanjang Hari - Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari.ia boleh mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.
 
3) Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi - Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh,kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki..kerana waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha.Sabda Nabi : "Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
 
4) Tidur Pada Waktu Asar - Setengah alim ulamak mengatakan :"Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri"
 
5) Tidur Sebelum Solat Isyak -Sesungguhnya adalah lebih baik kita menunaikan dulu solat Isyak pada waktunya,.sebab kadang setengah kita suka melewatkan hingga kadang lupa dah solat ke belum hingga tertidur dan dah tak menunaikan solat Isyak..tidak apa kita melewatkan solat Isyak jika kita yakin dapat bangun untuk menunaikannya.
 
 
 
 
Perkongsian di atas Diana kumpul  sumber dari google untuk kita maanfatkan,semoga ia memberikan  pengajaran untuk kita amalkan walaupun ringkas aje..Diana tak pandai nak tulis panjang berjela-jela..


 
 
Diana pernah mengalami tidur pada waktu Asar...waktu tu Diana masih lagi di alam persekolahan rendah..Diana tidur dan bangun dari tidur terus pergi mandi...lepas tu pakai baju sekolah...kononnya nak pergi sekolah waktu pagi..tertiba mak tegur nak pergi ke mana tu..?...Diana dengan selamba menjawab..."nak gi sekolahlah mak.."Mak cakap aii...petang macam ni nak pergi sekolah apa...?..Diana tengok jam pukul 6 lebih...terus rasa malu dan lemah jer badan..Mak kata...."tulah akibat tidur waktu Asar..
 
 
 
 
 
 
 

17 ulasan:

Nasuha Puteri Nass berkata...

Assalamualaikum. Tq atas perkongsian y bermanfaat ini kak...

Mardiah Diana berkata...

@Nasuha Puteri Nass Waalaikumsalam dik Nasuha...sama2 kita memanfaatkan...

Muhammad Taufiq berkata...

Terjah sini untuk lihat perkembangan :)

Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Khir Khalid berkata...

Subhanallah.. semoga sentiasa kita jadikan peringatan... aamiin..

Nurul Farahizzati berkata...

kalau tidur petang tu, bangun2, ingatkn dah hari seterusnya.. memang terganggu kewarasan..

Nurulee berkata...

selalu tidur lepas subuh. hmmm. nak try tak tidur pulak lepasni. hehe. sharing is caring. thanks =D

Maszie Fatah berkata...

ini sebenarnya bukan sepenuhnya dilarang tapi tidak digalakkan..
insyaAllah berubah kpd yg lebih baik.. thanks for the info mardiah! :-)

Zara Nurhaidah berkata...

Terlebih tidur buat badan malas.. kurg tdo, mgundang pyakit ttntu. Pntg kena jga kualiti tido.. jan lebih dn jan kurg. Setiap tegahan ada sebab ny.. ^^

BuNNy SkyFear berkata...

berdosa tak kalau tidur Asar?

Intan Safiya Nor Azuairi berkata...

boleh tak nak share kat blog saye ? nanti saya credss :D

Farrah MF berkata...

Selalunya waktu2 yg dilarang nilah mata akan memberat,...

Farrah MF berkata...

Selalunya waktu2 yg dilarang nilah mata akan memberat,...

kang jum berkata...

seringnya menjelang maghrib tiba, mata ni pasti berasa ngantuk.

lokman amirul berkata...

Tq alasan diana...see lokmanamirul.blogspot.com

lokman amirul berkata...

Tq alasan diana...see lokmanamirul.blogspot.com

Dunia Zumal berkata...

Terima kasih atas perkongsian MD ^-^

Siqah Hussin berkata...

Thanks sharing :) Siqah kadang-kadang buat jugak tu.. huhu

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign